Sunday, March 10, 2013

Tips Untuk Bibir Cantik & Sihat


Berangin bila pakai, SEDAP!
Semalam rajin pulak singgah ke Guardian beli Lip Ice FRUITY perisa Lemon. Dulu pernah guna warna biru, perisa apa pun aku dah lupa. Lama sangat dah tak beli Lip Balm ni. 

Nak tips bibir menawan? Berikut ada 9 tips yang anda boleh amalkan!



1. Sentiasa lembapkan bibir.
Bibir anda perlu sentiasa dilembapkan. Semakin lembap bibir, semakin cantik dan sihat bibir anda. Sentiasalah membawa pelembap bibir dengan anda.
p/s: Aku sentiasa bawa Vaseline dalam beg.


2. Berus dan buangkan kulit kasar.
Setiap pagi, amalkan dengan memberus bibir kasar anda dengan berus gigi lembut. Kemudian, sapukan pelembap bibir untuk melindungi dan mengekalkan bibir yang lembut.


3. Menyapu pelembap bibir sebelum memakai lipstik.
Bibir anda akan dilindungi dengan lapisan perlindungan daripada pewarna tiruan lipstik tersebut.


4. Memakai pelembap bibir sebelum tidur.
Dengan cara ini, dapat mengelakkan kehilangan dan mengekalkan kelembapan bibir anda. Apabila bangun pagi, anda akan bangun dengan bibir yang lembut!


5. Menggunakan pelembap bibir yang mempunyai SPF.
Bibir anda akan dilindungi dari sinaran UV merbahaya. Sentiasalah menggunakan pelembap bibir yang akan melindungi bibir anda seluruhnya. 


6. Berhenti menjilat bibir anda!
Setiap kali anda menjilat, air liur akan menjadikan bibir anda kering kerana lembapan tersebut akan hilang disebabkan sejatan air ke udara. Bibir anda akan menggelupas dengan cepat.

7. Jangan menggigit bibir anda.
Menggigit bibir anda untuk membuang kulit mati menjadikan bibir anda makin kering, menggelupas, berdarah dan susah untuk sembuh.


8. Minum air yang banyak.
Jika anda dihidrasi, bibir anda akan menjadi petunjuk pertama. Sentiasalah minum air yang secukupnya untuk kebaikan badan anda.
p/s: Sekarang ni aku sentiasa amalkan minum air sebotol (500ml) sebelum tidur.


9. Makan makanan berasaskan buah dan sayuran.
Kandungan vitamin dan serat di dalam buah dan sayuran bagus untuk kulit termasuk untuk bibir anda. 

Sumber: www.lipice.com.my

20 comments:

  1. @princess : sharing is caring =)

    ReplyDelete
  2. @princess : sharing is caring =)

    ReplyDelete
  3. nice info kak :)
    doodle semua comel . hehe
    mun tak letak pape pun kat bibir mun XD

    ReplyDelete
  4. @cikmun: ala, doodle tu cilok je hah..
    @hatimi: timi pon bley ikot tips tu..

    ReplyDelete
  5. lipbum ni ada satu lg function sya dpt dr rumate. n dah try pon. letak lipbum dkat jerawat stiap mlm boleh kecut n hilangkan jerwat. yg pling penting takda parut lgsg :))

    ReplyDelete
  6. @sya: wah! bawu taw! maceh..
    @dyshasahhir: yeke, he3..

    ReplyDelete
  7. tenkiu cik timah :)

    free tak ,jom join GA, nak :)

    http://lobaksusue.blogspot.com/2013/03/mini-ga-sempena-2nd-anniversary.html

    ReplyDelete
  8. kalo bibir pecah boleh sapu tak? :)

    ReplyDelete
  9. @qasehnyarania: i'allah, xbz sye join ye..
    @nick: boleyh, xde mslah..lgi bgus letak vaseline..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum .....mmg best kalau pakai lip ice ni...:)

    ReplyDelete
  11. gigit bibir tu yg leh buat lelaki tergoda tu.. haha =p

    ReplyDelete
  12. @mas zull: w'slm mama, he3,taw xpe..
    @crew fathi: amboi..over pulak dia..ha3!!

    ReplyDelete
  13. assalam, bunda belum pernah cuba...tapi anak2 bunda biasa lah..

    ReplyDelete
  14. wah.. tips yg super super berguna.. tq.. mmg tak tau.. muehehe... ^_^

    ReplyDelete
  15. Comel aje tips ni...thanks cik tim..sure bibir cik tim ni comel & lembab macam dalam tips ni..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com