Friday, December 13, 2013

Yea! Tak Sabar Nak Balik!



Alhamdulillah, akhirnya penantian untuk menunggu tiket flight Malaysia Airlines turun berjaya! Mana tidaknya time nak beli, tiba-tiba harga tiket memuncak naik sampai RM900+. Adoyai, kalau macam tu harganya, baik aku pi Korea. *Orang gedik tak mau balik dengan Airasia kan.. Cuti semester bermula dari 20 Januari - 16 Februari 2014.


Tarikh balik semenanjung:
15 Januari 2014 (Rabu)

Mood sekarang ni memang sangat excited nak balik kampung. Sebab? Selama 3 tahun ni mana ada aku balik untuk cuti semester 1. Lagipun, aku rindu sangat dengan akak aku yang baru kahwin tu. Seminggu balik untuk wedding akak aku tu mana cukup sebab masing-masing sibuk. Teruk jugak aku 'teriak' dekat airport waktu nak masuk boarding. 

Lagi 1 sebab, mak cakap abang and famili dia nak pindah duduk kat Kulim ni dah. So, sekarang famili tengah sibuk mencuci rumah kedai yang diorang nak pindah nanti.

Lagi 1 sebab, akak yang baru kahwin tu pun nak pindah rumah dekat Penang. So, nak pi tolong kemas apa yang patut.

Lagi 1 sebab, kaki tengah sakit..huhuhu..tak larat + tak mampu nak masuk hutan. Balik kampunglah!

Sebelum balik kampung, Final Exam dulu! Preparation vs Kemalasan!!

No comments:

Post a Comment

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com