Thursday, January 19, 2012

PenyekSAAN yaNG aKan bermula!

Salam n Salam Sejahtera

Alhamdulillah, peperiksaan akhir sudah pun berakhir hari ini. Tapi, tak sempat nak rehat, dah nak masuk kem tahunan. Gila arrr!! Petang ni lepas habis exam pun ada perjumpaan antara skuad sendiri pasal barang-barang yang nak dibeli untuk kem tahunan ni. Agak berdebar-debar kem tahun ni sebab kami akan menempuh hutan yang sebenar kalau tak ada aral melintang. Sebab tahun lepas, kami cuma buat di sekitar hutan UNIMAS saja sebab ada "excident" yang berlaku.

Walaupun, hutan UNIMAS..azab dia lagi dahsyat kot..aiq tak dak, hujan lebat, khemah banjir..sabaq sajalah..kali ni tak tau pulak macamana, harap-harap semakin baik..

Jadual minggu pertama
 Tak sabaq-sabaq latihan menembak pistol!!
Jadual minggu kedua
Tak sabaq-sabaq nak habih!!

Bukannya apa, rehat lepas exam ni tak dak lagi aihh.
Read More

Monday, January 16, 2012

Safi Rania Gold

Salam n Salam Sejahtera

Memandangkan ramai gila yang suka dengan entry pasal produk kecantikan, kali ni aku nak ceghita satu lagi produk dari Safi. SAFI RANIA GOLD. Tapi aku tak tau la keberkesanan dia macamana. Aku tak pernah guna. Setahu aku produk ni sesuai untuk orang yang berusia sikit sebab ini produk anti penuaan.

Daripada sumber Utusan Malaysia Online, 2009. Datuk Siti Nor Bahiyah Mahamood (jurucakap Halal Safi) menjelaskan :
 "Susuk dengan penggunaan emas yang terkandung di dalam produk kecantkan Safi Rania Gold 24 karat ini sangat berbeza."

Bukannya apa, aku pun terpikiaq jugak kan, sebab susuk guna emas, produk ni pun guna emas. Sekarang sudah terjawab soalan yang entah apa-apa yang aku pikiaq. Yang baguihnya produk Safi ni, dia bebas dari bahan alkohol. Maksudnya bolehlah kita pakai pastu solat kan?

Sebelum tu, mari ramai-ramai klik sini --> http://sy.my/4caa

Sekarang aku nak ceqhita antara produk yang dihasilkan :


1) Pembersih Wajah
Membersihkan kulit daripada segala kekotoran, habuk, daki, menanggalkan solekan. Diperkaya dengan nutrient seperti minyak avocado yang melembapkan kulit, menjadikan kulit lembut dan licin selepas dicuci.
Cara penggunaan : Guna pada waktu siang. Gosok dengan air sehingga berbuih n urutkan secara lembut pada wajah n bilas.



2) Gel Pembersih Wajah
Pembersih yang tidak berasaskan sabun. Dapat mengembalikan kesegaran kulit dan melembapkan kulit.
Cara penggunaan : Sesuai digunakan pada waktu malam. Gosok dengan air sehingga berbuih n urutkan secara lembut pada wajah n bilas.


3) Pembersih Wajah Lembapan Mendalam
Membersih sambil melembap secara mendalam untuk mengatasi kekeringan kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.
Cara penggunaan : Sesuai digunakan pada waktu siang atau malam.


4) Penyegar
Penyegar yang dirumus dengan air mawar yang dapat mengecilkan pori dan membantu menyediakan kulit untuk menyerap lembapan.
Cara penggunaan : Guna selepas membasuh muka. Tuangkan pada kapas n sapukan dengan lembut dimuka.


5) Serum
Mengandungi Nano Emas 24K dalam bentuk serum yang dapat menyerap pantas dan tidak berminyak. Bertindak untuk mengembalikan keanjalan kulit wajah. Mengandungi gabungan asid amino yang meneutralkan radikal bebas untuk menghalang kulit menjadi kusam.
Cara penggunaan : Guna selepas menggunakan penyegar. Sapukan pada muka n leher. Urut perlahan-lahan dalam gerakan memusing. Gunakan sebelum krim pelembab untuk kesan yang lebih baik.



