Tuesday, November 27, 2012

Penulis Ayat-Ayat Cinta di UNIMAS!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Tarikh: 25 Nov 2012
Aktiviti: Cinta Dari Hati
Masa: 7.30pm-10.30pm
Tempat: DK1, CTF1

Moderator: Tn Hj Syahrul Nizam Junaini 
(lecturer Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat)
Panel 1: Prof Mohd Fadzil Abd Rahman 
(Timb Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, HEPA, UNIMAS)
Panel 2: Dr Dian Patria
(lecturer penyelidik Keusahawanan, Penulis & Motivator)
Panel 3: Habiburrahman El Shirazy
(Penulis Buku Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, etc...)


Walaupun dalam kepenatan kalut-kalut habeh training, sempat jugak curi masa pi ceramah ni. Rugi sehh sapa yang tak pi. Tapi, tak ambik pun signature penulis tu. Ambik gambaq dari dekat ja. Malu pulak aih nak bergambaq sekali. Cewah!


Moderator
Panel1
Panel 2
Panel 3
Sentiasa ramai golongan hawa..
Kak Etty + Kak Gee
Kumpulan nasyid Da'my. Diorang nyanyi 2 lagu, Muhasabah Cinta + Ayat-Ayat Cinta.
Cenderahati kepada semua ahli panel
Antara tetamu yang hadir..
Dari jauh pun jadi lar..

Cukup la ambik gambaq dari dekat. Nak ambik gambaq sekali, muka tengah hitam yang amat! Malu..

Balik tunggu bas pukul 11 untuk balik ke Kampus Timur. Puasnya bicara ni, rugi sapa yang tak pi. Balik bilik konon nak basuh baju dengan sambung assignment. Jawapannya..ZzZzZz..

Read More

Monday, November 26, 2012

Segmen Jom Tukar Dan Kenal Rakan Blogger

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

fuh-fuh-fuh!
Berhabuk dah blog ni. Minta maaf no, aku sangat sibuk lanie. Tak sempat nak buat entry bawu. Tapi, rajin pulak nak join segmen dari pak joe ni. Rakan bestie blog nie. Cewah..
 
 
 
Silalah tekan banner atas ni kalau nak join ye. Boleh kita berkenalan sesama blogger na.. :)

p/s: sangat sibuk dengan assignment + PTA + aktiviti lain. Ada benda best sempat aku join, Jumpa dengan PENULIS BUKU AYAT-AYAT CINTA!! Tunggu ye entry baru akan menyusul. I'allah..
Read More

Monday, November 19, 2012

Chicken Egg 1!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Boring hujung minggu tak tau nak buat apa. Belek-belek fb, kecoh pasai esok pagi McD bagi free burger time breakfast. Tiba-tiba macam teringin pulak, memandangkan kedainya jauh di nun di bandar. Emm, Kak Hajar kata kalau nak, beli la barang. Boleh buat sendiri. Betoi jugak eh?

Dengan perut yang berkeroncong, dalam pukui 5 lebih, berjalanlah kaki aku, Kak Sikin dengan Mai pi Desa Ilmu. Isi perut di My Chicken Restaurant dulu. Terserempak pulak dengan senior UiTM. Maap no tak teguq sebab beliau tak pakai spek mata. Mana aku kenai. Hencem.. ;)
Boleh pulak beliau makan depan aku ye..segan aku nak makan tau..

Pi UNACO, cari barang-barang runcit. Alang-alang beli bekalan aiq panas wajib sekarang ni. VICO! Sekarang ni, tiap-tiap kali aku bershopping, beg kitar semula wajib bawak tau! Walaupun dekat sini tak macam Penang yang selalu cas 2 kupang kalau nak beg plastik, tabiat tu memang terbawak-bawak sampai ke sini. Amalan baik kan? 

Tema supper: Western (konon..)
Menu: Chicken Egg Cheese Burger
Tempat: Rumah A106, Kolej Kenanga








Kesimpulannya, kalori+++, kolesterol+++, lemak+++,.. Sekali sekala saja.
Erkk, lepas makan jangan troih tidoq pulak. Jalan-jalan sikit dulu. Pastu baru ZZZZ...

Read More

Sunday, November 18, 2012

Sabaq..

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Banyak duit habis sebab beli koleksi baju t-shirt universitilah, kelablah, fakultilah..
Astaga..
Bukannya apa, dapatlah kumpul souvenior bila dah grad nanti. I'allah..

