Sunday, June 25, 2017

Selamat Hari Raya 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Selamat Hari Raya kepada semua rakan-rakan alam maya ni!
Read More

Thursday, June 22, 2017

Dah Standby untuk Raya ke?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Cik Timm dengan Abang Cik awal-awal lagi dah settle bab pelita & lampu liplap dekat rumah ni. Buat awal-awal senang tak kalut. Cik Timm tak tau kenapa terlalu excited nak raya tahun ni. Agaknya sebab dah dua tahun tak merasa nikmat rasa sebab kerja je. Bertabahlah sebab kerja swasta dalam f&b. 

Pelita tahun lepas pun cantik lagi, kami cuma pacak besi dekat tanah, lepas tu cari 'hook' di DIY. 
Jadilah begini--->


Lampu liplap-liplap pun dah pasang. Kuih raya tahun ni ada 6 jenis, biskut sarang semut, almond london, mazola, cornflakes madu, chocolate chip dan samperit susu. Family memang tak pernah beli kuih raya, suka buat sendiri sebab puas hati. Extra untuk tahun ini ada tempeyek dan bahulu buat sendiri tau. 


Barang-barang wajib setiap tahun untuk persiapan buat kuih raya. Memborong sakan kan, memborong dengan motor je tau, kau hado? Hihihi

Lagi satu, Cik Timm banyak cuti di bulan puasa ni sebab menghabiskan Annual Leave & Clear Of Day(COD). Bulan ini merupakan bulan terakhir Cik Timm bekerja di sini. Semoga ada rezeki di luar sana untuk Cik Timm, amin..

Tahun ni nak cat rumah, tapi nampak gayanya tak sempat. Tunggulah kalau ada kenduri kahwin baru nak cat kot, hehe. Baju raya memang tak beli kot, pakai dan recycle apa yang ada sudah. Tak nak membazir dengan barang yang tak perlu. Cik Timm lebih suka duit dihabiskan dengan makanan bukan barangan pakai sebab memang jenis tak minat dengan baju. Suka tengok dan cuci mata je. Agaknya dah makin besar ni, benda-benda remeh dah tak dipandang.

Seronok pusing-pusing uptown tengok gelagat orang shopping. Punya ramai sungguh manusia, nak jalan merenyut-renyut eh. Dah masuk minggu terakhir memang semua buat tawaran nak habiskan segala barang-barang yang ada. Semua pun buat pecutan terakhir untuk raya yang bakal menjelang 3 hari lagi ni. 

Kepada kawan-kawan blogger yang dekat dengan Cik Timm, bolehlah mai beraya. Sila-sila, diharap raya pada tahun ini memberi makna kepada kita semua untuk berkumpul sesama keluarga dan rakan-rakan. Jangan asyik dengan gadget je, itu bukan raya namanya tau! 💋

Read More

Wednesday, June 21, 2017

Resipi: Biskut Almond London

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Bahan-bahan:


250gm mentega
160gm gula kastor
1 biji kuning telur
1 sdt esen vanila
150gm badam kisar
300gm tepung gandum
60gm tepung jagung
Kacang badam secukupnya

Bahan topping:



250gm coklat masakan
acuan kertas
almond nips


Cara-caranya:


1. Mentega dengan gula dipukul sampai gula hancur.


2. Masukkan telur dan esen vanila dan gaul. Disebabkan kami malas, pukul semua guna mixer je. Tapi jangan over pukul pulak ya..


3. Masukkan badam kisar, tepung gandum dan tepung jagung dan gaul rata.



4. Bulatkan doh dan masukkan kacang badam dalam setiap biji dan bentukkan bujur-bujur.


5. Panaskan ketuhar pada suhu 170C selama 20 minit.*ikut suhu ketuhar masing-masing



6. Kami simpan dulu biskut yang dah siap dalam bekas kedap udara, esoknya baru letakkan topping coklat. Untuk topping, coklat dan mentega dicairkan dengan kaedah 'double boiler'. 



7. Celupkan biskut dalam coklat cair dan susun dalam paper cup dan hiaskan dengan almond nips.



Settle, ha lupa pulak, resipi biskut almond london dengan sarang semut Cik Timm ambil dari Buku Resipi Kek & Biskut dari Chef Hanieliza cuma ada yang diolah sikit. Kiranya menderhaka dengan resipi, hehe..

