Friday, December 06, 2013

My Sister's Wedding


Entry ni nak bercerita kenduri kahwin pulak. Lama gila rumah aku tak kenduri kahwin selama 15 tahun macam tu. Tu pun last abang aku. Punyalah lama tak kenduri. Konon kenduri kali ni nak buat di dewan. Kalau nak tau, nak buat kenduri di dewan kena tempah sekurang-kurangnya setahun meh!

23 November 2013

My job for that day? Buat lauk pengantin & kemas dapur & jadi deejay (*tak ada la deejay sangat, penjaga muzik jer..). Memang kelakar, editing lagu time tu jugak sebab lagu 'Kompang Dipalu' tak termain pulak hari tu sebab pendrive yang mereng.

Lauk pengantin dah siap! Gubahan dari aku & akak ipar
Segan pulak nak keluar rumah, ramai dah orang yang mai makan kenduri.

Kami sekeluarga pakai baju sama & ada brooch
Alih-alih boring kat dapur, keluar jugak tengok apa jadi..HEHEHE..
Yeay! Pengantin lelaki sudah mari. Sila-sila masuk..


Pengantin makan pun lama owh, depa ni pengantin sempoi. Tak ada nak cover-cover makan walaupun pengantin. Memasing lapar, apa boleh buat. Lauk catering pun sedap, daging masak hitam dia memang pehh..

Pastu sesi potong kek pulak. Paling kelakar lepas majlis tu, kek tu lama duduk dalam peti ais, tinggal kek je. Buah strawberi atas tu dah hilang. Ni mesti bebudak ni hah.


Pastu, masuk dalam rumah untuk sesi bergambaq pulak. Pelamin ni bukan untuk wat tepung tawar pun. Semata-mata hiasan untuk ber'photoshoot' jer.


Petang tu baru awan menangis keluarkan hujan. Alhamdulillah time tu sesi pengantin makan semua dah selesai. Nak ambik gambaq je. Sekurang-kurangnya kami dapat rehat sekejap dari tetamu. 

Saja nak menyibuk..
My siblings and mum. Cer komen tang mana kami nampak sama? Hehe,,
Da big family
Pengantin lepas asar g photoshoot kat Kulim Hi-Tech. Habis ja majlis, petang tu aku tertidur dengan lenanya. Bangun-bangun dah pukul 8:00pm. Terjaga pun sebab terkejut family dok gelak-gelak sebab dapat lesung batu sebagai hadiah. Hebat betul orang yang bagi tu. Dah la berat, dasyat sungguh.

What a day~ Penat, tapi best jugak.

Nak tengok persiapan & akad nikah akak?

No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com