Thursday, May 31, 2012

PrOGram Israk & Mikraj

Alhamdulillah, satu-satu assignment aku sudah selesai. Hari ni saja pun dah selesai presentation Mangrove & Estuaries Ecology. Dalam masa sibuk ni jugak pun, aku sempat mengikuti satu program keagamaan iaitu:

Program Israk Mikraj
30 Mei 2012
DeTAR PUTRA, UNIMAS


Sangat selesa sebab buat dekat DeTAR. Rupa-rupanya diorang jemput penceramah jemputan dari Indonesia. Siap dengan rombongan lagi ramai-ramai. Patutlah ada yang aku tengok pakai baju dan songkok yang agak familar dari negara seberang.

Rombongan dari Indonesia
Lelaki Oh Lelaki..3 baris saja???
Any comments girls??
Mula-mula ada bacaan doa dan bacaan surah Al-Isra' ayat 1-7. 


Dr. H Aswin Rose, penceramah jemputan dari Indonesia
Boleh dijadikan idola ni, umur sudah 67 tahun. Pakar dalam bidang patologi, jantung. Ceramah dia memang semua hadis dengan ayat-ayat Al-Quran keluar. Memang sangat hebat kakek(datuk) ni! 

Persembahan nasyid dari Kumpulan Damai
Lepas tu, ada sesi dialog. Sampai naib canselor sendiri pun memberi komen dan nak bertanya soalan.

Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Ab. Hamid
Pemberian cenderahati
Kepada sesiapa yang nak tau lebih lanjut apa itu Israk & Mikraj, silalah tekan [SINI]. Bukannya apa, disebabkan penceramahnya orang Indonesia, bahasa yang digunakan agak pekat dan aku ni lambat betul nak faham. So, aku gunakan alternatif sendiri untuk cari makna sebenar Israk & Mikraj. Biasalah, dulu waktu sekolah, matrikulasi ada sambutannya. Sebagai manusia, tak lepas dari sifat pelupa kan? 

Rombongan dari Indonesia
Program ni berakhir pada pukul 5 petang. Minum petang pun ada disediakan, dapat air kotak dan kuih.


Kak Husna dan Kak Sikin 

Kawan-kawan Kak Husna
Keluar saja dari DeTAR, pecut kejar bas!!



 SELAMAT MENYAMBUT ISRAK & MIKRAJ 
PADA 
27 REJAB SETIAP TAHUN

2 comments:

  1. Para penceramahnya mantap semua, yang paling mantap sekali tu, kajian dari Bapak kito, Bapak Aswin Rose (BKU), semoga beliau di rahmati Allah SWT. Amiiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, semoga Dr. BKU datang ke UNIMAS lagi.. =)

      Delete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com