1. Baju Kolej Kenanga

2. Baju Mahasiswa Kedah

3. Baju Jersey Pasukan Bola Sepak Fakulti (aku ni macam penyokonglah kononnya...)


4. Baju Fakulti (mana tah design nyer..tak jumpa pulak..)

Sekarang ni tengah menunggu baju-baju ni siap...
Sabaq menunggu.. :)

Read More

Friday, November 16, 2012

Kempen: PRAY FOR GAZA

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Sebagai blogger yang prihatin, jomlah kita bersama-sama berkempen untuk selamatkan umat Islam yang ditindas di Gaza.

Sekurang-kurangnya, walaupun kita yang kerdil ni tak mampu nak mengubah sesuatu yang besaq, cukuplah sebagai doa yang mengiringi mangsa yang mati syahid di sana.
Amin..

 

Semoga Allah membantu mereka di sana..

Kepada sesiapa yang nak join, bolehlah klik di banner di atas ya..
Semoga dengan kempen-kempen kecilan ni mampu mengubah persepsi kita sendiri yang hanya memikirkan diri sendiri..
Sedangkan ada umat Islam di sana yang sedang berjuang dan mempertaruhkan nyawa demi Islam!

ya allah, hapuskan zionis! hancurkan mereka, satukan kami ya allah, satukan seluruh umat islam ya allah, bangkitkan semangat kami ya allah, kuatkan kami ya allah, bantu lah kami ya allah,

lahirkan dan timbulkan pahlawan2 dan pembela islam di seluruh dunia ya allah,

jadikanlah abad ini sbg abad kehancuran zionis laknatullah ya allah

Amin..
Read More

Thursday, November 15, 2012

Matang Family Park

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Aktiviti: Matang Family Park
Bayaran: Dewasa=RM3
Tarikh: 11 November 2012 
Kenderaan: Kereta Sewa MYVI (perlu ke gitaw?..)

Akhirnya hujung minggu dapat berehat sepuas-puasnya tanpa ada benda-benda lain yang mengganggu hidup. Dapatlah aku berehat secukupnya walaupun assignment berlambak-lambak. Sabtu tu aku bersengkang mata siapkn kerja sebab Ahad nak pi jalan-jalan. Kak Gee lanie lanie mengajak pi keluaq. Yang penting, kereta dah dapat.Cuma lokasi nak lepak ja belum decide. Cepat ja mak cik tu kata nak pi mandi aiq terjun!

Pagi-pagi depa goreng bihun goreng style bihun singapura (kaler putih..), popia goreng inti sosej + isi ketam. Berpikniklah kiranya nie..

Bermula perjalanan..
Walaupun awai lagi, ramai orang kot..
 Sakit gila buttock aku sebab jatuh dekat tangga yang licin. Aduhai, paling kelakar tangan still maintain pegang bekal makanan. Ramainya keluarga mai sini. Menarik kalau nak buat barbeque sebab tempat dah siap disediakan. Tinggai nak bakaq makanan saja. Jalan jauh-jauh sikit jumpa la port kawasan yang takdak orang sangat. Yang penting privacy, takmau la ramai-ramai sangat. Serabut..

Patot ramai tak mai kawasan ni sebab batu dia licin kot. Nasib bek ni geng-geng tulang besi, urat dawai yang mai.

Mencekik sebelum mula aktiviti
Rajin, cuci-cuci. Aiq banyak ni, jangan membaziaq

Layanlah gelagat dayang-dayang dari "kayangan" yang excited jumpa aiq terjun!




 Lepas 2 jam berendam, kami pun beransurlah nak balik. Mana taknya, sejuk gila aiq dia. Dari hujan, panas, kami tak bergerak pun. Berendam, makan, berendam, makan. Orang lain dah balik pun.




Kami dah nak balik!


Destinasi seterusnya, mengisi perut yang berkeroncong. Pusing macam-macam kedai makan. Tapi banyak yang tutup, semua bukak petang. Akhirnya, trylah kedai biasa yang sangat murah harganya!


Otw nak pi Kuching Central, tersinggah kedai BATA ni. Macam nak pengsan tengok depa buat jualan penghabisan stok! Murah! Nasib baik aku takdak duit. Kalau dak, lama dah borong 3 kasut ni!

Pusing-pusing Boulevard! SALE-SALE-SALE!
 
Hah! Conpius nak beli ke takmau..?
 Dah lewat sikit baru sampai Kuching Central. Dengaq ceghita Kota Samarahan takdak elektrik. Alahai, nasib baik ada di Kuching.

