Thursday, March 21, 2013

BB1M RM250 Lenyap!


Dalam masa sebulan, BB1M (Baucer Buku 1 Malaysia) dah selamat aku kerjakan. Ramai jugak yang merungut sebab Kedai Buku Popular ada syarat-syarat untuk guna Baucer tu. [80% buku; 20% alat-alat tulis]

Awal bulan 3 ada jualan buku dari Kedai Smart Book, tanpa syarat! So, RM100 aku berjaya habiskan untuk membeli:

  • Cooler pad, yang lama dah arwah..
  • Buku = 2 ketul, novel + buku agama.
  • Kertas kosong A4.
  • Earphone.
Hujung bulan pulak, ada jualan dari Popular. Demi untuk menghabiskan baki baucer, 2 hari aku pusing-pusing book fair yang dibuka dari 18 - 22 Mac semata-mata untuk cari benda yang menarik untuk dibeli.


Baucer aku dah selamat habis, RM150 baucer + RM24.35 duit sendiri:
  • 6 buku!
  1. A Street Cat Named Bob, dah lama cari buku ni!
  2. Keju, buku masakan untuk abang.
  3.  Al-Mathurat, untuk bacaan doa seharian.
  4. Temptation, dari penulis thriller R.L. Stine!
  5. Membongkar Misteri Sihir, sangat menarik.
  6. Mengapa Israel Begitu, bacaan memberi pengajaran dan keinsafan tu.
  • Beg galas baru!
Berita baiknya, dapat free sebuku poskad Gempak.Starz + RM50 Gift Baucer (tamat bulan 9!) + Kad Diskaun 10% (untuk setahun).



Kawan-kawan seperjuangan lain yang dapat BB1M apa pula ceghita hampa??

5 comments:

  1. ok la tu ada beli buku2 yg bermanfaat...:)

    ReplyDelete
  2. banyaknye borong buku...bagus2

    ReplyDelete
  3. @hatimi n @mimi: he3, taw xpe..

    ReplyDelete
  4. wwaahh, kita tak dapat BBIM, tak dapat nk share cite. hehehe

    ReplyDelete
  5. @syida : yeke..he3..xpe2..BRiM x amek ke??

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com