Sunday, January 20, 2013

Latihan Pengenalan Survivor


Sempena dengan training yang akan bermula esok, bersamaan dengan 21 Januari 2013, skuad-skuad senior ada "extra" training untuk survivor dalam hutan nanti.

Tarikh : 19 Januari 2013 (Sabtu)
Lokasi : Hutan UNIMAS
Baju : Half medan

Task yang perlu dibuat:
  • Pondok seminggu
  • Tombak
  • Serampang
  • Bunga lawang
  • Perangkap
  • Jerat
  • Pendayung
Banyak pulak pucuk midin sini, sodapnya!
Hei! Pi masuk nuh! Dok posing pulak..
Pakat-pakat buat kerja..
Tuan Shahir, (anjutan baru) tengah mengajaq cara nak buat bunga lawang.
Anyam kak Etty jangan tak anyam..
Pondok in da making..
Pehh, kak Gee, ambik hang!
Disebabkan kesentukan masa, pendayung tak dapat nak disiapkan. Yelah, manalah nak cari pokok yang sesuai nak guna dekat hutan UNIMAS ni. Lagipun sekadar gambaran awal apa yang kami perlu buat untuk survivor nanti.


Selesai semua, ada taklimat dan komen dari Sarjan.

Muka penat..
Fokus! Fokus!
Apakah yang sedang dilakukan oleh aku di tengah-tengah tu..
Tengok perangkap yang di'construct' by Bery & Joe. p/s: bukan setakat perangkap binatang pandai buat, perangkap pompuan pun pandai =. .="
Acece Bery..
Kami bahagia sebab dah keluaq hutan!
 Baru sehari dalam hutan pun dah macam tu. Macamanalah agaknya nak survive dalam hutan selama 4 hari dengan makanan perlu cari sendiri, tasking-tasking yang perlu dibuat. Aku ni memang failed bab-bab hutan ni. Aiyak! Tapi kan, baguslah Tuan Shahir ni, macam-macam ilmu yang beliau kongsi. Cara nak ikat dengan betul untuk buat serampang pun beliau tunjukkan. Huhuhu, harap-harap berguna n ingat bila dah masuk hutan nanti.

Kepada semua skuad senior lain. Gambate! Sebab Annual Camp ni adalah last training masuk hutan kita bersama-sama. Lepas ni dah takdak dah.. =)
Read More

Friday, January 18, 2013

Review: MAXIS Wireless Internet Modem


Dari pengguna Celcom broadband bertukaq kepada pengguna MAXIS broadband. Sekali sekala bertukaq angin. Nak pakai Digi, laju dekat sini, tapi problem kalau aku balik kampung nanti. 

Duit Kak Yu dah transfer, tinggai aku nak beli ja. Nasib baik la dalam u ada Maxis Centre. Senang keja aku. 


Aku ni pun careless, pas beli tak cek pulak jenis modem yang dia bagi. Aku ingat stick broadband macam yang aku biasa pakai tu, rupa-rupanya..
Pehh! Advanced bebenor!
Menggelupuq aku blur nak pakai macamana. Saiz pun boleh tahan besaq macam handset. Amboi, gedabak la aku nak cucuk kat laptop ni. Nak tukaq macam malas. Godek dia punya instruction manual dengan kotak dia..




Fungsi yang menarik:
  • Tak payah susah-susah nak cucuk dekat laptop, dia berfungsi macam modem WiFi. Tapi kena caslah, dia pun ada bateri.
  • Disebabkan dia WiFi, bolehlah connect dengan gadget-gadget lain jugak dalam 1 masa. Cuma faham-fahamlah kalau dikongsi tu lembab la sikit.
 Berpeluh-peluh aku nak connect dengan WiFi dia sebab aku tak jumpa security kod dia. Bukak modem ni bawu nampak! Owh, dalam tu rupanya. Mana aku tau. Ni pun tak habis godek-godek lagi function dia. Di lain masa nanti aku update lagi eh..
Read More

Tuesday, January 15, 2013

Kerinduan yang Teramat









Cak! Hai semua! Nak tau ni semua gambaq-gambaq apa. Nilah sorotan gambaq dari awan biru yang membelah awan dari Borneo --> Pulau Pinang. 
Aku ni dah sewel sangat-sangat dah ni. Jasad ja tinggai dekat sini. JASAD ni lah yang dok bergerak kat sini. Hati + roh semua dah balik dok rumah. Dia dok memanggil ja aku balik cepat..
Dah macam zombie aku kat sini..

WAAAA!!!! NAK BALIK!!!! Awat la aku jadi macam ni tak tau. Ni mesti sebab hormon pompuan dalam badan dok ber'desyum-desyum'. *masalah pompuan 

Kepada lelaki di luar sana, sabaq-sabaq dan belajaq-belajaq la kalau bini jadi lagu tu..
Ingat senang ka nak jadi pompuan ni. Tu pun lelaki yang makin sikit populasi kat dunia ni nak jadi macam kami jugak. Aduhai. *melalut...

Bye semua!! *motif??
Read More

Tuesday, January 01, 2013

Pertempuran Bermula



Acece, pertempuran la sangat. Pertempuran untuk menghadapi tahun baru dan juga final exam untuk semua pelajar degree. Budak-budak sekolah sila masuk sekolah balik ya, cikgu-cikgu hampa dah rindu tu. Biaq kami pulak nak cuti. He=He=He.

Jadual peperiksaan final exam:
  • 3 Januari 2013: ARW (Academic Reading & Writing)
  • 4 Januari 2013: Remote Sensing & GIS (Geographical Integrated System)
  • 5 Januari 2013: Bahasa Melayu
  • 8 Januari 2013: Coastal Zone Management
  • 9 Januari 2013: Environmental Law
Agak gumbira semester ni sebab first time habis awal. Selalu hujung-hujung orang dah tidur + menjerit syok sebab exam dah habes + tengok movie, aku still kena belek-belek nota + stress sorang-sorang sebab tengok depa seronok sakan. Kali ni aku pulak nak stresskan depa. PIECE!

Tapi, macam la aku dapat balik kampung awai. Maaf mak, lambat sikit balik sebab ada training. LAST ANNUAL CAMP! Akhirnya, sudah sampai ke titik noktah terakhir dalam palapes udara untuk masuk hutan. 

p/s: Roh dah sampai bawak ketiak mak, Jasad ja yang tinggai dekat Sarawak nie..
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com