Saturday, October 13, 2012

Proposal PTA Presentation

Assalamulaikum dan Salam 1 Malaysia!

Minggu ni banyak sangat peristiwa yang berlaku sebagai student tahun 3 ni. 

Tarikh: 11 Oktober 2012 
Hari: Khamis
Tempat: Bilik Tutorial 9 FSTS
Perkara: Proposal Final Year Project Presentation
Masa: 8.15am-4.45pm
Masa aku: 3.45pm-4.00pm

Sebelum nak baca cerita yang panjang ni, klik la dulu ni yer --> http://www.says2.com/my/timmbill91/specials/edisi-kampus

Sehari sebelum presentation, sanggup p jumpa supervisor pukul 5pm sebab dia sangat bz dengan program UniConnect. Salah aku jugak, suka sangat buat last minute. Ntah la, kadang-kadang kita dah buat benda tu awal-awal. Tapi, tiba-tiba ada kerja lain yang datang dan kena selesaikan dulu benda tu. 

Esoknya, bas pukul 7.30am sangat penuh. Terpaksalah tunggu untuk naik bas pukul 8am. Sangat gabra tengok presentation kawan-kawan sebab pakat-pakat kena tembak dengan lecturer. Supervisor aku kata, bagus sebenarnya depa bertanya. Sebab dia nak betulkan lagi projek yang kita nak buat. Seram sangat, aku paling tak suka presentation waktu petang dan nak last-last. Sebab boring + cuak dok tunggu giliran.

Nak tengok tak slide aku?
Community Structures of Benthic Diatoms in UNIMAS Lake (2)

Agak banyak kekurangan dalam slide aku tu sebenarnya. Jadi, waktu Q & A (questions and answers) memang kena tembak berdentam dentum la. Tapi, sekurang-kurangnya aku berani menjawab untuk membela nasib diri! Cewah..

Tapi, selesai saja presentation, Gila punya lega! Rasa semua bebanan sudah kurang. Malam bolehlah berehat secukupnya. Hari Jumaat pun presentation ada lagi untuk beberapa orang. Tapi sekejap saja sampai pukul 11.30pg.

Orang pertama..

Cuba untuk mendengar soalan dengan teliti.












Orang terakhir!

 Yeah! Selesai sudah presentation selama 2 hari. Alhamdulillah. Semua sudah dapat menarik nafas lega sebab ramai yang mandi tak kenyang, tidur tak lena..

Dr. Shamsul selaku pen'sponsor' makanan tengahari.
Dr. Lim yang uruskan presentation ni..
Makan time!
Gembiranya Kahar!
Menu nasi ayam untuk lunch. Sedap!
Muka-muka relieve..
Selepas ni kerja belum habis lagi. Progressing report akan menyusul. Maksudnya, Final Year Project akan dimulakan tidak lama lagi. Bermaksud, bertambah-tambah lagi kerja aku.....!

Balik rumah, masuk bilik, kunci!
ZzZzZz....

6 comments:

  1. goodluck for ur final project

    ReplyDelete
  2. Mandi tak kenyang? memang la tak kenyang. hehe.

    Salam Singgah. First time singgah blog ni. and gud luck juge dgn project bertimbun timbun :)

    ReplyDelete
  3. @amar : tu maksudnya semuanya tunggang langgang n serba x kena..owh, welcome2..he3..tq ya~

    ReplyDelete
  4. kim salam kt abg hensem bju mlayu oren.;p

    ReplyDelete
  5. hei tikus anonym!! perasan ensem eh..nasik ayam penyet i mna!

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com