Thursday, April 07, 2011

My Happy Hour Airforce


Kumpulan 2 yang MANTAP!

27 Apr 2011
WAH! Hari ini merupakan latihan terakhir utk latihan tempatan. Emm, pagi2 lagi aku dan akak2 housemate bgn untuk menanak nasi. Hari ini semua kadet Palapes Udara Unimas akan pergi berkhelah di Pantai Permai. Beznya, dapat mandi pantai!

7am - Kami bertolak dari Unimas selepas mengangkat semua brg2 ke dalam bas. Bas yang pertama dinaiki senior dan inter, manakala bas kedua dinaiki oleh junior iaitu kami.. Ye la, kami terlalu ramai. ini yang seronoknya dalam skuad kami. Selalu bersama-sama. LOVE U Skuad!

8am - Dah sampai di Pantai Permai. Selepas berunding dengan pihak pengurusan, kami perlu membayar RM8 seorang. Sarapan pgi ini ialah nasi lemak. Emm, mmg terbaik. Hehe. Selepas bersarapan, sukaneka pertama dimulakan, iaitu Futsal Pantai.

Futsal pantai
Sukaneka ini diuruskan oleh kumpulan oren. Aku macam biasa, camera tak akan dilepaskan. Setiap kumpulan yang kalah akan didenda. Bermacam2 gelagat yang dapat aku tengok.Memang seronok.. Lagi seronok apabila permainan ini dimenangi oleh kumpulan kami. Hehe..






Denda
Lagipun, ini merupakan peluang terakhir untuk enjoy dengan senior2. Semester depan, ada yang sudah menamatkan pengajian. Sedih..

Tetapi, kebanyakan mereka masih meneruskan pengajian selama 4 tahun. Jadi, kami masih boleh berjumpa, cuma bukan sebagai senior, sabagai Leftenan Muda pula.

Bola beracun
Permainan kedua pula, bola beracun. Permainan ni di'incharge' oleh kumpulan kami. Senior tuan Hirzan ngn tuan Jamal je yg incharge. Kami yang lain berendam di laut. Hehe..Tapi kalah da.. Kena denda pula..Huhu..
Ombak yang agak kuat
 Selepas game ni, semua berehat untuk solat zohor dan makan tengahari. Aku dan 3 orang lagi yang takde keja buat rajin tangkap ikan. Hehe..

Menu lunch kami ialah nasi dengan ayam bakar, hot dog bakar ngn sos black pepper. Kalau di pantai memang asyik lapar nak makan.. Hehe..

Kak Mizan dan Sabri

Sewaktu tengah makan, ada pula sekumpulan memerang yang naik di pantai. Eh? Memerang tinggal di laut ke?? Confius2??

Permainan ketiga, mencari gula2 dalam tepung. Habis suma muka orang yang dah sedia burn dibakar matahari dipenuhi tepung pula. Haha.. Entah macam mana aku terjoin kumpulan Koperal pula..Hahaha.. Sungguhpun begitu, kumpulan kami menang untuk kali kedua. Tahniah!

Dari kiri belakang : Tuan Hirzan, Kak Mizan, Kak Tasha, Mieja, Mei, Chang dan Haniff
Permainan terakhir, pindahkan getah dengan straw. Macam2 teknik dicipta. Semuanya enjoy dan happy.

Selepas itu, kami diberi kebenaran untuk mandi laut sehingga pukul 4.15pm. Selepas menukar pakaian dan mengemas peralatan yang dibawa, kami bergerak keluar menunggu bas datang.

Di dalam bas, semuanya dibuai mimpi kerana terlalu penat..ZZZzzz..


Read More

My Life as PALAPES


Salam n Salam sejahtera..
Agak2nya tau tak apa itu PALAPES..
Ia merupakan singkatan dari perkataan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan..
Ataupun, ROTU ( Reserve Officer Training Unit )...

Modul :
  • Tahun 1 (Semester 1 & 2) - Peringkat Junior (aku lerr...)
  • Tahun 2 (Semester 2 & 3) - Peringkat Intermediate
  • Tahun 3 (Semester 3 & 4) - Peringkat Senior

Latihan :
  • Latihan Tempatan - Sabtu & Ahad pada minggu kedua dan keempat setiap bulan. 
  • Latihan Lanjutan - Latihan berterusan selama 14 hari setahun.
  • Kem Tahunan - Setahun sekali selama 15 hari dan dilakukan di luar markas.
Elaun :
  • Latihan Tempatan - RM4 sejam (240 jam setahun)
  • Latihan Lanjutan - RM560 setahun
  • Kem Tahunan - RM40 sehari (15 hari)
  • Elaun Bounty - RM520
  • Elaun pakaian seragam tauliah - RM750 (lambat lagi..hehe..)


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com