Wednesday, March 07, 2012

SIKAP "JUAL IKAN" YANG BERLELUASA!

Hari ni nak ceghita pasai apa pulak ya?
Sat-sat nak pikiaq..

Hari Rabu, macam biasa pakai baju nombor 3

Ha! Pasai sifat dalam diri manusia yang dipanggil "SELFISH" bukan "SELL FISH" okay! Dalam bahasa melayunya, pentingkan diri sendiri. Alhamdulillah, hari ini aku terselamat dari kena tempias perangai manusia spesies ni.

Kok ye pun excited nak pakai kasut baghu, buang dulu tanda harga
adik oi..('',)
p/s : maaf kepada tuan pemilik kasut yang tak tau gambaq kasut diambik

Mai nak ceghita sikit. Kejadian ni banyak kali dah jadi. Baghu hari ni nak ceghita. Sakit hati, aduhai..ni semua gara-gara aku tak boleh naik bas nak pi kelas, bukan sebab lewat bangun, bukan sebab terlepas bas. Masalahnya bas yang terlalu penuh. Bas UNIMAS memang ada 4 ketul untuk angkut student yang duduk di kampus Timur dengan student yang menginap luar. Malas nak hingaq-hingaq pasai bas yang tak cukup ni. Dengaq ceghita, pekerja nak bawak bas tak cukup, sebab tu dalam banyak-banyak bas, 4 ketul saja yang bergerak. Okay, stop ceghita pasai pengurusan bas ni.

Paling aku sakit hati, studentnya sendiri. Sepatutnya, bertimbang rasa dengan oghang lain yang nak naik bas tu jugak. Maksudnya, tolonglah sendat-sendatkan diri anda dalam bas tu walaupun terpaksa jadi sardin dalam tin sardin tu sat. Sat saja, sebab tiap-tiap kali waktu peak time macam pukoi 7.30am, memang semua berebut sebab pakat-pakat nak pi kelas pukoi 8am. Kalau nak tergolek jatuh pun, jatuh la sama-sama dalam bas tu sebab macam naik roller coaster bas ni. EVOLUSI UNIMAS DRIFT. kehkehkeh..
Lagi satu, kalau yang naik bas untuk balik ke kampus timur tu, waktu nak turun bas tu, tolonglah bagi laluan dekat golongan-golongan yang berdiri untuk turun dulu. Kematu kaki kot berdiri lama-lama. Kesian depa @ aku (kalau aku yang berdiri time tu..). Kepada golongan yang bernasib baik dapat duduk silalah sabaq sebentar. Pak cik bas tu tak mau bawak balik hampa aih.

Marilah golongan-golongan yang naik bas ni praktikkan benda ni sama-sama. Supaya sama-sama boleh pi kelas, sama-sama dapat belajaq. Kita kan sama-sama pelajar UNIMAS. Alhamdulillah, aku dengan kawan-kawan sudah praktikkan benda ni.

Maaf noh, jadi model iklan UNIMAS sat..
p/s : gambaq masa semester lepaih ni..
Dapat sampai kelas awai, nak belajaq pun senang. Tak kalut-kalut masuk kelas, lecturer pun tak marah. Waktu aku tak dapat naik bas tu, kebetulan waktu tu kelas Dr. Lee. Pantang dia kalau masuk lambat, siap kunci pintu bila dia start mengajaq. Nasib baik, tepat-tepat masa kami sampai dia baghu nak bukak mulut. Selamat..

No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com