Saturday, December 14, 2013

Kenduri Akikah


Buat pertama kali aku makan kenduri di Sarawak. SobSobSob. Teruk sungguh! Kenduri akikah rumah lecturer sendiri di Desa Ilmu. Rasanya banyak kali dah lecturer ni buat kenduri kat rumah beliau. Sebagai orang semenanjung dia faham, student dia banyak orang semenanjung yang kebulur makanan semenanjung. Sebab tu dia selalu buat open house. Akhirnya hari ni aku berkesempatan join!


Terima kasih banyak-banyak kepada Dr. Khairul Adha. Lecturer Aquatic Vertebrates masa aku Tahun 2, semester 2. Garang woh! Tapi time pi field trip dengan beliau paling best. Makan ketam bakaq yang sangat superb. Best! Best! Best!

Menu kenduri ni ada Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Kari Kambing, Jelatah, Coconut Jelly dan yang paling umphh, JERUK homemade dari nogoghi sembilan. Emm, persetankan walaupun exam dah dekat. Makan je dengan mulut dok puji sedap..


Sambil-sambil menjamu selera, Dr. mengadulah yang beliau nak jadi garang balik. Student yang baru ni nampak macam 'kureng ajer' sikit. So, dia cakap dah bersedia nak 'mengajar' bebudak ni. Tudia..habeh la kalau garang dia keluaq. Mau nak terkucil kalau masuk kelas dia. Bersedialah adik-adik akuatik sekalian..!

Time nak balik sempat jumpa dengan Prof. Shabdin. Rasanya kalau lagi lama kami dekat situ, lagi ramailah lecturer akuatik boleh jumpa. Gerak dululah..

Sebelum pulangkan kereta sewa, merewang ke Summer Mall dulu. Ada Karnival Industri Asas Tani anjuran FAMA. Nak tengok ada apa, klik [sini]. Nak tau aku beli apa kat sana?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dengan harga 5 hengget, aku inaikanlah tangan kiri aku ni. Sedangkan tangan kanan inai pun belum habis lagi. Kepada wanita luar sana yang masih blur-blur sama ada pemakaian inai bercorak ni haram atau tak boleh check [sini]. Mengikut apa yang aku faham dari fatwa tu tak salah pun pemakaian inai bercorak, asalkan bukan bercorak yang pelik-pelik macam haiwan ke, lambang sesuatu ke..

Petang-petang ni hujan lagi, habis baju yang baru dibasuh. T_T huwa!! 

p/s: mengh'update' blog sambil makan door gift kenduri tadi. Huahuahua!!


8 comments:

  1. menu majlis akikah tu macam sedap je semuanya!btw cantik corak inai tu :)

    ReplyDelete
  2. tu dia.. x sabar nak ajar.. haha

    ReplyDelete
  3. kat umah saya semalam je baru buat kenduri akikah..penat jugak la lapah daging kambing..hehe

    ReplyDelete
  4. @nick: rajinnya..wat akikah sape?

    ReplyDelete
  5. sedap tengok nasik diatu..and kita suka corak inai tu cik tim..simple tapi cantik!!!

    ReplyDelete
  6. @raudzah: hehe..inai still ade g..hehe..lom abes g..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com