Friday, October 25, 2013

Review: Garnier Skin Naturals Light Skincare


Alhamdulillah kulit aku jenis kebal untuk semua produk. Selama aku mencuba pelbagai produk, tak pernah lagi merosakkan kulit aku. Kali ni aku nak review satu lagi produk dari Garnier sebab sebagai student, manalah aku mampu nak beli Bio-Essense T_T *BERKESAN WEHH!

GARNIER SKIN NATURALS LIGHT SKINCARE
1. Garnier Light Milky Lightening Dew Toner
Dalam apa-apa produk sekali pun, toner sentiasa penting untuk membuang segala kekotoran ataupun habuk. Maklumlah, lanie banyak sangat pencemaran! Pori-pori yang terbuka atau besaq pun boleh tertutup
Formula: Menggunakan esen limau asli.
Cara penggunaan: Gunakan kapas untuk apply di kulit muka 2x sehari. Kalau hitam kapas tu maknanya kotoq sungguh kulit muka anda!
Pembersih muka, Garnier, Review
2. Garnier Skin Naturals Light Complete Foam
Pembersih muka sangatlah penting tau! Kalau dah teruk sangat malas nak jaga muka cukuplah dengan membersih muka. Lagi bagus kalau cuci dengan air suam *takda kerja pulak aku nak panaskan air semata-mata untuk cuci muka kan..
3. Garnier Skin Naturals Light Complete Multi-action Whitening Cream SPF17
Krim ni baunya wangi. Best kalau pakai. Kalau nak beli krim ni kena teliti betul-betul sebab ada 2 jenis. Aku beli yang SPF17 sebab sini panas gilak, satu lagi jenis SPF 15.
Formula: Mengandungi SnowPine C+ (10x efektif dari Vitamin C), esen limau asli dan SPF17/PA++.
Cara penggunaan: Selepas cuci muka, pakai toner, apply pulak krim ni. Lagi bagus sebelum keluar rumah, nanti nak main panas kan. Hahaha! Lagi satu, bila nak pakai bedak, dia senang melekat dan serata.
Keberkesanan: Parut jerawat hilang dalam masa seminggu..*parut yang masih baru memang senang hilang tau, sebab tu lepas kena jerawat cepat-cepatlah sapu dengan krim apa-apa je yang sesuai..
 
4. Garnier Skin Naturals Light Complete Multi-action Whitening Night Cream
Selepas kita cuci muka waktu malam, bolehlah apply krim malam ni pulak. Sambil tidur, kulit muka pun berehat sambil memperbaiki kulit muka dengan mengeluarkan sel-sel kulit mati.
Formula: Esen limau asli, ekstrak Long Dan dan buah-buahan.
5. Garnier Skin Naturals Light Peel Off Mask
Belum try lagi pakai jenama Garnier, tapi macam best sebab pakai mask ni muka jadi sejuk jer. Kulit mati pun akan tertanggal, baru la senang kulit baru nak tumbuh dengan sihat!
Cara penggunaan: Selepas cuci muka, pakai mask sampai kering. Pastu bila dah kering, tarik slow-slow dari bawah. Cuci muka untuk buang bahan yang tertinggal.

Selamat Mencuba kawan-kawan!!!

11 comments:

  1. perbnah guna garnier tapi too trylah cik tim untuk my skin..so kena stop...

    ReplyDelete
  2. dneo belum pernah lg guna garnie

    ReplyDelete
  3. @mimi: ok x akak?
    @raudzah: tu la..klu xsesuai kna stop la..
    @deno: klu kulit jenis ok, bley je nk try2..

    ReplyDelete
  4. saya pakai krim garnier terus naik jerawat kat muka saya..jerawat halus kt pipi..ada pulak jerawat besar kt tepi hidung...sekarang nak crik produk untuk hilangkan jerawat2 nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya xsesuai kot dgn produk nie..

      Delete
    2. sebenarnya cuba elakkan diri di tempat yang panas apabila mengambil produk ni... produk ni sesuai untuk tempat yang sejuk.. barulah jerawat takkan tumbuh!

      Delete
  5. saya pakai ok je kulit makin bersih dh tak jerawat pun hilang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. gud3..sush kdng2 nk cri produk yg sesuai ngn kulit kita..

      Delete
    2. Nk tnya.. Cmne erk nk guna? Sbb ni first time jadi sy x tau nk guna. Hehe.. Akaq saya kata pertama, kita kene ltk toner. Kedua, kita kene ltk whitening krim.Ketiga, kita kene ltk BB Krim dan akhir skali kita ltk bdk.. Btl ke ckp akaq sy tu, sbb akaq sy mmng suka temberang.. harap awk bagi tau cara penggunaan yg btl..

      Delete
    3. betul la tu, akaq awak x tipu pun ^^

      Delete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com