Friday, February 24, 2012

MESIN ATM DISERBU !!!


Alhamdulillah, PTPTN dah masuk dah. Tapi, aku sendiri tak periksa lagi sebab..mesin ATM sentiasa pelajar dia beghatuq panjang macam barisan budak-budak sekolah rendah nak masuk kelas. Betoi..stress aku nak berdiri lama-lama. Takpa-takpa, kita bagi peluang dekat adik-adik atau kawan-kawan yang jauh dari mesin ATM tekan mesin tu. Aku takpa, Kolej Kenanga ja. Sekentut pun sampai.

Punya excited aku nak pi kelas, batal pulok. Takpa la, ada urusan yang belum selesai lagi dengan fakulti. Jumpa dengan Aimi n Kak Mas nak pi fakulti jugak. Tak pasai-pasai aku buat gila pi hantaq borang nak ambik lebih kredit. Akibat dipujok secara halus oleh mereka. Kahkahkah!! Kita tunggu dan lihat sama ada aku lepaih ka dak, aku mintak 3 kredit lebih ja untuk ambik teras 1 lagi. Aquatic Botani.

Sementara nak tunggu bas nak balik Kolej. Isi perut dolu. Bas UNIMAS ni pukoi 2.30pm-4pm rehat sat. Jadi, serbu Student Pavillion! Tapi, tak kebuloq sangat sebab dah makan nasi dah kat ghumah. Akak-akak housemate kesayangan masak. Nak harapkan aku?? Pakai dak la..buat aiq aku terror, cukop gula, cukop perisa. Cewah, bukan aku kata. Roomate aku, Mai kata..

"Wei, beli kat aku aiq sat!"

Pilih-pilih perisa apa mau..

Ice Lemon Tea
p/s : ghasa teh '0' ja, lemon x ghasa pun, hukhuk..

Char kuew tiaw

tak ghamai langsung, semua balik tidoq ni

Waffle peanut butter+blueberry jam
Kawasan tempat makan kami dulu-dulu dah tukaq jadi kedai. Sekarang ada kedai spek mata, kedai alat tulis, Balqis Collection (barang-barang goodies yang comel n girlish), mesin ATM Maybank, bakery, laundry..

Dulu..
"Wei, nak makan mana?"
"Macam besa la, kat Water Tower"

Lanie..
"Wei, nak makan mana?"
"Student Pavi.."

Kedai makan ni tak wujud dah! Sedap oo..



Tomyam yang meletoppp!!


Zaman makan kat sini sudah berlalu, dah jadi kedai sudah..
UNIMAS kan nak membangun, semua sudah berubah menjadi lebih baik n sentiasa maju (macam motto sekolah menengah dulu pulak). Owkey, sekarang ni pun aku ada hobi baru. Nak tau?

Jeng jeng jeng.. SUDOKU..
Nak sambung main la..chaoww..


No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com