Friday, October 26, 2012

Udang Mentega + Sweet Sour

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Menu makan malam:
Nasi putih
Udang galah goreng mentega 
Kuah sweet sour
Sosej goreng n isi ketam
Ikan kering goreng

Menu makan malam
Ok, aku nak kongsikan cara nak buat kuah sweet sour dengan udang galah goreng mentega.

Udang galah ni salut dengan tepung kentucky je. Pastu goreng dengan minyak + mentega. Wangi tau. Satu rumah bau wangi!



Sekarang aku nak kongsikan cara nak buat kuah sweet sour pulak.


1- Panaskan minyak dulu.
2- Tumiskan cili kering yang dah diblender sampai pecah minyak.
3- Lepas tu, masukkan bawang putih yang dah diblender.
4- Masukkan pulak serai yang jugak dah diblender.
5- Masukkan sos cili.
6- Masukkan sos tomato.

 
7- Masukkan pulak sos tiram.
8- Biarkan dulu, kacau sampai sebati. Perahkan limau purut pulak dan masukkan sekali.
9- Masukkan lobak merah dengan kentang yang dipotong dadu.
10- Bila bahan-bahan tadi dah empuk, masukkan pulak bawang besar, tomato yang dipotong dadu.

Taraa!!

Udang galah goreng mentega yang sangat dahsyat tumbesarannya!
 

Silalah cemburu eh! Sapa kata duduk jauh-jauh tak boleh makan sedap! Hahaha!!
Hampa trylah resipi ni. Akak housemate dari Johor yang buat, Kak Etty. Percubaan pertama Kak Etty masak sweet sour. Terbaeklah!! Pasni masak la lagi..
Read More

Raya Haji 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Selamat Hari Raya Aidiladha. Tahun ni pun macam tahun-tahun yang sebelumnya. Aku beraya di samping kawan-kawan housemate yang tak balik kampung. Tahun ni agak dirasakan kesedihannya pulak. Kenapa pun tak tau. Agaknya sebab ada kawan yang balik kot.

Berbalik kepada tujuan asal, aku nak share makanan je pun dengan hampa semua. Semua aku tengok status pakat-pakat update pasai ketupat, rendang ja. Stress aku. Tak kesian ka dekat kami yang di oversea ni. Nyampah =__="..

Mee Udang
Udang bersaiz gergasi..
Nak mee ke kuew tiaw..?
Sambal kicap pedas sehh..

Bergedil ayam
Sampingan..
Buah..
Cehh, aku pun nak bagitau ni saja pun. Konon nak bagi jeles. Keh-Keh-Keh. Mai la pakat-pakat klik ni sebagai duit raya untuk aku ===> http://bit.ly/Vl8jRM

Hidup di perantauan. Macam ni lah rasanya. Nak balik kampung, tiketnya mahai. Duduk sini memang kena berjimat. Semua barang mahai. Inilah yang dikatakan PENGORBANAN. Pagi tadi pi semayang sunat raya di Dewas UNIMAS. Tak seramai tahun lepas pun. Sayu sangat dengaq takbir raya dari semalam. Bukak radio pun depa pasang takbir. Baguihnya..

Lepaih makan ja, semua macam ulaq sawa berlingkaq. Aktiviti seterusnya, zZzZz. Time cuti ni la kena spend time betul-betul atas katil. Isnin ni walaupun cuti, aku kena pi jumpa lecturer.nak uruskan PTA. Lepaih tu, 30 OKT - 3 NOV ada training berterusan. 3 NOV tak masuk training sebab ada Field Trip. Field trip 3 NOV - 4 NOV. Gila, memang gila semester ni. Jadi, tolonglah sesiapa jangan ganggu cuti aku!! Seriusly aku sekarang ni cepat panas sebab nak mengamuk!

Astaga, sabaq-sabaq. Terimalah dugaan ni dengan tabah duhai hati..

Read More

Monday, October 22, 2012

"SUN"day Panas!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Sangat penat aku hari ni. Ada exam Coastal Zone Management. Maaf Dr. Shamsul, memang aku agak tak boleh jawab. Merapu ja, dah la 1 soalan 20 markah. Dah la aku tersengguk-sengguk time nak jawab. Terok gila. Malunya, dah la duduk depan sekali. Maaf sekali lagi Dr. Shamsul..

Ni semua gara-gara kepenatan sebab ada training. Aku paling pantang betul kalau benda-benda macam ni mengganggu pembelajaran. Tapi, nak buat lagumana kan. Sabaq sajalah..

Kelmarin, peringkat senior ada kelas Baca Perintah untuk pembelajaran Serang Khemah Musuh.

Sebelum buat kerja, makan sarapan dulu..

 Model in the making..

Skuad dari UiTM

Anip, comei sangat la buat muka macam tu..

Skuad perabot..
Skuad lumut siapkan model

Da siap sudah
Tapi kali ni buat tak secomel macam taun lepas. Mungkin sebab guna bahan-bahan kitar semula yang lepas kot. Takpa, yang penting nak baca perintah tu nanti. Nanti dalam hutan sebenar pun bukannya ada masa nak buat lawa-lawa. 


Sila naikkan ponco tu eh, dok bergambaq ja tau..
Pembaca perintah, selaku ketua platun..Kak Tasha!


Emm, semua muka burn gila. Sedangkan tak kawad pun. Entahlah kenapa? Banyak jugak benda yang baru belajaq. 

Selesai sesi pertanyaan untuk pembelajaran baru. Kemaskan balik semua!

