Friday, August 31, 2012

Hari Kemerdekaan Ke-55

 
 Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang Ke-55. Secara kebetulan juga, hari kemerdekaan tahun 2012 jatuh pada hari Jumaat. Penghulu bagi hari bagi masyarakat Islam. 


Pada pendapat aku yang serba kerdil ni kan, Malaysia ni masih di dalam pentadbiran yang baru. Sebab negara kita baru 55 tahun merdeka. Emm, mak aku tahun ni umur 63. Mak aku pernah rasa zaman pemerintahan Jepun sewaktu dia masih kecil lagi. 

Datuk aku dulu merupakan penghulu kampung di suatu kawasan di Seberang Prai. Mak pernah menceritakan askar Jepun pernah datang ke rumah tuk penghulu. Askar Jepun datang dengan membawa anjing yang sangat besar! Tapi, tak ada la jadi apa-apa malapetaka pun..

Lagi 1, pentadbiran kita pun baru dipimpin oleh Perdana Menteri yang ke-6. Baru lagi kan, masih boleh dibilang dengan jari tangan kan. Jadi, sebagai golongan remaja yang diwar-warkan sebagai pemimpin masa depan, layakkah kita??

Macam-macam kes yang kita dengar sekarang ni kan? Ragut, rogol, rompakan, kecurian, pecah rumah, dadah, etc.. Kalau golongan yang bakal memimpin negara banyak terlibat dengan perkara-perkara negatif seperti ini, macamana mereka ingin memimpin negara.

Namun begitu, tidak semua remaja rosak kan? Masih ada lagi golongan remaja yang masih berfikiran ke hadapan. Macam dialog Seniwati Sarimah dalam cerita Masam-Masam Manis. "Dalam setandan pisang, tidak semua pisangnya busuk", lebih kurang macam tulah ayatnya..

Tapi kan, aku terlepas nak tengok perarakan kemerdekaan pagi tadi. Siblings aku tengok cerita lain..masih tertanya-tanya logo rasmi merdeka 2012 ni apa eh??

3 comments:

  1. hhahaa. merdeka memang la merdeka ;) tapi kalo pemikiran manusia nie tak merdeka tak boley jugak ;)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com