Thursday, September 27, 2012

Dinner di Hotel Penview

Sempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri (walaupun dah lepas Syawalnya..), PALAPES Udara UNIMAS telah mengadakan Ramah Tamah Aidilfitri 2012.

Tempat : Hotel Penview
Tarikh : 23 September 2012, Ahad
Pukul : 8.30pm-11.30pm

Suasana dalam bas, kami bertolak dengan 3 bas semuanya.
Sampai sana menunggu untuk solat maghrib dulu. Semasa aku tahun 1 pun, majlis ni dibuat di hotel yang sama. Cuma dulu banquetnya dia atas. Kali ni di bawah sekali. 


Cenderahati!
Makanan
p/s : bagi aku macam kurang berbaloi je...

Ada persembahan dari junior-junior baru. Ada joget raya, dan lakonan.



Ada pertandingan karaoke! Tiap-tiap majlis mesti ni benda wajib. Kelakar..

Jo dengan Qie..
Manisah
Ape tah nama, sorry..tak kenal junior lagi sebab belum orentasi..
Antara calon-calon king & queen for the night..
TAHNIAH! Menang karaoke.
King & Queen, dua-dua senior. Tahniah!!
Kadet senior
Kadet intermediate
Kadet junior
Leftenan Muda (YO)
Semua 121 anggota kadet
Gambaq bawah ni semua sebab dok tunggu majlis abes. Punya la aku mengantok, tuhan saja yang tau. Memang la senyum aku macam terpaksa. 

Aku dengan ex-housemate..Kak Tasha
Batch 7!
Ex-roomate..
Aku dengan King Of The Night. Cewah!
p/s : 20% sila dermakan dekat aku sebab, aku bagi pinjam barang.
Adoi, memekak pulak budak-budak ni..
Majlis ni merupakan majlis terakhir yang dihadiri. Selepas ni, i'allah, aku dah habis. Tak sabarnya nak habis benda-benda macam ni. Badan rasa macam dah tak mampu nak buat semua training-training ni lagi. Dah la sibuk dengan nak habiskan study lagi, final year project lagi =__="

HAISHHH.................
Read More

Friday, September 21, 2012

Adik-adik Yang Berbulu

Banyaknya kakak aku upload gambaq anak kucing dekat rumah. Dapat la hilangkan rasa rindu dekat adik-adik berekor yang muncet dekat rumah tu. Agak-agaknya kalau hampa semua tengok berdarah hidung tak?

3 ekoq ni anak-anak kedua kak cik. Mak dia hitam tau, anak-anak punya comel! Nama belum ada lagi, semua jantan. Ada suggestion?

2 ni anak-anak dottie. Yang ni memang baka kucing domestik long hair.


Sebelum bukak mata ni.

Selepas bukak mata! Putih tu nama Lily, conteng-conteng cam askar tu Leila. 



Rindunya budak-budak ni. Sangat-sangat rindu! Kadang-kadang pelik kenapa makhluk Tuhan macam ni orang buat suka hati macam seksa la, sepak la. Berdosa pun dapat, apa yang diorang dapat sebenarnya bila buat macam tu? Kalau yang memang fobia dengan kucing tu tak ada masalah. Nak buat macamana kan. Tapi sebenarnya fobia boleh diatasi. 

Kelakar pulak sebab waktu di zaman matrikulasi dulu ada seorang rakan sekelas lelaki ni. Muka memang macho habis, ganteng orangnya. Suatu hari sewaktu di kelas BI, ada bunyi kucing mengiau diluar. Kami pun tak perasan dia sudah gelisah tak senang duduk. Tiba-tiba, kucing tu masuk kelas kami. Melompat dia dari duduk di depan ke belakang. Cikgu BI pun agak terkejut dengan reaksi spontan dia. Kantoi di situ dia takut kucing. He-He-He. (Kalau hang baca jangan malu na, aku tak bagitau pun nama..)

Selain itu, aku sangat-sangat menyokong Papa Hero (PH). Selalu jugak aku baca PH post di Facebook untuk menarik minat orang untuk mendekati makhluk kucing yang juga disayangi oleh Rasulullah S.A.W. tau!

