Saturday, April 27, 2013

Episod 05 SSID


Hai semua pembaca blog cek. Hampa semua layan SSID tak? Atau nama panjang dia Sebenarnya Saya Isteri Dia.

Omey angat Izzue Islam dengan Tiz Zakiah. Tak sangka gandingan depa ni betoi-betoi sesuai dan mantop! Cuti semester hari tu, aku dah khatam dah novel tebal ni *sangat tebal. Tup, tup dalam fb kecoh novel ni nak jadi drama pulak. Aihh, banyaknya cerita novel jadi drama dengan filem??


Aku selalu kalau nak download movie ka, drama ka, apa-apa yang berkaitan TV ni la, aku akan ke Website  PEREKA CERITA . Nilah website yang senang nak download macam-macam. 

Hari ni excited nak download episod ke-5. Tiba-tiba!


WAAAA!! Kecewa cek kena tunggu minggu depan =.  .="

Apa pandangan kawan-kawan blogger pasai cerita novel yang diangkat menjadi drama atau filem? Baguih ka dak untuk industri kita??
Read More

Monday, April 22, 2013

Kayaking


Jom kita beriadah!

Aktiviti: Berkayak
Lokasi: Tasik UNIMAS
Geng: Akuatik & rakan-rakan 

Excited, kita tulis nama + serah kad matrik dulu ya..

Tujuan aku yang utama nak tengok sample botol PTA yang aku letak. Nak pastikan mana yang hilang, mana yang selamat. Khamis ni nak pi sampling yang terakhir.

Aku naik kayak yang double bersama Kak Maz. Tenang ja bila duduk tengah tasik ni. Sambil-sambil tengok pemandangan matahari mula terbenam..

Gumbira!
Hilangkan stress di kepala!
Sunset
Sangat tak puas main, tapi sempat la pusing satu tasik. Dah terror control kayak dah. Hahaha! Lama sangat dah aku tak main kayak. Last, masa Sukan Borneo, aku jadi sukarelawan untuk sukan kayak. 

Malam, terpaksa tunggu bas pukul 7.30pm. Sementara menunggu, pi keringkan tekak di Kolej Allamanda dulu *ex-kolej

Tiba-tiba:


Manja, siap tiduq lagi atas riba. Pastu, siap menggeliat lagi. OMEY ANGAT~~

Kepada student-student Unimas,
Jangan lepaskan peluang berkayak secara free, bukan senang tau.

Tempat kayak bukak dari;
Isnin-Jumaat
5pm-6.20pm
Kad Matrik jangan lupa!

Di samping beriadah, peluh pun keluar, badan jadi sihat!
Read More

Saturday, April 20, 2013

Cabaran Menangkap Ikan


Demi untuk Toxicity Test, kami berlima *power ranges mengumpulkan kekuatan untuk menangkap ikan. Cewah!


Peralatan yang dibekalkan:
Kick Net
Baldi
Botol
Roti*kesian lunch Kahar jadi makanan ikan..

Penat jugak sebab pagi pukul 8.30am-10.30am ada exam mid-term TMX. Pastu, pi fakulti jumpa dengan geng-geng power rangers ni hah. Lepas isi perut, pukul 11am bertolak ke Kampus Timur untuk memulakan operasi!

Punya excited aku nak jenguk tasik sampai sebelah kaki dah terbenam masuk tasik. Aduhai, habes kasut dengan seluaq cek basah!

"OUCHH!! KERENGGA!!"
Leader yang bertanggungjawab dan komited!
Sauk Sauk! Jangan Tak Sauk!
Timbullah si ikan kaloi...*nyanyi walaupun tak sedap
Hasil pencarian..inilah inland fish yang kami dapat..
 Antara gelagat-gelagat yang comel ahli kumpulan. 


Kak Dila sorang lagi ahli kumpulan tak dapat nak join sebab sakit. Cepat sembuh tau!

Pencarian membuahkan hasil, dapat jugak ikan yang lebih kurang sama besaq + species yang sama. Bas pukul 12pm dah terlepas. Kena tunggu bas yang seterusnya pukul 2pm. Makan dulu di KFC *aku makan berkongsi ja sebab dah muak =..=" 

Betapa adventurenya kisah aku pada hujung minggu. Balik ke makmal letak ikan, aku sambung kerja makmal untuk PTA pulak. Aduhai, cepatlah habis semua ni. Penatnya..

Balik rumah cepat je padam..zzzz..
Read More

Friday, April 19, 2013

KFC Spicy Korean Crunch


Disebabkan seorang budak kering budget hensem tolong installkan game Sim 3 dekat aku, habuannya, aku kena belanja dia Snack Plate KFC. Demi game Sim! Aku sanggup berkorban. Cehh, aku sekarang memang tengah ber'mood' nak belanja orang sebab elaun Palapes baru je masuk. Alhamdulillah.

