Saturday, February 02, 2013

Pengalaman Survivor Hutan Sematan


Aktiviti: Annual Camp Palapes Udara 2013 (peringkat hutan)
Tarikh: 29 Januari - 2 Februari 2013

29 Januari 2013:
Dengan menaiki bas Unimas, kami memulakan perjalanan ke hutan Sematan dalam pukul 9.45am. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Sampai ja sana, dengan berjalan kaki sejauh 5km*lebih kurang baru sampai kawasan latihan. Macam nak tercabut lutut dengan kaki aku. Stress sebab berjalan tak sampai-sampai pun! Banyak pokok kelapa sawit, ladang kot. Hujan "rahmat" pulak tengahari tu. Agak lencun kami semua kat situ.
Petang dalam pukul 6+pm, kami *skuad senior masuk dalam hutan untuk menduduki pengkalan sementara. Awal pagi, bintang di langit dah hilang & hujan lebat!

30 Januari 2013
Kami meredah sungai untuk ke kawasan survivor. Agak jauh ke dalam. Aku dibahagikan dan dicampakkan dalam Sindiket 1 (5 anggota). Total sindiket ada 5, so ada 5 pondok.
Task 1: Buat pondok seminggu*maaf kali ni entry tak dak gambaq sebenar sebab aku tak bawak camera..
Pondok seminggu
Agak mencabar jugak nak buat pondok ni. Naseb baik ada 2 lelaki*tangan didada, mata keatas. Time ni semua dah mula kelaparan. Ingat ya, survivor tiada makanan yang disediakan ok! Sekadar alas perut dengan biji cempedak yang direbus.

Pihak hospital datang ke kem untuk ambil darah kami sebab tempat tu disyaki ada malaria. Ubat pun diberi,*bila masa la nak makan ubat ni, sumber makanan dengan aiq pun tak dak..

Task 2: Tombak & Serampang
Antara jenis-jenis tombak.
Serampang
Malam menjelang, hujan "rahmat" lagi. Dengan berbumbungkan atap yang cuma daun-daun, pondok bocor dan semua menggigil macam kena penyakit Parkinson. Api bawah pondok pun dah tak hidup. Tiba-tiba, ahli pondok aku bertambah pulak sebab hujan lebat, banyak pondok yang tersangatlah terok kebocorannya. Berhimpitlah kami dalam tu, aku pun tak ingat aku dah terlelap atas bontot skuad laki mana tah*aduhai..

31 Januari 2013
Hujan yang sangat lebat semalam menyebabkan kami semua dipindahkan ke luar. Dapatlah hangatkan badan sambil keringkan baju. Aku ingat survivor kitorang dibatalkan, rupanya diteruskan macam biasa. Lagi terok sebab baju n seluar medan skuad laki diambil. Tinggal tight dengan inner saja. Skuad perempuan cuma diambil baju je. Lepas tu, ramai-ramai berendam dalam air sungai. Pehh, gigil!

Task 3: Bunga lawang & pendayung

Antara bentuk pendayung..
Berjaya jugak siapkan banyak bunga lawang. Memang buat lebih pun sebab senang untuk aktiviti isolation malam esok. Task ni lebih rileks sebab berjaya siapkan cepat. So, ambik masa kejap untuk mandi. Skuad laki nak pi memancing. Balik ja, ada tasking seterusnya.

Task 4: Jerat & perangkap
Ni pun bagi la kat laki buat, aku cari barang je pun, pastu pepandai la hampa buat. Depa kan teror bab-bab jerat ni. Semuanya dah siap-siapkan pondok masing-masing bagi cantik sebab esok penilaian. Lagipun, tiap-tiap malam Koperal Kasmi dengan Tuan Shahir selalu mai tengok kami buat tasking. Tengah dalam kesibukan nak touch-upkan bendayang belum siap, tiba-tiba hujan lebat waktu maghrib. LEBAT SELEBATNYA! Semua lari masuk pondok, cuba la tampal bumbung yang bocor dalam kehujanan tu. Macam biasa, semua dah jadi OVER-Parkinson sebab hujan terlalu lama dan lebat dan tak berhenti langsung. Tiba-tiba, tengok sungai sebelah dah melimpah dan perkampungan kitorang dah banjir! Menggigillah kami di pondok..