Satu benda yang aku selalu praktikkan kalau aku jumpa kucing, walaupun tak ada makanan nak bagi. Cukup sekadar aku panggil dan usap kepalanya. Sebab itu pun dah menunjukkan kita menghargai dia. Kucing ni menarik sebab dia dapat mengesan aura positif atau negatif yang ada pada diri kita. Kalau kita ni seorang yang memang suka kucing, dia dapat kesan dan akan bergesel-gesel di kaki. Satu sebab lagi, kakak kata, orang yang bela kucing ni, ada bau kucing yang melekat di badan. Jadi, bila kucing yang lalu-lalang dekat kita boleh detact yang kita ni ada kucing dia akan bermesra dengan kita. 

Marilah sama-sama kita menyayangi kucing sebab setiap perbuatan yang baik, mereka akan berdoa kepada kita. Kucing pun berzikir jugak tau! 
Read More

Wednesday, September 19, 2012

Majlis Simbolik Penyerahan Kad Diskaun Siswa

Tempat : Dewan Serbaguna, Student Pavillion
Tarikh : 18 September 2012
Masa : 9.30pg-11.30pg
VVIP : Yang Berhormat Dato Sri Douglas Uggah Embas
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar aka menteri mentor UNIMAS


Ni cerita dari pengumuman [klik sini]. Berjaya jugak aku jadi antara 160 orang yang mendaftar. Ala, bukan dapat apa pun, lunch free saja. Ok la tu, jimat tu. Cuma ada yang 20 orang pelajar bertuah dapat kad tu hari ini. Sedihnya tak terpilih. Tak pa, asalkan dapat cerita untuk entry untuk kawan-kawan sekalian yang tak jemu-jemu nak baca hasil karya merapu aku ni. Terima kasih hampa semua! Tak lupa juga 'excited' nak jumpa menteri secara dekat. =_="

Kak Husna & Kak Sikin sudi mengikut sign nama..
Girlishnya aku! Pertama kali, tima kasih Kak Sikin bagi pinjam kasut..
Sabar menunggu..
Tetamu terhormat dah sampai!
p/s : abang pakai spek mata hitam tu mesti bodyguard kan??
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Adi (Biotech. student, fakulti aku ni..)



Selepas itu, ada ucapan dari Professor Datuk Dr. Khairuddin Ab Hamid (Vice Chancellor UNIMAS). Seronok jugak dengaq beliau bercerita. Rupanya Student Pavillion ni dibuat semuanya menggunakan duit universiti sendiri tanpa ada sponsor mana-mana. Lepas tu, reka bentuk dia mesra alam sekitar sebab penggunaan elektrik dia yang minimum dan ada sistem pengaliran angin yang baik. Sumber air pun dari sistem tadahan air hujan! Beliau kata minggu ni memang sangat banyak VVIP kementerian yang mai melawat. Paling kelakar beliau kata, kalau ramai nak datang, ramai sungguh, kalau sikit tu, tak dak langsung yang nak datang. Sunyi ja..kih3..mendalam maksudnya..

Professor Datuk Dr. Khairuddin Ab Hamid
Yang Berhormat pulak berucap. Seronok jugak dia bersembang. Beliau suka betul dengan pengurusan UNIMAS sebab banyak pokok, ada kawasan tadahan air hujan. Beliau kan dari kementerian alam sekitar, mestilah concern benda-benda macam ni. Kalau semua pensyarah dari FSTS mai join sekali, mesti depa seronok + hati berbunga-bunga. Mana taknya, kementerian ni pun banyak la sangkut paut dengan FSTS (Fakulti Sains & Teknologi Sumber). Beliau siap bawak sekali Pengarah JAS (Jabatan Alam Sekitar). Macam-macam beliau nak bincang dengan pihak universiti tentang alam sekitar. 

Yang Berhormat Dato Sri Douglas Uggah Embas
Majlis penyerahan replika kad siswa dari beliau kepada vice chancellor..

Maaf ya, aku ni jurugambaq dari jauh ja. Suka tengok gelagat photographer n bontot mereka =__="
20 student bertuah!
Sesi bergambaq untuk media, lagipun tadi nampak ada rakaman dari RTM.



Cenderahati UNIMAS kepada beliau kerana sanggup meluangkan masa bersama kami!
Habis acara dalam pukul 11.30pg. Lunch free yang penting. Balik rumah dululah, malas nak tunggu sorang-sorang untuk kelas pukul 4ptg. Kalau hampa nak tau detail pasai Kad tu sila [klik sini]. Tapi ni entry waktu mula-mula kad ni diperkenalkan. Sekarang ni lagi banyak kedai-kedai yang nak join dengan kad ni. Makin beruntunglah student-student. 

