Saturday, November 10, 2012

Bako National Park

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Aktiviti: Field Trip Subjek Coastal Zone Management
Lokasi: Bako National Park, Kuching, Sarawak
Tarikh: 3 & 4 November 2012 (Sabtu & Ahad)

Badan aku sangat-sangat penat untuk ke field trip. Mana taknya, latihan menembak tak habeh-habes, memang aku tidoq dalam bas saja walaupun duduk di lantai bas sebab bas tak cukup pulak. Tiba-tiba field trip kali ni bukan kami-kami ja, ada group lain join. Apa ka nama pun aku dah lupa..

Mula-mula sampai di jeti. Encik Abang mai bagi taklimat sikit untuk kami sebab nak pi tempat dia kan..
Ada pulak signboard ni. Seram pulak aih nak naik bot..

Sporting tau pak cik ni, piece pon beliau buleh bagi..

Ni tempat nelayan guna untuk tangkap ikan!

Landing time..

Terus ambik gambaq ramai-ramai..

Seterusnya, ke Headquatersnya. Simpan barang-barang dalam bilik. Bilik aku di Hostel A, no.4. Cantek & selesa sangat hostel dia. Sejuk ja, 1 chalet ada 4 bilik, 1 bilik 4 orang. 1 hostel ada dapur dengan 2 bilik mandi & 2 toilet. Hostel pun syiok, mesti yang mahai punya lagi sedap. Nak berhoneymoon sini la. Tapi, 1 ja masalahnya.. Ada babi hutan dengan monyet yang jadi tukang sambut dan peneman di sepanjang jalan. Hik-Hik-Hik.


Tengok, Silver-Leaf Monkey nama dia. Curi makanan dari umah omputih sebelah hostel kami. Nakal!

Mama and her 5 childrens of Bearded Pig. Comei anak-anak dia, macam kancil.

Sweet couple of Bearded Pig!

Cepat-cepat bersiap untuk Jungle Trekking ke Teluk Pandan Kecil untuk tengok sea-stack. Encik Khalid yang jadi tour guide kami.

Dalam perjalanan, macam-macam flora & fauna yang dapat kita jumpa.

Dengan penat lelah, kami sampai ke kawasan paling menarik di Malaysia. Ada "Iron Capping". Kawasan ni dulu di bawah paras laut. Disebabkan uplifting earth surface, kawasan ternaik dan membentuk bukit.

Gayat!!!

Perjalanan seterusnya, turun ke bawah pulak untuk solat zohor dan tengok banyak lagi seni binaan semula jadi yang menarik! 1st time aku nak kongsi video dengan hampa semua..
video

Kalau nak tau, atas bukit tinggi tu la yang kita ghabat tadi..

Pasni, naik bukit untuk balik ke HQ (Headquarter). Ramai dah mula pancit. Geng-geng Palapes duduk belakang tolong kawan-kawan yang dah tak larat. Kami tolong depa bawak beg. Kelakar, aku tak rasa penat langsung! Enjoy punya pasai kot..

Penat pon boleh pose, kira ok lah tuh!

Balik bilik baru terasa lenguhnya kaki dengan pinggang. Terus tertidoq kepenatan. Dinner makan dekat Cafe Hq..

Aktiviti seterusnya, Night Walking. Tapi masa ni, jasad dalam sini. Otak melayang-layang atas katil yang empuk dan bilik yang sejuk. Balik bilik, 5 minit troih piapp..ZZZZ..Dengaq cerita geng-geng budak laki pi tengok kelip-kelip. Ala, tak ajak pon..

Pagi-pagi ada Beach Cleaning. Tapi gambaq tak dak pun sebab pagi tu hujan. Berbaju hujan kuning aku pagi tu sambil mengutip sampah-sampah keliling pantai ikut kumpulan masing-masing. Semua sampah tu kena asingkan, catat berat dia dan diikat untuk dibuang bila kami balik nanti.

Lepas tukar semua baju yang basah, kami ada sesi taklimat dengan Encik Abang lagi.


Alhamdulillah, selesai sudah field trip kali ni. Selamat Tinggal!


Fuh-Fuh-Fuh
Nak mai lagi sini kalau ada rezeki!!!

7 comments:

  1. wah tu babi jenis apa tu? mcm babi hutan tapi takde sumbu plak...

    ReplyDelete
  2. @hatimi: yup3, babi hutan..nma dia bearded pig=babi yg brjanggut..

    ReplyDelete
  3. emmmmm cm nie nk merajuk nie p x ajk hehehehe(gurau je)

    ReplyDelete
  4. @pak joe: windunya kat dia!! hak3!! ala..nak ka pi tmpat lagu tuh..hi3..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum....wah !!! seronoknya dpt pi sana...:)

    ReplyDelete
  6. destinasi pelancongan yg menarik nie

    ReplyDelete
  7. @mama & @kurukord: rajin dtg la sinie..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com