Steady la Kak Yatie, tapi kan..cuba tengok yang belakang tuh....? Gaponya dok buat tuh?
Meh kita besaqkan..
Astaga, Chang dengan Bery buat apa tu?!!
 Lagi! Klik SINI


Kenangan bersama-sama skuad yang tersayang!
Dalam otak dok pikiaq exam-exam-exam. Memang ramai yang ber'mid-term' minggu ni. Sabaq no kawan-kawan. Kita sama-sama sibuk, dengan Projek Akhir Tahun lagi kan. 
Semoga skuadku akan berjaya dalam mid-term ni dengan 'Flying Colours'. Cewah!

..SAYANG SKUAD (BATCH 7)..

Read More

Saturday, October 20, 2012

Exam Bahasa Melayu + Training

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Stressnya ada exam, dalam masa yang sama ada latihan. Secara kesimpulannya, akulah golongan yang paling "reput" dalam skuad aku. Berdiri lama pun nak pitam semalam. Pagi tadi PT pun lari tertinggal di belakang. Haisss...

Kenapa aku jadi lembik sangat ni. Sumting wrong ke dalam badan aku ni..


Exam-Exam-Exam!! Dalam masa 1 jam lagi..
Read More

Friday, October 19, 2012

Segmen 'UPKAN FOLLOWERS SECARA MENDADAK'

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Disebabkan aku ditag oleh Pak Joe, seorang kenalan baru dalam blogger. Aku yang agak pemalas ni masuk jugak la kan. Satgi merajuk pulak. Hahaha!

Ni merupakan printscreen follower aku. Maaf, tak sebanyak macam hampa semua.


Aku nak tag..
-SYA-

Kalau hampa nak join jugak silalah ke SINI dan SINI

Syarat-syaratnya adalah:
-Mesti ada blog
-Malaysian
-Tanpa had umur
-Buat entry yang bertajuk'UPKAN FOLLOWERS SECARA MENDADAK'
-Letak banner diatas kedalam entry tadi*right click dan copy image url
-Letak link entry BLOG di ruangan comment dibawah blog Aida ni
-Mesti follow blog Aida ni, sapa tak follow haaaa berdosa. *WAJIB
-Screen capture number followers korang sebelum sertai segmen nih. *WAJIB
-Tag 2 orang atau lebih *WAJIB 
(Memang aku copy n paste ja nie)

Selamat bersegmen kepada semua peserta!
p/s: mengantuknya......Pak Joe punya pasai la nie.....
Read More

Thursday, October 18, 2012

Kucing Comel Bernama Snoopy

Assalamulaikum dan Salam 1 Malaysia

Hampa semua pernah tengok dak gambaq ni depa pakat-pakat share di Facebook?


Nak kata kucing betoi, macam comei sangat kan.
Lagi menarik Tekan sini

Nama: Snoopy
Tarikh lahir: 11 Mei 2011
Baka: Exotic Shorthair
Asal: Chengdu, Sichuan, China

Jom layan lagi gambaq pose dia yang comel!


Time dia kecik-kecik. Agak-agaknya hampa berdarah hidung dak tengok Snoopy ni..

Read More

Wednesday, October 17, 2012

Pesta Convo UNIMAS 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Benda yang menyeronokkan bagi aku di sepanjang Pesta Convo ni ialah gerai makanan. Macam-macam ada. Hari pertama pesta aku dah serbu makan tengahari dekat sana. Tekan sini.

Nasi Goreng Ayam
Lepas tu, hari Jumaat malam tu rasa kaki ni macam gatal nak pi walaupun ada roll call pukul 10pm. Sapa suwoh depa buat latihan waktu Pesta Convo. Confirm ramai yang tak dak punya!

Mee Kolok Pok (macam mee kolok, tapi mee dia besaq sikit) + Takoyaki + ABC
Esoknya, escape training sebab ada assignment project di CAIS. Alang-alang, isi perut dulu di Pesta Convo.

Nasi Ayam Roasted
Malam dengan penuh kerajinan aku ke Konsert Perdana. Mentang-mentang esoknya aku escape training jugak. Walaupun aku escape, PT (physical training) aku tak tinggal ok! 

Meh aku nak kongsikan gambaq di sepanjang Pesta Convo. Kebanyakannya malam la sebab siang aku sibuk. Tak buleh nak pi.

Citrawarna aku tak join pun sebab sibuk buat preparation untuk presentation proposal FYP. Gambaq bawah ni akak-akak housemate ambilkan. Pengacaranya Abon dan Ebby Yus (pelakon lawak tuh!)



Seterusnya, aku ke ceramah Bicara Ilmu. Ada derma jugak depa buat untuk membantu seorang student yang kemalangan jalan raya.

Kumpulan Damai (penyanyi nasyid UNIMAS)
Tabung derma
Panel-panel penceramah
Hujan lebat!
Malam seterusnya, jalan-jalan nak tengok kedai cenderahati. Ada jual baju jersey, baju kurung, tudung, bunga, beg..etc..
Aimi dan Stella


Malam yang terakhir, malam penutupan. Jep Sepah dan Shahrul Shiro mai! Gila, macam nak tercabut urat kentut aku. Videonya ada tapi tal boleh nak upload. Tapi, dah ada orang lain upload jugak. Ada jugak persembahan dari Kampung Budaya, dan international student bersajak.


Persembahan dari Kampung Budaya
Sesi penyampaian hadiah, ni yang menang Master Chef UNIMAS. Semua lelaki!




Minah yang takdak kerja sementara tunggu bas sampai..



Hehe, tiba-tiba dapat sejambak bunga pulak. Eleh, lebihan bunga yang tak laku dari kedai bunga kawan sendiri..

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com