Thursday, September 06, 2012

Selamat Kembali Sarawak !

 
Hari ini, pukul 4 pagi dah bangun bersiap-siap dan habiskan packing barang. Berat rasa hati nak tinggal Kulim ni. Boleh tak nak tidur bawah ketiak mak saja? Aduhai, malas sangat-sangat nak balik sebab masalah rumah. Balik awal pun tiada tempat tinggal. Macamana? Walaupun aku memang sudah dijanjikan kolej (hostel), semester baru ni ada perubahan pulak sebab pada Minggu Aluan Pelajar (MAP), Kolej Kenanga digunakan untuk menempatkan pelajar baru. Pelajar baru dari jurusan Perubatan sebab diorang ni tinggal di luar kampus. 
 
Dasat jugak, dalam masa setengan jam perjalanan dari rumah ke airport Penang. Sebab tak ada seketul kenderaan pun. Kami ja...
 
Dah nampak lain dah airport ni. Bila agaknya renovation dia nak siap? Lama sungguh! Surau pun dah berubah lokasi. Pening-pening, nasib baik jumpa Kak Hajar.

Pukul 6.10 pagi kami check-in masuk. Aku tak bolehlah nak tengok belakang, sebab mak aku ikut. Rasa syahdu gila macam nak koyak tiket tak nak balik! Tak nak Balik!! Control, jangan teriak pulak dekat kastam nie.

Pemandangan di awan biru di saat matahari sedang naik..
Matahari sudah memancarkan sinarannya untuk menyuluhi alam..
Tiba-tiba!


 Cuaca agak kurang baik hari ni. Aku pun dah mengantuk sebab tak nampak apa-apa pun dekat luaq. Jom zZzZ..

Kalau hampa terror, cuba cari UNIMAS dalam tu..

 Berkat kecekapan Kapten Nizam mengemudi pesawat Airasia AK6506. Kami semua selamat sampai pukul 9 pagi. Alhamdulillah..Pertama kali aku tengok Kapten pesawat sendiri mai ke belakang tempat penumpang keluaq wish terima kasih. Nak ja aku kata terima kasih sebab berjaya bawak kami selamat sampai. Malu pulak aihh..=__="

Mana beg gedabakku?
Suka pulak depa ni walaupun kotak tu dah membocorkan tin sardin, bergolek-golek lak jatuh dekat lantai..=__="
Untung kali ni balik dengan akak-akak senget ni, dari kiri, Kak Sikin, Kak Tasha dan Kak Hajar. Tak lupa jugak Kak Aini chumil nie..


Done! Semua beg ada..
Selesai semua dapat beg, isi perut dulu di McD. Kebuluq pulak, aku tak pernah lagi makan dalam flight Airasia kecuali MAS. Tak reti pulak nak berjual beli atas awan ni. Kih-kih-kih!


Balik UNIMAS menggunakan teksi mewah, besar PUNYA! RM38. Barang banyak sangat, aku dengan Kak Tasha naik 1 teksi, yang lain nak 1 teksi lain sebab tak banyak barang. Timbul sudah masalah sebab tak ada rumah nak duduk..

Untuk tenangkan diri yang gundah-gulana, tumpang beg di rumah senior-senior darat dulu. Lepak-lepak masuk store cari barang-barang nak guna.

Tu dia, barang-barang..perempuan..biasa Br0!
Pusing-pusing Desa Ilmu cari ilham nak tidoq mana malam nie..
Dalam perjalanan nak balik bilik, muncullah kawan Palapes Darat ni offer tidoq rumah dia sebab kosong. Alhamdulillah! Selesai masalah malam ni. Dapatlah tidoq, mandi dengan selesa. Sebab rumah lain penuhnya nauzubillah! Rezeki kami kot..syukur sangat-sangat. Tima kasih ZATI!!

Malam dinner dengan nasi n lauk yang Kak Aini bawak. Pertama kali dalam hidup makan daging arnab! Sedap jugak eh..

Penat membebel dalam nieyh..tidoq jom!
p/s : terlalu adventurous!!

4 comments:

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com