Monday, August 06, 2012

Dato' Lee Chong Wei's Tsunami

Hari ini merupakan Hari Nuzul Al-Quran. Aku pun cuti, masih di Kulim ni. Tak mau balik Penang lagi. Oklah, nampak gayanya semua penduduk Malaysia meng'update' pasal Dato' Lee Chong Wei, pemain badminton kebangsaan yang tidak berjaya membawa pulang pingat emas. Tapi, semalam memang permainan beliau sangat hebat sebab mata tak jauh mana pun. Cuma bukan rezeki kita. Bukak fb, ada yang post tweet beliau. Sangat comel!


Pak cik ni kena 'heart attack' kot terkezut Lin Dan menang!
Betul-Betul-Betul!
Aku pun nak ikot beliau teriak, huk-huk-huk..
Ada yang menghentam surat khabar ni sebab tajuk dia agak macam "kurang ajar" kot..
Dato' Lee Chong Wei! We love u!!
Tengok! Cover Hot fm punya fb pun memberi 100% support for him!
Tu dia, serba sedikit gambar-gambar yang menghiasi News Feed hari ini. Begitu besar impaknya perlawanan badminton semalam. Aku sendiri pun kecut perut tengok pemain-pemain hebat ni berlawan. Kantoi la tak pi sembahyang terawih kan. Tak pa, aku mengaku. Nge..

Berkenaan peristiwa pada hari ini pulak, Hari Nuzul Al-Quran akan disambut setiap 17 Ramadan. Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Nuzul juga bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. 



Semoga Ramadan 2012 memberi banyak manfaat kepada kita. Ini kerana bulan ini banyak syafaat dan kelebihannya. Sama-samalah kita berebut ganjaran di Bulan Mulia ini!!

No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com