Sunday, July 22, 2012

10 Fakta Nombor Yang Anda Tidak Tahu


1. Di AS, tahun 2001 sahaja, Pusat Maklumat Jenayah FBI (Federal Bureau of Investigation) menerima 840, 279 laporan kes penculikan melibatkan individu dewasa dan kanak-kanak.

2. 74% daripada mangsa penculikan kanak-kanak adalah perempuan dan 74% juga daripada mangsa kanak-kanak itu disahkan mati dalam tempoh 3 jam selepas diculik.

3. Sekitar tahun 2000-2001, mangsa penculikan di perairan Filipina adalah warga asing. Filipian digelar ibu negara penculikan dunia berikutan gejala negatif.

4. Seramai 10 000 wanita dijual beli di negara China setiap tahun. Pada tahun 1999, dilaporkan seramai 7660 wanita diculik untuk sindiket kahwin paksa untuk tujuan pelacuran.

5. UNICEF (United Nations International Childrens Emergency Fund @ Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu) menganggarkan seramai 300 000 orang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun diperdagangkan buruh ketenteraan di negara-negara yang terlibat dalam konflik perang.

6. 75-80% pemerdagangan manusia adalah untuk hamba seks, hasil kajian menunjukkan jenayah ini merupakan penyumbang utama dalam penyebaran virus HIV.

7. 30 000 orang mangsa pemerdagangan seks mati akibat penderaan, penyeksaaan, tidak diberi makanan dan minuman serta dijangkiti penyakit setiap tahun.

8. 8% daripada jumlah tersebut adalah mereka di antara umur 6-24 tahun yang dijual sebagai hamba seks.

9. 80% penduduk Korea Utara yang memasuki China adalah wanita dan 9 daripada 10 mereka adalah mangsa pemerdagangan manusia.

10. Pakar psikologi mendapati bahawa mangsa biasanya hanya berdiam diri dan enggan tampil membuat laporan atau cuba mendapatkan bantuan kerana takut keluarga atau orang tersayang diganggu dan dianiaya
oleh si penjenayah.

Sumber : majalah astroview..

No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com