Sunday, June 10, 2012

Rajab'S Munajat Perdana 1433 H

Final exam dalam beberapa hari sahaja lagi. Disamping kita mengulangkaji nota-nota, check semua slide-slide yang lecturer bagi, pengisian rohani pun kita perlukan jugak. Unimas pun tak terkecuali jugak buat solat hajat. Sekurang-kurangnya aku yang sentiasa buat solat hajat menjelang exam sahaja ni pun insaf sikit selepas aku dengar forum Mission 4.0 Nothing Is Impossible.

Panelis #1 = pelajar Master FEB dari Indonesia
Panelis #2 = Dekan universiti perubatan
Panelis #3 = lecturer FIT, dia kata sapa student dia mai malam tu dia bagi markah free.. =)
Moderator = arkitek di sebuah syarikat swasta 

Tak ramai sangat yang mai. Agaknya sebab masing-masing ketaq kot nak ambik exam paper. Aku sendiri pun mai dengan Kak Sikin ja. Ada la jugak wakil Kolej Kenanga kan. Aduhai, seriously forum malam tu sangat best. Rugi sangat siapa yang tak join sebab ahli panel malam tu berjaya mencuri rasa mengantok. Ada la jugak rasa keinsafan di situ. Ya Allah, harap-harap berterusanlah rasa keinsafan ni dalam diri aku yang serba lemah dan lalai ini.






Makanan pun dapat jugak
Comel kan apam tu..sayang pulak nak masukkan dalam perut..

SOLAT HAJAT
Merupakan solat sunat yang dilaksanakan apabila seseorang ingin memohon sesuatu dari Allah s.w.t. Solat ini dilaksanakan sebanyak 2 rakaat diikuti dengan doa setelah memberi salam. Berikut merupakan cara solat hajat yang paling ringkas dan mudah ;

Niat :

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku solat sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala

Rakaat pertama :
*Doa iftitah
*Surah Al-Fatihah
*Ayat Kursi
*Surah Al-Kafirun (3 kali)

Rakaat kedua :
*Surah Al-Fatihah
*Ayat Kursi
*Surah Al-Ikhlas (3 kali)

Apabila selesai, bolehlah dibaca doa :

سُبْحَانَ الَّذِي لَبِسَ الْعِزَّ وَقَالَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي تَعَطَّفَ بِالْمَجْدِ وَتَكَرَّمَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي أَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ بِعِلْمِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي لَا يَنْبَغِي التَّسْبِيحُ إلَّا لَهُ , سُبْحَانَ ذِي الْمَنِّ وَالْفَضْلِ ,سُبْحَانَ ذِي الْعِزِّ وَالْكَرَمِ , سُبْحَانَ ذِي الطَّوْلِ , أَسْأَلُك بِمَعَاقِدِ الْعِزِّ مِنْ عَرْشِك , وَمُنْتَهَى الرَّحْمَةِ مِنْ كِتَابِك وَبِاسْمِك الْأَعْظَمِ وَجَدِّك الْأَعْلَى , وَكَلِمَاتِك التَّامَّاتِ الْعَامَّاتِ الَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد


"Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat  dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.


JADUAL FINAL EXAM :
14 Jun 2012 : Mangrove Ecology & Estuary
18 Jun 2012 : Aquatic Vertebrates
19 Jun 2012 : Aquaculture
20 Jun 2012 : Aquatic Botany + Scientific Communication


No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com