Tuesday, October 16, 2012

Konsert Perdana

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Aktiviti: Pesta Konvokesyensyen UNIMAS ke-16
Sub-aktiviti: Konsert Perdana
Tarikh: 13 Oktober 2012
Masa: 7.30pm-11.30pm

Walaupun pelbagai onak dan duri, sanggup jugak aku ke sana. Semata-mata sebab Kak Yatie (housemate) dah menunggu disana + kelaparan + kesejukan. Disebabkan aku ni baik hati, aku pun menggagahkan diri (sedangkan niat dalam hati memang nak pi pun). Tapi, lewat la, pukul 9 bawu pi naik bas ke Kampus Barat. 

Meh la klik ni dulu untuk gembirakan aku, ngeh3 ---> http://www.says2.com/my/timmbill91/specials/tm-net-streamyx

Sesampai saja, beli dulu makanan untuk kudap-kudapan dan air. Ramai jugak pengunjung yang hadir untuk menonton konsert malam ni. Macam nak menangis sebab tak jumpa Kak Yatie. Setelah hampir bertekak dalam telefon tu, akhirnya jumpa jugak.

Alang-alang nak tengok, duduk bersila teroih dekat tepi VIP duduk.

Hepinya dapat tengok!
Emm, banyak persembahan dari BAYU, ada lakonan yang sangat kelakar, tarian..



Pasangan pengacara, yang tengah tu konon-konon pengacau jer..
Godswill, pelajar FSS, FUH! Nyanyi lagu Melayu tau!
Lepas tu, ada persembahan penyanyi dari Sarawak. Maaflah, memang aku tak kenai la..



Suara dia sangat sedap!
Persembahan yang paling dinanti-nantikan!
Hyper Act

Sukanya aku dengan depa. Sangat puas dengaq depa nyanyi live dari dalam radio. Bukannya ap, selalu artis ni, dalam rakaman sedap ja nyanyi. Bila live, adui.. =__=" suara mesin betoi..
Toi AF6 sangat berbeza! Dengan rambut panjang + dressing lagu tu. Lainnya dia!


Actually aku nak upload video. Tapi tak boleh pulak, nak upload dekat YouTube pun problem. Nanti la aku cuba lagi ok! Sebab sangat best!

Sapa-sapa yang dok blur lagi, kalau dengaq lagu ni mesti hampa tau punya!


Dapat dari twitter depa. So Sweet.. Nak follow depa? G la sini 


Balik nasib baik ada 5 bas kot tunggu untuk bawak geng-geng kampus timur balik. Alhamdulillah, pertama kali aku menonton konsert macam ni. Dah naik tahun 3 baru berkesempatan nak pi tengok. Kesiannya..

p/s: jatuh hati dengan Hyper Act... 0__o

4 comments:

  1. amboi...kemain g konsert..^_^

    ReplyDelete
  2. @cikgu ma: ala, konsert dlm u je..he3..

    ReplyDelete
  3. ni waktu konvo kat unimas ke?

    ReplyDelete
  4. @momo: ye, konvo taun 2012 kat unimas..bwu je minggu lepas..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com