Friday, December 20, 2013

Bye Kak Maz!


Punya mengantuk mata ni, sampai terlena depan laptop sambil tengok movie. Jam dah dekat pukul 4pm. Alamak, cepat-cepat siap sebab nak hantaq Kak Maz (roomate+coursemate) ke airport. Untunglah nak balik time study week ni. 

Asyik hujan ja sekarang ni, nasib baik baju sempat kering. Sebelum keluaq rumah punya rajin buat sambal kicap sebab nak makan dengan bubur semalam. Konon dah sampai airport tak nak buang duit makanan. Tengok-tengok...ada Prosperity Burger pulak dekat McD. Tak tahan aih, tak pasal-pasal beli jugak. Astaga..

Sedih pulak nak menghantaq Kak Maz balik. Walaupun seminggu beliau bercuti..

Nak balik jugak..
  Sepanjang on-da-way balik dari airport, jem tersangat-sangat. Waktu nak mai airport ni ada accident, time nak balik ni tak kan ada accident lagi kot. Teruk sangat ni, mesti sebab orang nak balik kampung sebab nak dekat Krismas kan. Ataupun orang nak keluar shopping sempena Krismas. Maybe..?

Balik dari airport, join sambutan birthday Amirul (coursemate) pulak di KFC. Disebabkan tadi dah melantak Prosperity, KFC tengok sebelah mata sajalah. Muahaha! Dah kenyang. Mata nak tutup ja nih. 

Zzzzz...

No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com