Friday, May 06, 2011

Hari Ibu..

Salam n Salam Sejahtera

Alhamdulillah.. Aku akhirnya dah sihat dari ulser lidah. Dapat la aku makan sepuas-puasnya. Tapi, sekarang ni macam dah hilang selera makan. Sebab apa ya?

Tak apalah.Yang pastinya sekarang ini kecoh satu rumah aku pasal Hari Ibu. Kak Minnie kecoh sebab ingat dah terlepas nak ucap kot. Syarikat-syarikat telekomunikasi pula asyik hantar mms Hari Ibu. Begitu besar impak Hari Ibu ini.

Hari Ibu disambut pada 8 Mei setiap tahun. So, Kak Minnie, tak terlambat lagi daa. Rasanya tak berselera nak makan sebab rindu mak kot?

This is my mum. We look different right?



Mak aku :
  • Dah berumur dah, tahun ini, mak dah 62 tahun.
  • Mak suka kucing, kucing dekat rumah itulah penemannnya!
  • Mak sporting.
  • Mak sweet.
  • Mak sentiasa suka bagi nasihat dekat anak-anak dia.
  • Syukur alhamdulillah, mak dah menunaikan fardhu haji pada Hari Raya Haji lepas.
  • Mak merupakan ibu tunggal apabila arwah ayah meninggal sewaktu aku 14 tahun.
Apa-apa pun, tidak semestinya waktu Hari Ibu sahaja kita nak ingat mak kita, cium mak kita, peluk mak kita. Macam iklan dalam HOT fm, "walaupun kita dah besar, bagi mak kita, kita tetap anak kecil baginya". Lebih kurang gitulah iklannya. Ini terbukti apabila aku tengok sendiri mak selimutkan anak-anak dia yang dah tua bangka. Hahaha!! Jangan marah ye kakak-kakak dan abang aku kat rumah tu.

Buat semua ibu-ibu di seluruh dunia, 
SELAMAT HARI IBU
(To all the mum in da world, 
HAPPY MOTHER'S DAY)

Read More

Tuesday, May 03, 2011

Ulser lidah pulak..

Salam n Selamat Sejahtera..

Aduhai, tak habis-habis aku kena timpa penyakit. Dah dua hari aku kena ulser lidah pula dah. Ala, kadang-kadang orang panggil mata ikan Sakitnya memang tak terperi. Allah sahaja yang tau, juga kepada golongan-golongan yang pernah terkena penyakit macam aku ni. Meh kita tengok sikit apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ulser lidah.

Ulser lidah - luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan. (betul3!!)

Sebab apa ek? (tidak diketahui)
Mungkin :
  • stress (memang..exam nieyh)
  • perubahan hormon
  • jangkitan
  • kekurangan zat makanan
  • alahan
  • kimoterapi (takdenyer)
  • asid berlebihan dalam darah
Bila boleh sembuh?
Kesakitan akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari, tetapi ulser mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.

Petua?
  • berkumur dengan kumuran antiseptik
  • menyapu gel atau krim penahan sakit
  • kekalkan kebersihan mulut yang baik
  • makan makanan lembut
  • elakkan makan makanan yang panas dan pedas
  • banyakkan minum air (berbotol-botol dah)
Nak lebih info pasal penyakit-penyakit?
http://www.infosihat.gov.my/

Owh, macam tu rupanya. Emm, makan pun sekarang ni lembab je. Sebab asyik control lidah. Dah la pagi tadi makan nasi lemak, pedas tu. Sabar sahajalah. Apa-apa pun, kita kena penyakit kan 1 ujian dari Allah. Kita kena terima. Tapi, mana boleh duduk berharap sahaja. Kita kena berusaha untuk merawat atau mencari penawar. Betul kan?

Kalau macam tu, kalau tak sembuh jugak ulser ni. Nak g kliniklah. Takut ulser ni penyakit lain pulak. Sebab dah ada kes dah. Menakutkan..

Read More

Sunday, May 01, 2011

Demam..

Salam n Selamat Sejahtera..
Huhuhu..tengah demam ni..
Sakit kepala, hidung tersumbat, badan berpeluh, lenguh2 badan, asyik nak tidur shaja..

Dalam Perubatan..
Demam - tindak balas normal badan terhadap jangkitan dan penyakit-penyakit lain

Emm, kalau duduk kat rumah, mesti mak yang jaga..
Selalunya petua mak..
  • Guna air asam jawa untuk mandi ataupun minum
  • Selalu minum air masak bebanyak
  • Guna daun bunga raya putih untuk sapukan kat kepala
  • Mandikan dengan sabun susu kambing
  • Malam-malam mak akan jelumkan kepala dgn air
  • Mak sapukan krim panas di kepala dan badan
Rindunyer kat mak..
Waktu budak-budak kecil dulu..
Mak selalu cerita..

"Kita ditimpa musibah demam sebab Allah sayangkan kita. Bila kita sakit, Allah akan luruhkan dosa-dosa kecil kita. Sekurang-kurangnya, waktu kita sakit kita ingat yang badan kita ni pinjaman dari Allah saja. Ada lagi orang lain yang sakit dia lebih dahsyat dari kita. Kita kena bersyukur cuma demam saja."

Then, mak akan masak bubur atau sup..
Sedapnya..
Miss her so much..
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com