Saturday, June 16, 2012

Exam M00d Time! + Bulan Rejab

Aku tinggal lagi 4 subjek untuk dihabiskan. Tiba-tiba rasa stress + ketaq pulak. Mana tidaknya, exam tu berderet non-stop. Habislah, tak bernyawa aku dibuatnya. Ya Allah, sabaq sajalah.
Tapi, yang lawak sekarang ni baru rasa menyesal, konon-konon berazam semester depan hendak study awal. Namun, akhirnya..Janji tinggal janji. Tapi ada 1 subjek yang aku betul-betul aku struggle sebab tiba-tiba pulak aku jatuh cinta. Wah! jatuh cinta dengan lecturer! Tak adalah sampai macam tu. Aku jatuh cinta dengan subjek Aquatic Botany. Sedangkan subjek ni aku tak nak ambil lagi subjek teras tu. Takut membebankan. Alhamdulillah, disebabkan minat, boleh pulak aku buat yang terbaik semasa Mid-Semester exam lepas.

Sepanjang minggu ni pun aku berpuasa ganti + sunat. Sekarang kan bulan Rejab.



REJAB = "BULAN ALLAH"

Kelebihan di Bulan Rejab [info ini dipetik dari klik sini]

1. Sabda Nabi s.a.w. "Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat."
"Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban Bulanku, dan Bulan Ramadan Bulan Umatku"

2. Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya (nak tahu detail? Sila klik sini), Syaaban dengan malam Nisfunya dan Ramadan dengan Lailatul Qadarnya.

3. Berpuasa di bulan Rejab :

Sehari, mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
2 hari, dilipat gandakan pahala.
3 hari, dijadikan parit panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
4 hari, dijauhkan dari bala dan penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajjal di hari kiamat.
5 hari, aman daripada azab kubur.
6 hari, bercahaya wajahnya apabila dikeluakan dari kubur.
7 hari, ditutup 7 pintu neraka.
8 hari, dibuka baginya 7 pintu syurga.
9 hari, apabila keluarnya dari kubur lalu mengucak 2 kalimah syahadah, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
10 hari, dijadikannya 2 sayap, terbang seperti kilat di atas Titian Sirotulmustaqim dihari kiamat.
16 hari, dapat melihat wajah Allah didalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah didalam syurga.
19 hari, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Adam a.s.
20 hari, diampunkan segala dosanya yang lalu.

4. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat 1000 darjat, dihapus 1000 kejahatan.

5. Setiap sehari puasanya dan sedekahnya pada bulan Rejab, seperti ibadat 1000 Haji dan Umrah. Dibina mahligai 1000 bilik dan 1000 bidadari, lebih cantik daripada matahari 1000 kali.



Banyak kan kelebihan di bulan Rejab ni. Jadi, kepada sesiapa di luar sana masih tak terlambat lagi nak beramal di bulan ni. Walaupun dah lambat la jugak, cuba lagi di tahun hadapan ya. Semoga amal kita juga diterima Allah s.a.w. Amin..

No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com