Wednesday, September 19, 2012

Majlis Simbolik Penyerahan Kad Diskaun Siswa

Tempat : Dewan Serbaguna, Student Pavillion
Tarikh : 18 September 2012
Masa : 9.30pg-11.30pg
VVIP : Yang Berhormat Dato Sri Douglas Uggah Embas
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar aka menteri mentor UNIMAS


Ni cerita dari pengumuman [klik sini]. Berjaya jugak aku jadi antara 160 orang yang mendaftar. Ala, bukan dapat apa pun, lunch free saja. Ok la tu, jimat tu. Cuma ada yang 20 orang pelajar bertuah dapat kad tu hari ini. Sedihnya tak terpilih. Tak pa, asalkan dapat cerita untuk entry untuk kawan-kawan sekalian yang tak jemu-jemu nak baca hasil karya merapu aku ni. Terima kasih hampa semua! Tak lupa juga 'excited' nak jumpa menteri secara dekat. =_="

Kak Husna & Kak Sikin sudi mengikut sign nama..
Girlishnya aku! Pertama kali, tima kasih Kak Sikin bagi pinjam kasut..
Sabar menunggu..
Tetamu terhormat dah sampai!
p/s : abang pakai spek mata hitam tu mesti bodyguard kan??
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Adi (Biotech. student, fakulti aku ni..)



Selepas itu, ada ucapan dari Professor Datuk Dr. Khairuddin Ab Hamid (Vice Chancellor UNIMAS). Seronok jugak dengaq beliau bercerita. Rupanya Student Pavillion ni dibuat semuanya menggunakan duit universiti sendiri tanpa ada sponsor mana-mana. Lepas tu, reka bentuk dia mesra alam sekitar sebab penggunaan elektrik dia yang minimum dan ada sistem pengaliran angin yang baik. Sumber air pun dari sistem tadahan air hujan! Beliau kata minggu ni memang sangat banyak VVIP kementerian yang mai melawat. Paling kelakar beliau kata, kalau ramai nak datang, ramai sungguh, kalau sikit tu, tak dak langsung yang nak datang. Sunyi ja..kih3..mendalam maksudnya..

Professor Datuk Dr. Khairuddin Ab Hamid
Yang Berhormat pulak berucap. Seronok jugak dia bersembang. Beliau suka betul dengan pengurusan UNIMAS sebab banyak pokok, ada kawasan tadahan air hujan. Beliau kan dari kementerian alam sekitar, mestilah concern benda-benda macam ni. Kalau semua pensyarah dari FSTS mai join sekali, mesti depa seronok + hati berbunga-bunga. Mana taknya, kementerian ni pun banyak la sangkut paut dengan FSTS (Fakulti Sains & Teknologi Sumber). Beliau siap bawak sekali Pengarah JAS (Jabatan Alam Sekitar). Macam-macam beliau nak bincang dengan pihak universiti tentang alam sekitar. 

Yang Berhormat Dato Sri Douglas Uggah Embas
Majlis penyerahan replika kad siswa dari beliau kepada vice chancellor..

Maaf ya, aku ni jurugambaq dari jauh ja. Suka tengok gelagat photographer n bontot mereka =__="
20 student bertuah!
Sesi bergambaq untuk media, lagipun tadi nampak ada rakaman dari RTM.



Cenderahati UNIMAS kepada beliau kerana sanggup meluangkan masa bersama kami!
Habis acara dalam pukul 11.30pg. Lunch free yang penting. Balik rumah dululah, malas nak tunggu sorang-sorang untuk kelas pukul 4ptg. Kalau hampa nak tau detail pasai Kad tu sila [klik sini]. Tapi ni entry waktu mula-mula kad ni diperkenalkan. Sekarang ni lagi banyak kedai-kedai yang nak join dengan kad ni. Makin beruntunglah student-student. 

Harap-harap dengan bantuan yang disalurkan dapat membantu meringankan beban kami yang tinggal jauh di Sarawak! Banyak kos tau, seronok memang la seronok, tapi..tiket flight, barang-barang lagi nak beli. Hurmm....kepada student-student jangan salah guna pi juai kad ni pulok!

Selamat Malam semua kawan-kawan..


4 comments:

  1. Wahhh bestnya.. kena budak IPTA/IPTS dalam negara je kan yg boleh buat kad ni?

    ReplyDelete
  2. @everything's : aah.. tempatan jer..

    ReplyDelete
  3. kenapa la kad diskaun siswa ni baru ada..dah kerja tak sempat la nak merasa :)

    ReplyDelete
  4. @nick nashram : ha3! biasa la, dunia da makin maju..kos makin tnggi..dpt la tlong org2 yg x brkemmpuan.. =)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com