Selamat Mencuba!
Read More

Resipi: Biskut Sarang Semut

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bahan-bahan:

250gm mentega
100gm gula halus
300gm tepung gandum
100gm tepung jagung
50gm tepung kastard
 1 biji kuning telur
1 sdt esen vanila
Hiasan gula-gula manik
Acuan keras
Cara-caranya:

1. Mentega + gula halus dipukul kembang.
2. Masukkan kuning telur + esen vanila dan gaul rata.
3. Masukkan semua tepung dan gaul rata.
4. Adunan yang dah siap dimasukkan dalam plastik dan disimpan didalam peti sejuk.

5. Esoknya baru diparut dan diisi dalam cup kertas comel!
6. Taburkan hiasan dan bakar dalam ketuhar 180C dalam 15minit.


Selamat Mencuba!

Read More

Saturday, May 27, 2017

Selamat Berpuasa!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
ramadan, puasa,
Sumber: productivemuslim.com
Alhamdulillah, kita sempat berpuasa di bulan Ramadan pada tahun ini. Diharap kita dapat mengumpul sejumlah pahala yang banyak pada bulan ini. In Sya Allah~

Cik Timm mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam yang menyambutnya =)
Read More

Wednesday, May 24, 2017

Senangnya Booking Hotel dengan Agoda

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Sangat memudahkan apps sekarang ni, contohnya macam Trivago, Agoda, Booking, etc. Baru-baru ini Cik Timm bercuti di Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis kenduri kahwin. Alang-alang Cik Timm tidur hotel selama 3 hari 2 malam. 


Pembayaran pun dengan Maybank2U, Cik Timm berlenggang je check-in hotel dengan hanya menunjukkan booking ID. 


Cik Timm ke Kuala Lumpur dengan menaiki ets. Pukul 6.20am Cik Timm dah bertolak dari KTM Bukit Mertajam dan sampai KL Sentral pukul 10.30am. ETS memang mudah, dan menjimatkan masa. Cuma agak mahal jika dibandingkan dengan tiket bas ekspress. 


Sampai awal di sana, Cik Timm isi perut dulu di Burger King dan topup kad Touch & Go dulu. Tips dari Cik Timm, kalau nak pusing-pusing KL dengan kenderaan awam better ada kad Touch & Go. Cik Timm pun guna kad Watson je. Malas nak beratur ramai-ramai beli token. Pemalas tau..


Lepas tu, ambil monorel ke Imbi. Jalan sikit dari stesyen Imbi ke Simms Boutique Hotel tak sampai 5 minit tau. Disebabkan sampai awal, Cik Timm tinggalkan dulu beg di hotel sebab check-in pukul 2pm. Cik Timm jenjalan dulu di Bukit Bintang. Dapatlah tengok outlet Cik Timm kerja dulu di Pavilion. Dah tukar ke Pavilion Elite pulak, gambar tak ada, nanti kalau gi Pavilion boleh cari.



Cik Timm lunch di Food Court Pavilion dan check-in hotel pukul 3pm. Alahai, comel sungguh bilik Cik Timm. Padanlah dengan harga, Single Bed Room tak ada tingkap, tapi lengkap dengan katil single, bilik air dengan tuala, Wifi pun ada. Cik Timm dapat hotel ni dengan harga promosi supersaver tak sampai RM100 pun dua malam disini.








Simms Boutique Hotel Bukit Bintang
Alamat: No 180, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2145 1180
Fax: 03-2145 0180


Petang tu Cik ke bazar di Masjid Jamek, cari telekung mak pesan. Punya pusing sampai ceruk-ceruk kedai, memang dah tak ada jual yang Cik Timm pernah beli dulu. Dapat pun jenis yang sama, tapi warna lain.
Punya panaih la sini, aduhai, basah ketiak. Nasib baik hari Jumaat. Tak ramai sangat umat manusia, kalau ikut memang lagi ramai. Senang sikit cari barang. Settle cari barang, Cik Timm ke KL Sentral untuk berjumpa kawan lama semasa di universiti. Seronok bersembang sampai malam.
Balik hotel, nikmatnya dengan ada wifi, sambil menonton astro fox, golek-golek bawah selimut sebab sejuk air-cond. Tak rugi Cik Timm pilih hotel ni, walaupun bilik tak ada tingkap. Hehehe..
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com