Thursday, April 05, 2012

Spagetti ala-ala Melayu

Spagetti ni makanan dari Perancis. Bila sampai di Malaysia, ramai yang agak "batak". Aku mula-mula makan spagetti ni bermula dari Kak Yu aku yang gheja Pizza Hut. Dari situ aku kenal pizza dan spagetti. Waktu tu memang ramai budak-budak sekolah dekat kulim dok ceghita pasai pizza. Maklumlah, Restoran Pizza Hut baghu bukak masa tu.

Tak mau melalut banyak, aku nak ceghita macamana kita yang berbudget rendah nak makan spagetti yang sedap!

1) Mula-mula, tumiskan bawang merah n bawang putih. Selalunya lebihkan bawang putih (Bang Cik aku pesan)..

2) Agak-agak dah wangi, masukkan pes tomato. Boleh beli mana-mana kedai saja. Kacau bagi tomato yang agak berketul-ketul dalam pes tu. Masukkan pulak perencah spagetti. Akak housemate beli yang jenis macam pes tomato dalam botol. Sekarang ni macam-macam jenis. Dalam pek perencah jenama Maggi pun ada. 

3) Jangan lupa, spagetti pun kena masak dalam air yang dicampur garam. (Jamie Oliver selalu letak minyak sikit tak mau bagi melekat)

4) Bolehlah nak letak gula dengan garam secukup rasa. Lepas tu, masukkan sardin. (Kak Tasha buat dia buang tulang belakng ikan tu walaupun tak bahaya). Lagipun nak gantikan dengan daging kisar yang mahal.

5) Masukkan cendawan butang yang dipotong.

6) Masukkan isi ketam yang dipotong.

7) Toskan spagetti yang dah kembang tadi.

Tara..!!

Langkah seterusnya, MAKAN..!! NYUM-NYUM-NYUM.. =)


No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com