6) Krim Pelembab Siang SPF20PA++
Untuk mengelakkan kesan buruk sinar UVA n UVB matahari. Kulit menjadi lebih cerah, sihat berseri. Mengandungi bahan kolagen untuk menstrukturkan , menganjalkan kulit.
Cara penggunaan : Sapukan pada muka n leher, urutkan perlahan-lahan dalam gerakan menaik.



7) Krim Pelembab Malam
Membantu proses penghidratan dam pemulihan kulit di waktu malam. Mengurangkan pembentukan tanda-tanda penuaan dan garis halus, menjadikan kulit wajah kekal awet muda n lebih anjal.
Cara penggunaan : Guna sebelum tidur. Sapukan pada muka n leher, urutkan perlahan-lahan dalam gerakan menaik.


8) Krim Kontor Mata
Membaiki struktur kulit yang lembut di keliling mata, mengurangkan kemunculan garis halus dan mencerahkan lingkaran gelap bawah mata.
Cara penggunaan : Sapuan pada siang dan malam.




9) Krim Kecantikan
Membekalkan nutrien bertindak mengurangkan pembentukan tanda-tanda penuaan n garis halus. Dapat digunakan sebagai krim penjagaan kecantikan n asas solekan untuk kulit wajah awet muda, anjal n cerah sentiasa.
Cara penggunaan : Sapukan pada muka n leher, urutkan perlahan-lahan dalam gerakan menaik.

 10) Skrub Wajah
Menanggalkan kotoran dalaman n sel kulit mati yang menutupi liang roma untuk menyihat n mengembalikan keserian kulit wajah. Dapat memberikan kelembapan kepada kulit.
Cara penggunaan : Basahkan muka n sapukan pada muka n leher, urutkan perlahan-lahan dalam gerakan menaik n bilas.


Emm, tunggu la bila aku dah berkedut nanti aku try la pulak produk nie. Hehehe.. =)
Read More

Sunday, January 15, 2012

1st Time RecoRDING nYANYI

Salam n Salam Sejahtera

Hari Sabtu, awai gila aku bangun. Dah janji dengan Anip nak tolong dia buat assignment pasal recording. Dia student FSGK dalam jurusan muzik. Aku ni kira sebagai bahan eksperimen la kot. Excited+blur+ aku masuk bangunan FSGK.
Bangunan Fakukti Seni & Gunaan Kreatif
Cantik n banyak studio-studio untuk latihan diorang. Dahsyat jugak fakulti ni, aku ingatkan biasa-biasa saja. Tapi SUPERB!! Tapi kena tunggu lama sebab elektrik tak cukup kat bangunan tu. Tunggulah dalam ke'nervous'an. Aku ni cepat ketaq.

Studio yang digunakan
Tengah disetup..
Anip..
Pintu keluar
Geng-geng yang kategori band dok setup
Sambil-sambil tunggu, aku rajinkan diri study dulu sikit. Lusa aku exam Coral Reef Ecology, struggle-struggle.  Lagi 2 paper lagi.

Aku dalam ketaq..senyum dulu!

Proses meng'edit' apa yang aku nyanyi
Aduhai, aku tak tau macamana artis dok recording. Bagi aku susah jugak nak mencari kesempurnaan dalam nyanyian tu, tambah-tambah lagi orang macam aku. Kena praktis, recording banyak kali. Alhamdulillah aku kena recording 2 kali saja. Actually aku rasa macam kena record lagi sekali tu. Sebab ada mistake yang aku buat. Apa-apa pun 1 kenangan n pengalaman yang baru aku rasa. Selama ni aku cuma nyanyi atas pentas dari sekolah rendah sampai sekarang. Baru pertama kali dengar suara aku sendiri. Rasa sangat semacam+kelakar bila orang dengar suara kita nyanyi n edit-edit.

Nak tau tak aku nyanyi lagu apa, lagu Destiny dari Misha Omar :

Emm, nanti copy aku nyanyi tu dia bagi. Tunggu masa dia belanja saja. Hehehe, boleh pau banyak-banyak. Habis saja recording tengahari, alang-alang nak buat rajin, studylah kat CAIS tu. Nak balik petang pun hujan lebat sangat-sangat. Malam pukul 8.00pm baru balik rumah.

