Thursday, April 19, 2012

cARA nak Menghilangkan PArut

Disebabkan aku sekarang tengah bergelut dengan parut dekat muka ni, korek-korek Mr. Google, jumpalah artikel yang menarik CARA UNTUK MENGHILANGKAN PARUT.

PETUA 1
Gunakan daun lidah buaya. Ambil lendir dan sapukan di parut. Lebih efektif pada parut yang masih baru.
p/s : mana pulak aku nak cari pokok lidah buaya nieyh??

PETUA 2
Gunakan biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Goreskan biji tu atas batu atau permukaan kasar untuk dapatkan serbuknya. Titiskan air dengan serbuk tadi dan gosok pada parut.

PETUA 3
Tumbuk kulit kayu manis sampai lumat. Campurkan dengan air dan bancuh dengan bedak sejuk. Dah siap, sapukan di parut.

PETUA 4
Ambil asam jawa + air dan ramas. Jangan terlalu cair. Sapukan di parut. Biarkan sehinggan kering. Lakukan pada malam sebelum tidur.

PETUA 5
Gunakan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas dengan gosokkan setiap hari.

PETUA 6
Sapukan sebarang ubat gigi setiap hari.
p/s : gilo! 1st time aku dengaq

PETUA 7
Beras + kunyit hidup + bawang putih + air. Kisar sehingga halus. Ratakan di muka dan biarkan sehingga kering. Gosokkan perlahan-lahan seperti memakai skrub.

PETUA 8
Daun pegaga + akarnya sekali. Cuci bersih dan giling sehingga lumat. Campurkan dengan bedak sejuk. Lumurkan di parut sebelum masuk tidur.

PETUA 9
Tepung ubi + kunyit hidup. Letak di parut muka atau badan.

PETUA 10
Asak kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan di parut setiap malam.

PETUA 11
Timun dikisar dan ditapis airnya. Tampalkan hampas di parut dan biarkan setengah jam. Cuci bersih menggunakan air suam.

PETUA 12
Daun senduduk direndam + cekur + segenggam beras. Giling sehingga lumat. Sapukan di parut 2 kali seminggu.

PETUA 13
Sepuluh helai daun sirih muda ditumbuk sebelum ditempel pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

PETUA 14
Ubi kentang dikukus dengan membuang kulitnya. Apabila sudah masak, lumatkan sehingga halus. Tempelkan di parut dan dibiarkan kering. Lakukan selalu sehinggan kesan parut hilang.
p/s : tak pasal-pasal aku tukaq gheja, makan pulak..

PETUA 15


Payah sangat aihh nak buat petua orang tua-tua ni. Pi farmasi, cari benda ni. Alhamdulillah, parut makin hilang.  Tapi kan, benda ni kecik ja dah berharga RM18+. Demi parut punya pasal.

PETUA 16
Beli produk yang ada Vitamin E. Memang bagus untuk hilangkan parut.

Harap-harap sembuh cepatlah parut aku ni.. =(

4 comments:

  1. salam produk HIRUSCAR GEL tu berkesan ke..untuk parut bekas accident n bekas jerawat...thanks

    ReplyDelete
  2. @pena rose: salam..hiruscar 2 kan sikit sgt dlm tiub 2..mcm kurang berkesan..skng ni sya tukar bio-oil..alhmdulillah, ok cuba lmbat sgt..

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang sangat menarik admin. Menurut kajian dan respon dari pengguna vitamin E, mereka mengatakan bekas parut jerawat serta parut luka hilang dan meninggalkan kulit yang bersih dan cantik selepas mengambil vita E secara oral dan menjadikannya sebagai masker. Ada yang mengambilnya secara konsisten, untuk 3-4 bulan, bukan sahaja parut hilang, malahan jerawat pun dah tak timbul lagi. Saya ada kongsi testimoni mereka di sini, http://bit.ly/1f7OeYq

    ReplyDelete
  4. sis gunakan lendir lidah buaya . mmg berkesan . ada gel lidah buaya 100% dr lidah buaya kat guardian farmasi ...

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com