Friday, July 27, 2012

Motor Skuter Sakit??

Pejam celik-pejam celik, hari ni sudah 7 Ramadan. Kita sudah berpuasa 7 hari sudah. Dalam bulan puasa ni jugaklah motor skuter hitam rosak. Alhamdulillah rosak waktu aku nak pi kerja. Katalah dia tiba-tiba berhenti depan lampu trafik ka, atas jambatan Pulau Pinang ka! Tak ka naya! Dah la hari ni aku nak balik Kulim. Nasib baik jugak Bang Cik aku ada, penat dia mai dari rumah tolak motor dari hostel sampai bengkel Sungai Dua. Terima kasih abangku! Jadi, semalam aku guna balik motor kriss biru. Lama aku tak guna. Kelakar pulak sebab dah lama tak naik motor bergear. 

Semalam-Semalam sambil bershopping di Tesco Extra Sungai Dua, berbuka sekali jugak dekat food court dia. Sedap jugak, dua hari aku tak makan nasi. Asyik nestum saja.

Konon ramai la orang, kami la orang pertama sampai..
Claypot Nasi + Ayam + Cendawan!
Sampai hari ni, aku tak sentuh lagi barang-barang shopping tu. Asyik makan luar saja kan, pak cik "ikan kering" ni la..

Shopping barang-barang sahur..
Semalam pulak berbuka dengan ..
Nasi Kandaq Pelita
Bagusnya!
Tiba-tiba syok "stalker" pekerja dia. Muka macam tuan aku, he-he-he.

Macam Tuan Fendi daaaa...wot-wot!
Menu untuk bersahur, idea pak cik jugak. Mentang-mentang esok nak balik. Makin tembam la aku lepas ni. I like!

Fish-O-Fillet 1!
Misi hari ni, masuk makmal! Banyak kerja kena buat..

No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com