Saturday, November 02, 2013

Kapten Muda Kacak!


Pada 1 November semalam, Kapten James Anthony Tan dianugerahkan dengan pangkat Kapten (Kehormat) TUDM dalam Pasukan Simpanan Sukarela TUDM (PSSTUDM).

Ha?! Sapa pulak jejaka ni kan?

Hensem kan beliau??
Biodata
Nama: Kapten James Anthony Tan
Tarikh lahir: 4 Jun 1991 *OMG! Same age as me!
Bangsa: Hokkien
Keturunan: Berdarah campuran Cina (bapa) & United Kingdom (Ibu)! *patutlah hensem yang amat..
Berasal: Bandar Sungai Long, Kajang
Pendidikan: - Lepasan kadet penerbangan Bournemouth Commercial Flight Training, United Kingdom
- Western Australia Aviation College, Jandakot, Australia.


Kejayaan :
Sebenarnya beliau merupakan juruterbang termuda yang mencatat nama di dalam Malaysia Book of Records sebagai "Juruterbang Termuda Menerbangkan Pesawat Piston Tunggal di Dalam Ekspedisi". Jarak perjalanan beliau adalan sepanjang 13803 nm atau 25,580 km merentasi 14 negara! 

Kemudian, beliau menyertai "1 Malaysian Around the World (1RTW)". Berlepas dari LIMA, Langkawi. beliau akan menerbangkan pesawat sejauh 22000 nm atau 41,000 km merentasi 19 negara!

Ada 1 keistimewaan beliau, beliau menghidapi Dyslexia tau! Ini menunjukkan walaupun mempunyai kekurangan, kita masih boleh berjaya! Tabik sama tuan!


Nak tau lebih lanjut?
Silalah ke laman web [RMAF]
Fb beliau [Captainjamestan]

2 comments:

  1. Dulun rasa hensem lagi..kali ni dah jadi cute pulak..he..he

    ReplyDelete
  2. @rauzdah: agaknya dok bwak flight pusing dunia kurngkn aging simptom kot..hihi..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com