 Kesimpulannya, semua buat SALE-SALE-SALE! Nasib baiklah agak sengkek. Banyak duit guna beli t-shirt fakulti la, anak Kedah la. Takpa, mai pusing-pusing sekadar cuci mata or Window Shopping pun jadilah.

Read More

Saturday, November 10, 2012

Bako National Park

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Aktiviti: Field Trip Subjek Coastal Zone Management
Lokasi: Bako National Park, Kuching, Sarawak
Tarikh: 3 & 4 November 2012 (Sabtu & Ahad)

Badan aku sangat-sangat penat untuk ke field trip. Mana taknya, latihan menembak tak habeh-habes, memang aku tidoq dalam bas saja walaupun duduk di lantai bas sebab bas tak cukup pulak. Tiba-tiba field trip kali ni bukan kami-kami ja, ada group lain join. Apa ka nama pun aku dah lupa..

Mula-mula sampai di jeti. Encik Abang mai bagi taklimat sikit untuk kami sebab nak pi tempat dia kan..
Ada pulak signboard ni. Seram pulak aih nak naik bot..

Sporting tau pak cik ni, piece pon beliau buleh bagi..

Ni tempat nelayan guna untuk tangkap ikan!

Landing time..

Terus ambik gambaq ramai-ramai..

Seterusnya, ke Headquatersnya. Simpan barang-barang dalam bilik. Bilik aku di Hostel A, no.4. Cantek & selesa sangat hostel dia. Sejuk ja, 1 chalet ada 4 bilik, 1 bilik 4 orang. 1 hostel ada dapur dengan 2 bilik mandi & 2 toilet. Hostel pun syiok, mesti yang mahai punya lagi sedap. Nak berhoneymoon sini la. Tapi, 1 ja masalahnya.. Ada babi hutan dengan monyet yang jadi tukang sambut dan peneman di sepanjang jalan. Hik-Hik-Hik.


Tengok, Silver-Leaf Monkey nama dia. Curi makanan dari umah omputih sebelah hostel kami. Nakal!

Mama and her 5 childrens of Bearded Pig. Comei anak-anak dia, macam kancil.

Sweet couple of Bearded Pig!

Cepat-cepat bersiap untuk Jungle Trekking ke Teluk Pandan Kecil untuk tengok sea-stack. Encik Khalid yang jadi tour guide kami.

Dalam perjalanan, macam-macam flora & fauna yang dapat kita jumpa.

Dengan penat lelah, kami sampai ke kawasan paling menarik di Malaysia. Ada "Iron Capping". Kawasan ni dulu di bawah paras laut. Disebabkan uplifting earth surface, kawasan ternaik dan membentuk bukit.

Gayat!!!

Perjalanan seterusnya, turun ke bawah pulak untuk solat zohor dan tengok banyak lagi seni binaan semula jadi yang menarik! 1st time aku nak kongsi video dengan hampa semua..
video

Kalau nak tau, atas bukit tinggi tu la yang kita ghabat tadi..

Pasni, naik bukit untuk balik ke HQ (Headquarter). Ramai dah mula pancit. Geng-geng Palapes duduk belakang tolong kawan-kawan yang dah tak larat. Kami tolong depa bawak beg. Kelakar, aku tak rasa penat langsung! Enjoy punya pasai kot..

Penat pon boleh pose, kira ok lah tuh!

Balik bilik baru terasa lenguhnya kaki dengan pinggang. Terus tertidoq kepenatan. Dinner makan dekat Cafe Hq..

Aktiviti seterusnya, Night Walking. Tapi masa ni, jasad dalam sini. Otak melayang-layang atas katil yang empuk dan bilik yang sejuk. Balik bilik, 5 minit troih piapp..ZZZZ..Dengaq cerita geng-geng budak laki pi tengok kelip-kelip. Ala, tak ajak pon..

Pagi-pagi ada Beach Cleaning. Tapi gambaq tak dak pun sebab pagi tu hujan. Berbaju hujan kuning aku pagi tu sambil mengutip sampah-sampah keliling pantai ikut kumpulan masing-masing. Semua sampah tu kena asingkan, catat berat dia dan diikat untuk dibuang bila kami balik nanti.

Lepas tukar semua baju yang basah, kami ada sesi taklimat dengan Encik Abang lagi.


Alhamdulillah, selesai sudah field trip kali ni. Selamat Tinggal!


Fuh-Fuh-Fuh
Nak mai lagi sini kalau ada rezeki!!!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com