Monday, November 07, 2011

hAri Raya AidilADHA

Salam n Salam Sejahtera

Emm, pagi-pagi lagi sudah berblogging kan. nak buat macamana, berokband aka broadband tak boleh nak guna.akak tak bayar lagi bil untuk bulan ni.so, kena tunggu awal-awal pagi untuk online.nak cerita apa aktiviti sepanjang hari ni.semalam pun tidur lewat, nasib baik tak terlepas untuk solat raya pagi ni.tapi, terlepas juga rakaat pertama.hahaha!! sempat juga ambil gambar seekor lembu yang akan dikorbankan sempena hari raya aidiladha ni.

pandai pulak dia tengok camera!
balik dari solat raya
Semua solat hari raya aidiladha di Dewan Unimas Lama, Kampus Timur.yela, kalau nak guna surau, tak muat untuk menampung semua jemaah.bilalah masjid baru nak siap.tak sabar-sabar.sambil menunggu kawan-kawan, kita ber'photo's dulu.

ampang, me n kak aini
ampang, me n kak tasha
Balik-balik kolej, melantak pulak kat rumah nick ferry.makan-makan kat sana.memang macam open houselah! ada mee kari, nasi impit, kuah sampai dua jenis, 1 dari versi kelantan, 1 dari versi mana tah.lupa pulak aku.sate lagi.pehhhh!!


kak hajar, shez, kak tasha,ampang, kaka mizan n farahin
Lepas makan-makan, rumah aku pulak masak.yela, penat semalam memborong kat Unaco.RM79.10 habis.guna duit aku dulu.adus, takpa-takpa, nanti hampa suma housemates len bayaq naa..

Menu hari ni, nasi lemak, sambal ikan bilis dengan sup sayur.aku ni bab-bab masak tak la pandai sangat.so, tolong-tolong ja apa yang patut sambil blajaq sikit.

goreng ikan bilis untuk wat sambal
bahan-bahan tumis kena la tumbuk dulu





Emm, untung owh kolej kenanga.boley masak.tapi, guna periuk nasi sahaja.sebab periuk elektrik tidak dibenarkan sama sekali.huhuhu.semester lepas dah kena rampas sudah.hahaha!! papew pon, terbaek arr kolej kenanga.kuikuikui.xcited lak.

Petang..baru aku melantak dengan housemate-housemate aku ni.masing-masing letih tengahari tu.hujan pulak, pehh! sedap tidoq.aku boleh pulak sambil-sambil main game Plant vs Zombie tengok cerita Mohabbatein sampai maghrib.malam pulak, golek-golek atas katil.pap..ZZZZZ.. =)

Tapi kan, tiba-tiba rasa rindu sangat-sangat kat family.tahun ni raya haji, suma pi rumah kak sulung aku kat lembah beringin, hulu selangor.kak aku buat korban.berjalan sungguh mak aku.yela, taun lepas mak aku pi haji.taun ni pi rumah anak-anak dia pulak.bila la agaknya depa se'family' nak mai melawak aku kat sini.. =( nak touching sat.bukannya apa, suma yang dok sini selalu sahaja family call, yang mana orang senang sikit family mai melawat.aku...emm...

No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com