Saturday, June 30, 2012

Desasiswa Saujana, USM

Jumaat menjelang tiba, keluar lunch pun awai sebab Is kan nak p solat Jumaat lagi. Konon-konon nak makan di tempat yang biasa. Kedai tu tutup pulak. Terpaksalah makan di McDonald. FUH..FUH..FUH..

Pilih-pilih, jangan tak pilih..
Menu lunch :

Chicken Foldover!
Saja nak cuba sebab belum try lagi. Lepas ni nak makan McFlurry perasa baru pulaklah. Emm, tunggu ya!

Lelaki bersiap untuk solat Jumaat, aku pulak merajinkan diri untuk ke hostel. JOM-JOM-JOM! Jauh betul di atas bukit, bangunan MO4, tingkat 7, bilik nombor 2. FUH-FUH-FUH. Pertama kali dalam hidup aku tengok lif yang berbunga-bunga merah jambu yang comel! Tapi, sesat pulak nak cari bilik. 1 tingkat tu semuanya D? Erkk? Maksudnya? Sampai 2 orang aku tanya. Akhirnya sampai jugak di bilik.

Dalam bilik ni ada 2 orang boleh duduk.
Almari yang sangat besar!
Meja study yang sangat luas!
Katil yang selesa!
Bilik, siap ada kanta yang macam hotel, boleh tengok orang dekat luar!
Pemandangan tingkap yang nampak parking lot, cantek!
Bilik dah cantik, tapi penat sebab atas bukit saja. Nasib baik kenderaan sendiri. Terima kasih banyak-banyak motor skuter Charisma abang aku punya. Malas pulak  nak ambik motor kriss sendiri yang ber'gear'. 

Sebelum balik rumah, tea time :

7UP float + mini mee kari
Nak? Pi la makan dekat Old Town White Coffee cawangan Kulim. Dekat saja dengan UniKL tuh. Malas nak balik rumah, sedih, 3 ekoq kucing dah bagi dekat orang! Baru semalam saja aku main-main dengan depa..


Bye-bye my babies.. T__T
Read More

Tuesday, June 26, 2012

Latihan Industri di USM

Pada 25 Jun, aku selamat mendaftarkan diri sebagai pelajar praktikal di School of Biological Sciences, Universiti Sains Malaysia.



Supervisor aku di bawah pensyarah 'aquatic botany', Prof. Mashhor Mansur.

Lab 237, tempat Prof duduk. Aku pun dok dalam ni ja.
Hari pertama, kena pikiaq mini research yang nak buat sepanjang praktikal. Lepas tu, kena menguruskan penginapan pulak.

Ni pejabat Tekun hostel.
Aku dapat Saujana, Is Tekun. Geng-geng praktikal dari 'plant science' duduk satu bilik. Untunglah, aku yang terpisah duduk bangunan lain. Huhuhu. 

Bayaran hostel kena bayar di Pejabat Bendahari USM, RM228.
Selesai urusan, cabutlah balik!
Read More

Saturday, June 16, 2012

Exam M00d Time! + Bulan Rejab

Aku tinggal lagi 4 subjek untuk dihabiskan. Tiba-tiba rasa stress + ketaq pulak. Mana tidaknya, exam tu berderet non-stop. Habislah, tak bernyawa aku dibuatnya. Ya Allah, sabaq sajalah.
Tapi, yang lawak sekarang ni baru rasa menyesal, konon-konon berazam semester depan hendak study awal. Namun, akhirnya..Janji tinggal janji. Tapi ada 1 subjek yang aku betul-betul aku struggle sebab tiba-tiba pulak aku jatuh cinta. Wah! jatuh cinta dengan lecturer! Tak adalah sampai macam tu. Aku jatuh cinta dengan subjek Aquatic Botany. Sedangkan subjek ni aku tak nak ambil lagi subjek teras tu. Takut membebankan. Alhamdulillah, disebabkan minat, boleh pulak aku buat yang terbaik semasa Mid-Semester exam lepas.

Sepanjang minggu ni pun aku berpuasa ganti + sunat. Sekarang kan bulan Rejab.



REJAB = "BULAN ALLAH"

Kelebihan di Bulan Rejab [info ini dipetik dari klik sini]

1. Sabda Nabi s.a.w. "Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat."
"Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban Bulanku, dan Bulan Ramadan Bulan Umatku"

2. Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya (nak tahu detail? Sila klik sini), Syaaban dengan malam Nisfunya dan Ramadan dengan Lailatul Qadarnya.

