Tuesday, July 24, 2012

Hari Kedua Berpuasa di Penang

Hari puasa pun aku rasa penat, tapi tak sepenat macam semalam sebab waktu berbuka dapat "KEpChi" atau dalam bahasa sebenar "KFC". Syok sebab dapat rasa ayam perisa terbaru, Flaming Crunch! Sedap, ni baru la betul-betul pedas. Bagi pendapat aku, yang sebelum ni perisa spicy tak se"spicy" mana pun..

Woot..Woot..(selalu aku jumpa perkataan ni dalam fb, maksud?)
Malam pulak, baru aku bukak laptop, mata terus terlelap. Tak sangka pulak penat jugak jadi penunggang motosikal dari Kedah-Penang. Sebelum ni penat pun, tengahari boleh "soru" = "makan". Pagi-pagi lagi sudah terjaga untuk bersahur. Menu : nestum + biskut. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Orang lain lagi susah dari aku. Betul tak?




Pagi ke makmal nasib baik tak hujan. Cuma gelap saja, bernasib baik nampaknya. Hari ini akhirnya ada kerja untuk aku. Takda lah terperuk dalam makmal yang sama ja setiap hari. Hari-hari on9 saja. >
Hari ni tolong kak Muza (student master) filter (tapis) sampel air Tasik Temenggor field trip bulan lepas. Bahan yang diperlukan untuk filter air adalah :

1. Filter paper :
Bersaiz 0.45 micrometer = 0.00045millimeter(mm), kecik sangat kan!
2. Water filtration yang menggunakan "electric pump" : 

Comel sebab kecik, UNIMAS punya besaq sikit..
3. Magnesium Carbonate :

Dekat UNIMAS, tak dak pulak aku letak menatang ni?
Balut filter  paper dengan aluminium foil dan label!
Water sample yang telah di"filter" simpan untuk nutrient analysis.
Amek kau! Dengan baldi-baldi nya..he-he-he..
Selepas solat Zohor, kita "proceed" dengan filter paper yang akan dicampurkan dengan acetone dalam "test tube". Sila pakai "glove" dengan "mask" yer..
"Filter paper + acetone"
Simpan dalam "freeze".
Jangan lupa, water sample tadi pun kena masukkan dalam freeze jugak! Habis sudah sesi makmal untuk hari ini. Esok kita sambung lagi.
Hari ini, aku berbuka pun sama menunya macam bersahur. Gara-gara OVERSLEEP! Konon nak pi bazar, tergolek-golek atas katil. Berbuka lambat pulak tu. Astaga..aku rasa nak demam kot sebab kena hujan tadi. ACHOO!! Tengok, dah bersin sudah..

No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com