Tuesday, May 29, 2012

RiNDU AiRPOrt KuchING

Seronoknya ada coursemate yang balik rumah + balik semenanjung. Tiba-tiba tekak ni gatal nak makan McDonald pulak. Alang-alang, nak ikotlah menghantar kawan di airport. Rindu pulak dengan airport. Nak buat macamana memang dari dulu keje aku meneman orang balik je. Aku sendiri dah dekat setahun tak balik semenanjung.

Pastu, hari ni jugak kelas aquaculture terakhir. Ada presentation, untunglah kumpulan aku mula-mula lagi dah present minggu lepas. Minggu ni dapat relax-relax. Sampai aku sangat-sangat mengantok waktu kumpulan terakhir, minta maaflah ye korang aku tak bagi 100% concentration. 

Berdebar ow presentation aquaculture nieyh..

Dah macam lecturer pulak Mirul dalam gambaq nie..

Seriously, pertama kali dalam hidup aku rasa terketaq nak present. Sebab Dr. Lee Nyanti sangat strict orangnya. So, kenalah buat sehabis baik. Demi untuk dapatkan 5 minit present setiap seorang, aku sampai bawak telefon semata-mata tak nak terlebih dan terkurang masa. This is what we called "TIME IS GOLD", bukan-bukan, "TIME IS MARKS"!

Petang tu, rasa sangat-sangat panas. Sampai aku tertidur-tidur atas lantai bilik. Pukul 6 baru terjaga. Alamak, dah janji nak hantar Aimi ke airport. Aku sanggup tak makan seharian, semata-mata nak makan McD. Terok kan, hehe..

Diorang jahat! Aku tak makan sebanyak tu ok..Bubye Aimi! 

Meriah gila airport malam tu, sebab esok cuti Hari Gawai. Kak Aten driver, aku dengan Yasmin peneman. So, ada yang balik ke sini. Dekat Borneo memanglah meriah sebab orang sini sambut, tak macam di semenanjung. 
Kirim salam dekat tanah semenanjung ye Aimi. Huhu, sebak pulak, sabaq-sabaq, aku pun bakal balik jugak, tak sampai sebulan lagi pun. Masalahnya, sebelum balik kena tempuh FINAL EXAM dulu. Aduhai..

Tiba-tiba, Kak Aten kata, "Esok cuti, jom malam ni tengok wayang!". Hahaha! Menonong ja aku ON. Lama pulak tak tengok wayang. Boleh tengok cerita Aku Ada, Kau Ada. Lakonan Shaheizy Sam dengan Yana Samsudin yang comel tuh.

Destinasi seterusnya, panggung wayang murah dekat dengan Waterfront. 


Murah gila, RM9 jer. Alahai, cerita tu tak dak. Tengok cerita Men In Black 3 je. Bolehlah, best jugak. Cerita ni kesinambungan Men In Black dari pertama, macamana dua agen ni boleh bertemu. Sedih jugak aku tengok, touching pulak dalam wayang tuh. Kihkihkih..

Balik dalam pukul 11.45pm. Tak daklah lewat sangat selagi pintu pagar tak tutup lagi. Kehkehkeh..Kalau tak kena tulih nama dekat buku pak guard tuh. 

SELAMAT HARI GAWAI!!



No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com