3. Berpuasa di bulan Rejab :

Sehari, mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
2 hari, dilipat gandakan pahala.
3 hari, dijadikan parit panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
4 hari, dijauhkan dari bala dan penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajjal di hari kiamat.
5 hari, aman daripada azab kubur.
6 hari, bercahaya wajahnya apabila dikeluakan dari kubur.
7 hari, ditutup 7 pintu neraka.
8 hari, dibuka baginya 7 pintu syurga.
9 hari, apabila keluarnya dari kubur lalu mengucak 2 kalimah syahadah, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
10 hari, dijadikannya 2 sayap, terbang seperti kilat di atas Titian Sirotulmustaqim dihari kiamat.
16 hari, dapat melihat wajah Allah didalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah didalam syurga.
19 hari, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Adam a.s.
20 hari, diampunkan segala dosanya yang lalu.

4. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat 1000 darjat, dihapus 1000 kejahatan.

5. Setiap sehari puasanya dan sedekahnya pada bulan Rejab, seperti ibadat 1000 Haji dan Umrah. Dibina mahligai 1000 bilik dan 1000 bidadari, lebih cantik daripada matahari 1000 kali.



Banyak kan kelebihan di bulan Rejab ni. Jadi, kepada sesiapa di luar sana masih tak terlambat lagi nak beramal di bulan ni. Walaupun dah lambat la jugak, cuba lagi di tahun hadapan ya. Semoga amal kita juga diterima Allah s.a.w. Amin..
Read More

Sunday, June 10, 2012

Rajab'S Munajat Perdana 1433 H

Final exam dalam beberapa hari sahaja lagi. Disamping kita mengulangkaji nota-nota, check semua slide-slide yang lecturer bagi, pengisian rohani pun kita perlukan jugak. Unimas pun tak terkecuali jugak buat solat hajat. Sekurang-kurangnya aku yang sentiasa buat solat hajat menjelang exam sahaja ni pun insaf sikit selepas aku dengar forum Mission 4.0 Nothing Is Impossible.

Panelis #1 = pelajar Master FEB dari Indonesia
Panelis #2 = Dekan universiti perubatan
Panelis #3 = lecturer FIT, dia kata sapa student dia mai malam tu dia bagi markah free.. =)
Moderator = arkitek di sebuah syarikat swasta 

Tak ramai sangat yang mai. Agaknya sebab masing-masing ketaq kot nak ambik exam paper. Aku sendiri pun mai dengan Kak Sikin ja. Ada la jugak wakil Kolej Kenanga kan. Aduhai, seriously forum malam tu sangat best. Rugi sangat siapa yang tak join sebab ahli panel malam tu berjaya mencuri rasa mengantok. Ada la jugak rasa keinsafan di situ. Ya Allah, harap-harap berterusanlah rasa keinsafan ni dalam diri aku yang serba lemah dan lalai ini.






Makanan pun dapat jugak
Comel kan apam tu..sayang pulak nak masukkan dalam perut..

SOLAT HAJAT
Merupakan solat sunat yang dilaksanakan apabila seseorang ingin memohon sesuatu dari Allah s.w.t. Solat ini dilaksanakan sebanyak 2 rakaat diikuti dengan doa setelah memberi salam. Berikut merupakan cara solat hajat yang paling ringkas dan mudah ;

Niat :

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku solat sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala

Rakaat pertama :
*Doa iftitah
*Surah Al-Fatihah
*Ayat Kursi
*Surah Al-Kafirun (3 kali)

Rakaat kedua :
*Surah Al-Fatihah
*Ayat Kursi
*Surah Al-Ikhlas (3 kali)

Apabila selesai, bolehlah dibaca doa :

سُبْحَانَ الَّذِي لَبِسَ الْعِزَّ وَقَالَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي تَعَطَّفَ بِالْمَجْدِ وَتَكَرَّمَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي أَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ بِعِلْمِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي لَا يَنْبَغِي التَّسْبِيحُ إلَّا لَهُ , سُبْحَانَ ذِي الْمَنِّ وَالْفَضْلِ ,سُبْحَانَ ذِي الْعِزِّ وَالْكَرَمِ , سُبْحَانَ ذِي الطَّوْلِ , أَسْأَلُك بِمَعَاقِدِ الْعِزِّ مِنْ عَرْشِك , وَمُنْتَهَى الرَّحْمَةِ مِنْ كِتَابِك وَبِاسْمِك الْأَعْظَمِ وَجَدِّك الْأَعْلَى , وَكَلِمَاتِك التَّامَّاتِ الْعَامَّاتِ الَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد


"Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat  dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.


JADUAL FINAL EXAM :
14 Jun 2012 : Mangrove Ecology & Estuary
18 Jun 2012 : Aquatic Vertebrates
19 Jun 2012 : Aquaculture
20 Jun 2012 : Aquatic Botany + Scientific Communication


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com