Saturday, August 04, 2012

Persiapan Raya 2012


Balik kampung minggu ni, sudah ada tugasan ya! MENGECAT GHUMAH. Alhamdulillah balik kampung petang Jumaat tak terlibat dengan kesesakan lalulintas. Alhamdulillah! Sekarang jugak musim jerebu dekat Pulau Pinang, sangat teruk! Ramai yang sakit-sakit. 

Hari Khamis lepas, aku berpeluang join Kak Muza punya viva. Presentation thesis dia yang ber'title', A Comparative Study of Fish Population in Temengor Reservoir and Bersia Reservoir, Perak. Tak sangka pulak dah belajar Master pun ada presentation yang main tembak-tembak ni. FUH-FUH-FUH!

Kak Muza yang present, aku pulak yang gelabah!
Sesi soal jawab, paling berdebar waktu ni kalau nak present!
Paling seronok, dapat jumpa Prof Dr Zakaria Ismail! Kalau student jurusan sains akuatik atau berkaitan perikanan ni mesti kenal dia sebab penyelidikan dia. Beliau pakar dalam 'freshwater fish'. Jadi banyak 'paper-paper journal' dia yang aku guna untuk buat assignment Dr Khairul (Aquatic Vertebrates). 

Ni bukan suasana pagi tau! Tapi jerebu!
Bila jerebu, beberapa langkah keselamatan seperti, 
  • mengurangkan aktiviti di luar ya! tambah-tambah untuk sesiapa yang ada masalah asma..
Waktu tengah merempit balik dari Penang-Kedah, ramai penunggang motosikal yang memakai penutup mulut dan hidung. Hmm, aku pun lupa..

Pagi-pagi Sabtu, dalam kemalasan nak bangun. bangun jugak untuk mandi. Tengahari, tugasan bermula!




Raya tahun ni baru nak cat rumah setelah lebih kurang 20 tahun tak pernah cat. Lama kan, biasalah. Rumah kampung @ teratak buruk saja. Lagipun, tahun ni semuanya kakak dan abang aku ada duit lebih kan. Barang-barang macam cat, masih ada dalam simpanan lagi. Semuanya milik arwah ayah aku dulu waktu dia rajin buat hias rumah dengan tayar. Pernah tengok tak? Selalunya tayar tu akan dipotong zig-zag, lepas tu, terbalikkan bahagian luar ke dalam, luar ke dalam. Nanti tayar akan berbentuk bunga la! Boleh lah tanam pokok bunga dalam tu..

Teringat pulak zaman-zaman tu, masa arwah masih ada. Aku ni tukang cat tayar tu supaya lebih cantik dan menarik. Bumbung rumah pun aku panjat sebab nak sapu cat kayu dekat tingkat 2 rumah aku. Zaman tu kecik-kecik, ringan ja kut. Sekarang ni, roboh bumbung kut. Masa tu, kampung aku bertanding untuk Desa Wawasan. So, kampung tu kena cantik dan teratur. Semua penduduk Kampung Paya Tok Betok pakat-pakat hias rumah cantik-cantik. Rindu masa tu, kalaulah dapat diputarkan balik masa tu.

Doraemon tak ada lah! He3..Juz missing da old time..

2 comments:

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com