Saturday, February 16, 2013

Sambal Goreng Kentang


Hari ni nak kongsi resipi paling simple dan sedap!

Bahan A
3 biji kentang (dibuang kulit + dipotong macam wedges)
1 sudu teh gula
1 sudu teh cuka
1 cawan minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B (dikisar)
15 tangkai cili kering / cili giling segera
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan gorengkan kentang sehingga garing.
2. Asingkan separuh minyak masak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan garam, gula dan cuka. Kacau rata.
4. Masukkan kentang goreng dan kacau sekali lagi.
5. Sedia dihidangkan.


Mak kata, kalau tambah jintan manis yang ditumbuk dengan ikan bilis mesti lagi umppp!!

Sumber: Buku masakan 1 Hari 1 Resipi (365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza) + diolah sendiri mengikut citarasa.

SELAMAT MENCUBA!

7 comments:

  1. nampak cam sedap je..jangan lupa pos semangkuk kat sini..chef nak rasa..heheh

    ReplyDelete
  2. @nick: alamak! chef la pulak..xbrani aihh..ha3!!

    ReplyDelete
  3. wah mcm best ni....mintak sikit...hehe

    ReplyDelete
  4. @didiey: ala, senang je nk masak nie..
    @hatimi: hi3..dah yelek pochik! ngee..

    ReplyDelete
  5. @dyshasahhir: he3..ley la try nnti..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com