Sunday, August 18, 2013

Review: R.I.P.D.


Aktiviti : Menonton wayang
Cerita pilihan : R.I.P.D.

Lokasi : Big Cinema, Kulim Landmark Central

Antara tunggak pelakon yang terlibat :

Jeff Bridges (Roy Pulsipher)



Ryan Reynolds (Nick Walker)
Kevin Bacon (Bobby Hayes)
 
R.I.P.D membawa maksud Rest In Peace Department. Cerita ni lebih kurang macam Men In Black, cuma diorang kena tangkap hantu atau dikenali sebagai 'Deados'. Adventure cerita ini bermula apabila Nick mati ditembak rakannya sendiri kerana emas.
Selepas Nick mati, dia diserap masuk R.I.P.D. Semasa melaksanakan tugasannya untuk menangkap Deados disamping partner barunya yang sangat tak suka dengan dia ditambah mulut yang pot pet mereka perlu menyiasat tentang emas yang ditemui.
Paling kelakar apabila mereka masuk ke dunia manusia, mereka mempunya identiti yang berbeza. Nak tau?
Ha! Nak tau apa kena mengena depa ni, kena la tengok cerita ni.
Cerita ni terlalu banyak elemen kelakar sampai aku rasa selalu sangat orang dalam wayang ni huhahuha dok bergelak sakan. Termasuk la jugak dengan aku.
Selain itu, Nick juga menyiasat Bobby yang telah menembaknya semasa operasi. Bobby juga terlibat di dalam pencarian emas tersebut. Pelik sebab manusia biasa pun boleh tahu tentang emas yang hanya diketahui dunia mereka?? Ha..ada rahsia disebaliknya..
Emas tersebut merupakan elemen penting tentang hubungan antara manusia yang mati dan hidup. Paling sedih isteri Nick nyaris mati sebab dijadikan korban. 

Apa lagi, pi la serbu panggung wayang yang berdekatan dengan anda untuk menonton. Bagi pendapat aku, cerita ni biasa-biasa sahaja. Tapi, dapat mengubat hati yang berduka lara / sedih tau sebab asyik gelak ja. Tak rugi aku tengok cerita ni time tengah lagha ni hah. 

Terima kasih kepada cikgu-wanna-be sebab belanja. Lain kali aku pulak belanja eh!

Mo0d : Dok sengih-sengih sambil berfikir sesuatu yang buat aku sentap! Emm....

5 comments:

  1. Mcm best citer nih..tp tuh la lme akak xtgk wayang

    ReplyDelete
  2. ooh kelakar ye....belum sempat tgk lagi ni...huhu

    ReplyDelete
  3. belum berkesempatan lagi...ltd time sekarang..

    ReplyDelete
  4. mcm best je

    selamat hari raya timbill

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com