Perut lapaq mintak diisi, goreng telur saja. Baqu beqapa minit study mengantok. Jawapannya..ZZzzzz..
Read More

Monday, January 09, 2012

Student Pavillion, UNIMAS

Salam n Salam Sejahtera

Hari ini sudah bermula periksa pertama aku, marine n freshwater invertebrates. Aduhai, mampuih la, soalan yang aku taw jawapan memang berlambak-lambak aku ceghita, yang mana aku tak taw memang blur tak taw nak hentam apa. Padam muka aku, belajaq maen-maen. Naik mengantuk aku periksa petang-petang ni. Pukui 2 sampai 5, aku keluaq pun pukui 4.30 sebab tak taw nak bohong apa lagi.

Habis periksa, perut berkeroncong mintak diisi, lapaq benda goreng-goreng. Aku, Aimi, Mai dengan Kak Mas makan kat Student Pavillion. Aku tengok dah ada 1 kedai bukak, jual barang-barang biasa macam slipar Angry Bird, keronsang, beg, topup. Bank ATM Maybank dengan kedai dobi pun ada, tapi tak bukak lagi. Untung la aku duduk fakulti FSTS, dekat saja. Kedai makan pun dah banyak bukak dah kat sinie.

char kuew tiaw kerang-RM4
Menu hari ini lunch+tea+dinner, char kuew tiaw. Bolehlah tahan, kedai dia depan sekali. Kedai ni juai roti canai jugak, nanti nak try pulak la.

view yang lawa
Sambil-sambil makan, boleh la nak tengak pemandangan dari tasik unimas. Dok nampak bas unimas dok lalu-lalang, dok pikiaq aku nak kejaq bas balik pukui berapa agaknya. Awan pulak macam seronok ja dok ikut atas kepala nak turunkan aiq mata dia. Balik-balik, kena la hujan. Baguih punya, Sediakan Payung Sebelum Hujan. Dah la payung aku mangkuk mana tak taw dok tukaq dengan payung buruk. Geram betoi!
Lepaih ni, belajaq untuk Conservation Genetics pulak menyusul..
Read More

Sunday, January 08, 2012

Penang International Airport - renovate?

Salam n Salam Sejahtera

Aku dah sampai Sarawak semalam pagi..
Pukul 5am aku sudah bertolak ke Bayan Lepas, Penang. Flight aku pukul 7am. Agak kalut bila aku sampai sebab Airasia punya kaunter tidak dibuka sebab ada masalah teknikal kot. Nasib baik aku sudah online check-in. Luggage pun tak ada, terus masuk check-in sahaja. Tapi kan, sampai-sampai sana, aku agak blur sebab pintu departure sudah berpindah. Huhuhu, nasub baik ada petunjuk. Bila lah agaknya airport ni nak siap. Blur sangat-sangat sudah.


Gate aku B5, blur jugak bila masuk dalam. Tempat duduk pun tak banyak lagi, memang aku bertinggung sajalah. Bagi peluang dekat orang tua, ibu mengandung untuk duduk.


Satu sahaja yang aku respect, sepanjang aku naik flight, tak pernah dia delay. Airasia, memang aku respect! Sampai kat airport kuching pukul 9am. Alhamdulillah, tiba-tiba rasa stress pulak! Exam!!!!! AROUND DA CORNER!!
Read More

Wednesday, January 04, 2012

GEMERSIK KALBU

Salam n Salam Sejahtera

Nak lepak sambil relaxkan otak sebentar. Sekarang ni kecoh pulak pasal Amalina yang dapat 17A tu makin teruk+berubah+kebaratan. Tak tau la nak habaq apa, aku tak mau nak gosip-gosip panas dalam blog aku ni. Aku nak ceghita pasai slot Akasia TV3 yang menggantikan ceghita Tentang Dhia. Sekarang ni Gemersik Kalbu pulak.

Setiap Isnin-Khamis, 7pm di TV3
Sinopsis :
Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.


Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Cinta Wan Ariffin masih utuh kerana enggan memungkiri ikrar setia kasih sehidup semati. Walau bagaimanapun, rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, tanpa sudi dan kerana paksaa, Raihana akhirnya membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta dan mesra.


Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh cuba memenangi cinta Raihana kerana dia percaya suatu hari nanti gadis pujaannya akan membuka pintu hatinya untuk menerimanya sebagai suami yang sah. Namun setelah beberapa ketika, Raihana tetap berkelakuan dingin dan kaku membuatkan Sufian bagai hilang arah. Bersama adiknya, Azila dan sepupunya, Darlina, Sufian nekad dan membuat rancangan untuk menyedarkan Raihana.


Mampukah kasih dan kebijaksanaan Sufian mencairkan hati Raihana yang dingin? Dapatkah Raihana menerima Sufian dengan sepenuh hati dan mengecapi sinar kebahagiaan untuk kali kedua?


Peh, cam best kan. Aku pun start la ikut tengok. Tapi kan, aku rasa macam penah kenai ja jalan ceghita ni. Korek-korek almari novel kak aku....memang syok pun sebab aku dah baca novel dia. Cerita ni diambil dari Novel Alaf 21, penulis dia Anis Ayuni.

AMARAN : Sila abaikan background...
Selamat menonton semua! Drama ni bersiri 24-episod, diterbitkan Global Station Sdn. Bhd., diarahkan Heykal Haniffah. Para pelakonnya, Aqasha = Sufian, Ayu Raudah = Raihana, Fazreen Rafi n ramai lagi..!
Read More

TREND CENDERAHATI MAJLIS PERKAHWINAN SEKARANG

Salam n Salam Sejahtera

Fuh, hujan pulak di Kulim maghrib-maghrib ni. Harini 3 JAN, sepupu merangkap boss time aku kerja di salun kecantikan kahwin. Aku tak pi pun, jaga rumah. Jaga la sangat kan. Study-study.. Cewah..

Mak bawak balik ole-ole dari kenduri, ala, selalu dapat kan time pi kenduri. Zaman dulu-dulu dapat telur, gula-gula. Sekarang ni macam-macam, paling famous cupcake!






promosi..
p/s : siap ada nombor lagi..area-area kulim, kedah ja kot..
Read More

Monday, January 02, 2012

TAHUN 2012

Salam n Salam Sejahtera

Oho, dah seminggu aku di rumah. Makin takut dengan final exam yang around da corner saja. Harini dah 2 JAN 2012, dah masuk tahun baru. Umur pun sudah meningkat. Alah, apa yang ada dengan nombor. Hidup kita perlu sentiasa muda belia, baru la tiada kedut. Hehe..

Mak aku dengan rajinnya buat bubuq kacang. Pernah makan dak? Mak aku panggil ni bubur kacang, tempat lain tak tau la. Sangat sedap dan mengenyangkan, sesuai untuk orang yang nak study. Yela, nak makan nasi malas, makan benda macam ni cepat je masuk mulut, tangan pun tak kotor. Sedap pun sedap! Mak buat apa semua sedap kan, teringat pula kat housemate aku di UNIMAS tu, makan apalah agaknya.

bubur kacang
dottie
Tiap-tiap kali kalau aku study tak tutup pintu, mummy dottie ni selalu menyibuk wat spot-check bilik. Sibuk ja. Tapi baguih jugak, kucing ni sebenaqnya terapi, tengah-tengah aku stress, ada ja dok gesel-gesel paha aku. Dottie ni manja kalau dia sendiri yang mai kat kita, kalau kita yang excited pi peluk dia, dia sombong. Pelik betoi kucing zaman sekarang. Agaknya dia tau semua sayang dia, sebab tu dia eksyen. Kihkihkih..
Dottie, dottie..

biskut
Best fren budak-budak yang study, biskut kering. Confirm, cepat disediakan, koyak, dan makan. Kepada kengkawan di UNIMAS, good luck untuk final exam yang akan bermula esok! Chayok2!! Semoga kita semua dapat buat yang terbaik supaya tak kena repeat paper, paham-paham sajalah UNIMAS kalau dapat C- pun kena repeat.. =)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com