Lapaq punya pasai, tak perasan banner besaq KFC tampai dekat pintu ada Menu baru. SPICY KOREAN CRUNCH. Amboi, koreanya ka? Dahsyat sangat aihh angin korea sampai kena tempias KFC. 



Aku tak tau la dia Korea dekat mana? Sos kot?? 

Sos : Rasa biasa-biasa je, tak dak la dia celup ayam tu dengan sos macam dalam poster =..=' ciput ja dia bubuh atas ayam. Mula-mula makan tak pedas, dah sampai ayam yang kedua ketoi, pedas pulak aih..

Coleslaw: Emm, sampai sekarang aku tak tau apa benda dia bubuh dalam tu. Pastinya ada mayonis+jagung+sayur apa tak tau..

Wedges: Macam cheezy wedges, cuma tak dak cheezynyer ja..

Komen: Biasa-biasa ja..*awat ayam kecik comei ja...
Read More

Tuesday, April 16, 2013

Kubah Ria Seafood


Hai semua! Hachoo! Lamanya tak update, maaf la no. Habeh training, exam mid-sem pulak. Kali ni aku nak kongsi tempat makanan yang sedap di Kuching. Kalau hampa mai bercuti ke Sarawak, buleh la mai makan seafood kat KUBAH RIA.

Aku dah banyak kali dah mai sini, tapi first time aku makan seafood kat sini.

Ni gambaq ambik dari google no..
Disebabkan elaun yang baru masuk + nak sambut training berterusan kami yang terahir, maka, makan mewahlah kami malam itu.


Menu:
1. Tomyam
2. Kangkung goreng belacan
3. Siakap 3 rasa
4. Siakap stim
5. Udang butter
6. Sotong goreng tepung
7. Ketam lada hitam
Jumlah : RM450

Kelakar, semuanya licin sebab first time makan mewah lagu ni, rugi tak perabih.


Mai la berjalan-jalan ke Sarawak!
Tak rugi...
Read More

Sunday, April 07, 2013

Melawat SSPCA


Pertama kali aku menjejakkan kaki ke SSPCA atau Sarawak Society for Prevention of Cruelty to Animals. Jom like [Page SarawakSPCA]. 


Pertama kali tengok banyak gila kucing dengan anjing. Pertama kali duduk dekat gila dengan anjing. Sebenarnya aku ke MBKS (Majlis Bandaraya Kuching Selatan) untuk tugasan assignment Environmental Law (Perundangan Alam Sekitar). Benda yang kami cari MBKS takdak pulak. Beliau bagi suggestion untuk ke SPCA atau Jabatan Veterinar. 

Memandangkan masa still awai lagi, kami pi la SSPCA sebelum lunch. 
Kucing ni mama cat yang gewdikss..
Setiap ekor kucing ni akan dilabelkan dan diletakkan dekat sangkar dia.
Manjanya..
Makan time!
Perasan tak kucing ni pelik sebab taring dia kat luaq, macam vampire da..
Kalau nak tau, MBKS akan menghantar haiwan-haiwan yang ditangkap ke sini. Contohnya, kalau ada orang buat report tentang anjing liar ke, kucing liar ke, pihak MBKS akan tangkap dan dalam masa 48 jam kalau tiada orang yang tuntut, semua haiwan tersebut akan dihantar ke SPCA ni. 

Sebab tu banyak gila kucing dengan anjing dekat sini. Depa ni semua boleh di'adopt' dengan membayar RM60 (kalau tak silap..) bukan untuk kepentingan jabatan. Tapi untuk suntikan anti-vaksin untuk kucing dan anjing tersebut.


Anjing katik!
Aku memang suka dengan kucing. Tapi, bila aku mai sini, aku rasa lebih prihatin dan kesian dengan haiwan terbiar dekat luar sana. Sebelum ni aku takut sangat dengan anjing. Bila aku tengok yang ada dekat sini, pandangan aku dengan anjing dah berubah. I'allah, kalau ada masa, aku teringin nak menjadi sukarelawan SPCA. Setahu aku, SPCA ni setiap tempat ada kan?

Jadi, kepada kawan-kawan di luar sana, daripada kita beli binatang yang cantik-cantik dekat kedai, lebih baik ambil dari SPCA ni. Setahu aku, kalau binatang stray cat yang kita bela ni, dia lebih menghargai orang yang selamatkan dia, macam Papa Hero tu.

CINTAI HAIWAN KITA!

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com