1 Februari 2013
Jam dah menunjukkan 12.00am, hujan masih lagi tak berhenti-henti. Koperal dengan Tuan Shahir selalu menjenguk kami, bagi solid fuel lagi untuk panaskan badan. *dalam survivor kami tak diberi bahan ni ya. Makin rasa pelik pulak, kenapa pulak ya. Semalam hujan tak dak pulak bagi barang-barang macam ni. Dalam pukul 2am, jurulatih still duduk dengan kami dalam pondok. Tiba-tiba, aku dengar dalam walkie-talkie tuan Shahir bercakap dengan Sarjan pasal JPA dengan bomba yang otw nak selamatkan kami. EH?? Kenapa?? Hujan still tak menunjukkan tanda nak berhenti. Bunga lawang yang kami buat siang tadi dah jadi umpan api untuk hangatkan badan pagi tu. *memang itu tujuannya ya..
Dalam pukul 4am, kami disuruh bersiap untuk keluar dari tempat tu. PEHH!! Air rupanya dah sampai aras lutut! Kami 24 orang, dengan 2 jurulatih berbaris keluar dari tempat tu. Sungai yang menjadi tempat lintasan kami tu dah naik gila-gila! Ada anggota bomba yang pakaikan jaket keselamatan dan tolong kami lintas air sungai tu. *sempat lagi berkenalan dengan seorang anggota bomba tu, student unimas jugak, fakulti aku..hehehe..
 Lepas tu, kami semua berehat dalam khemah sebab hujan renyai-renyai. Aku pun lepas melantak biskut dengan roti, terus terlelap.

Bangun pagi, kami kemaskan semua peralatan sebab balik hari ni jugak. Sepatutnya dalam perancangan balik esok. Selepas menukar baju*akhirnya sebab dok pakai baju yang sama 3 hari, kami berehat menunggu trak dengan bas unimas. Baru aku perasan, badan aku kena gigit agas, dah merah-merah seluruh badan, gatal-gatal, kaki dengan tangan dah kecut seribu, ada banyak bekas-bekas luka yang aku tak perasan, kaki melecet*benda biasa. Semua skuad perempuan yang larat dan mampu boleh jalan kaki nak keluar dari tempat tu, kalau tak larat tunggulah sampai trak datang mai ambil, lelaki ja tinggal untuk angkat barang.

Aku jalan kaki je lah, dapat panaskan badan sikit. Lagipun nak hilangkan kecut-kecut kaki dengan tangan aku ni. Berjalanlah dengan kaki terhincut-hincut macam hantu rantai.KihKihKih.

Pukul 3pm dah sampai tepi jalan yang kami mula-mula masuk. Sambil tunggu, aku tertidur kesedapan dalam semak sebab panas sangat. Pukul 5pm baru kami bertolak balik Unimas.


Inilah kisahnya aku dengan annual kem kali ni, sangat mencabar mental! Hari ni, aku tak sangka kejadian semalam berjaya mencuri perhatian media massa.*berita dalam sarawak je..

Caption dari Borneo Post Online
Yang ni dari Utusan Borneo shared dari Facebook..
Inilah kisahnya begitu panjang, alang-alang sebab lama tak update blog kan. 


10 comments:

  1. wahhh rajin lukis tp dapat bayangkan.. n tak sgka teruk sampai masuk berita ne...

    ReplyDelete
  2. wah air naik paras lutut tu....mmg mencabar...nasib semuanya selamat....

    ReplyDelete
  3. @dyshasahhir: ala kak, tu gambo dari nota tu..hu3..
    @hatimi: alhmdulillah, naseb bek..

    ReplyDelete
  4. syukur,semua selamat.
    masuk paper lg tu :)
    kalo ade camera dapat la tgk jugak situasi time tu.

    ReplyDelete
  5. @nick: naseb bek xbwak camera, klu dak da hanyut da..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum tmah...cantik lukisan tu..:)

    ReplyDelete
  7. teringat survivor kat tasik chini :)

    ReplyDelete
  8. @didiey: yeke? wau! ada pa kt sana??

    ReplyDelete
  9. pengalaman yang mencabar kan..

    ReplyDelete
  10. @mimi: kak mimi, agak mncbr n ingt sampai bila2..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com