Harap-harap dengan bantuan yang disalurkan dapat membantu meringankan beban kami yang tinggal jauh di Sarawak! Banyak kos tau, seronok memang la seronok, tapi..tiket flight, barang-barang lagi nak beli. Hurmm....kepada student-student jangan salah guna pi juai kad ni pulok!

Selamat Malam semua kawan-kawan..


Read More

Sunday, September 16, 2012

Bershopping Di Sempadan Indonesia

Sempena hujung minggu yang agak lapang, aku n kakak-kakak housemate nak keluar shopping bantal. Sebab, semester ni bantal tidak disediakan +_=. Kesian spongebob aku sampai jadi penyet n kepek sebab asyik kena buli jadi bantal. Minta maaf sayangku. 

Destinasi : Serikin, Bau (berdekatan dengan sempadan Kalimantan Barat).
Anggaran masa dari UNIMAS - Serikin : 2 jam
Jumlah anggota : 12 orang
Kenderaan : 1 Satria, 1 Persona
Masa bertolak : 12pm (geram betul sebab kereta sewa lambat..)

Pemandu berwibawa, Kak Etty!
1 kereta menempatkan 6 orang. Bayangkanlah satria comel yang ada 2 pintu mampu memuatkan 6 orang. Kecik dan comel pulak kami ni. 

Jalan sedang dibaik pulih, penuh batu-batu tajam. Alhamdulillah tiada kejadian buruk berlaku ..
Kami sampai dalam pukul 2. Sangatlah panas, orang semua nak balik, kami baru nak pi. Sepatutnya pun kalau nak ke Pasar Serikin ni kena mai awai pagi. Baru tak hangat + hangit. Solat Zohor pun di stesyen minyak Petronas.

Banyak barang yang kita boleh dapat, ada yang buatan Sarawak, ada yang buatan Indonesia. Baju, kain, langsir, beg, kasut, kerepek, telekung, tikar buluh, etc..... Pendek kata, sapa yang mai Sarawak ni selalu mai shopping sini. Rugi tak mai. Macam-Macam Ada!

Antaranya :
Frame kulit bertulisan bacaan ayat-ayat Yasin, etc..

Dok mengorat pak cik dari Indonesia, sesi tawar menawar beg..akhirnya mengalah jugak..hik3..
Tujuan utama untuk membeli bantai!
Skuad peninjau..
Skuad pengikut je. He..
Selepas selesai dapat barang, kami terus ke Kuching, menuju ke Masjid Kuching di Waterfront untuk menunaikan solat Asar.

Bershopping, bershopping jugak, Kak Tasha berposing depan Masjid.
Perut mula berkeroncong dondang sayang, macam-macam muzik yang terzahir di situ. 

Destinasi : Tom Yam Goong
Menu : Nasi kosong, tomyam campur n telur dadar. Sentiasa teh o peng limau (teh o ais limau)  menjadi kegemaran aku.
Nyum-Nyum..!


Muka gembira sebab perut akhirnya dapat diisi. Dah la Kak Hajar dengan Kak Gee puasa. Larat pulak depa nak ikut pi Serikin. Waktu makan sangatlah dahsyat sebab masing-masing tak tengok kiri kanan. Asyik menyuap, menghirup tomyamnya yang Kaww! Kalau nak tau memang restoran ni agak famous di kalangan orang sini, tambah-tambah di Satok. 

Maaf kakakku, gelap pulak..
Selepas kenyang perut, singgah ke Masjid Kuching untuk solat Maghrib n Isyak. Pak cik guard sampai dah kenai, siap kirim salam lagi. Mana taknya, muka yang sama mai dalam hari yang sama. 

Destinasi seterusnya : Parkson, The Spring.
Tujuan : Kak Sikin nak beli dapur elektrik. Alih-alih ramai pulak yang shopping. Rupa-rupanya ramai student UNIMAS kerja part-time situ sementara tunggu graduation. Hik-Hik-Hik..

Sampai UNIMAS pukul 10 lebih. Akhirnya dapat mandi n berehat.

Hasil shopping = RM34 sahaja..
Penat. Nak tidoq.. ZzZz..



Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com