Sunday, July 14, 2013

Balik Semenanjung Malaysia!



Final year project dah hantar. Semua dah selesai, misi untuk pindah barang ke rumah sewa baru. Selesaikan packing & bawak turun semua barang. Banyak jugak barang aku ni. Aduhai.. 

Location rumah sewa aku yang baru adalah di rumah flat sebelah Everise. TINGKAT 4! Peh, memang pecah peluh mengangkat barang dari kereta ke tingkat paling atas sekali tu! Kalau macam ni kalah PT perang. Gagahkan jugak tulang 4 kerat ni.

Selesai, meneman Bihah & Kak Maz menghantar hamster diorang ke pusat jagaan. Semester depan lepas cuti bawu depa ambik balik.



 Sebelum balik kampung mesti shopping kek lapis + ikan terubuk. Ini adalah satu kemestian untuk bebudak yang study di UNIMAS ni. Malas nak pi jauh-jauh dengan badan penat mengangkut barang, shopping dekat saja pun di Desa Ilmu.

Pilih-pilih, fresh saja. Dekat belakang pekerja dia tengah buat kek. Memang bau harum semerbak!
Tunggu sat eh, banyak shopping ni..

Sila-sila!
Habis melayang RM153, bukan duit aku pun. Kak aku awai-awai lagi dah bank-in duit. Katanya nak bagi kek lapis kat bakal mertuanya. Boleh-boleh, no hal. Tak dak masalah asalkan kirim fulus. 

Dekat Asma Cake House ni harga standard la. RM10-15 satu kek. Macam-macam perisa ada. Ikan terubuk pun ada jual. Seplastik ada 3 ekoq. 1 plastik RM12. Aku beli barang-barang ni agak awai jugak. Hopefully tak rosak sebelum hari Isnin..

Ini la padahnya gatai jugak nak balik dengan Malaysia Airlines. Dah la kena transit di KLIA 8 JAM! So, kena pastikan laptop, phone, broadband 100% charged.

Bye Borneo!
Welcome Malaysia! *budget duduk luaq negara..

Read More

Thursday, July 11, 2013

Airasia VS Malaysia Airlines


 29 Jun 2013
Kuching - Kota Kinabalu


Pertama kali naik flight dr Kuc-KK untuk Istiadat Pentauliahan Palapes Ke-32 di UMS, Sabah. Agak murah Malaysia Airlines kalau nak dibandingkan dengan Airasia sebab ada Promo. Harga tiket RM19 *tak termasuk surcharge lagi. Pertama kali jugak naik flight sebelah ada kawan. Selalu lonely ja*kesian. But, ok lah kan sebab...

1- Luggage free
2- Makan free
3- Keselesaan tiptop
4- Layanan tiptop

Selain tu, untuk 'ceramah' keselamatan yang pramugari dok 'hawing' tangan kiri kanan tunjuk pintu kecemasan tu tak dak dah. Sebab dia play je dekat skrin depan tempat duduk. Best skrin depan ni, nak tengok movie ka, dengaq muzik ka, pembayaran apa-apa ka, semua boleh.

Makanan yang diserve ada dua pilihan, Nasi Lemak or Chicken Noodle. Side dish ada buah tembikai susu, jus oren & coklat KitKat.

8 July 2013
Kota Kinabalu - Kuching


Daripada muka comei putih jadi hitam sudah. Nak balik ke Kuching lagi ramai budak-budak UNIMAS ni. Boleh dikatakan dalam flight tu kami ja. Kali ni pemandangan malam hitam pekat + lampu-lampu dari Kota Kinabalu je nampak. 

Menu untuk penerbangan malam tu, pilihan Main Course samada Fish & Rice or Chicken Noodle. Side dish ada kek, air mineral & coklat Kitkat *wajib je ada kan

Tersangatlah mengantuk walaupun aku lena lama gila kat KKIA (Kota Kinabalu International Airport) *hilang malu sebab mengantuk sangat!. Selamba ja tidoq.

I'Allah, 1 hari nanti aku berkunjung lagi ke Sabah walaupun ni bukan kali pertama aku menjejakkan kai di Negeri di Bawah Bayu ni. Aku teringin nak pi bercuti di Kundasang. Best kawan-kawan kata. 1 DAY!!

Jom Bercuti di Sabah

p.s : misi untuk putihkan kulit!

Read More

Tuesday, July 09, 2013

Leftenan Muda PSSTUDM


Bersama Best Cadet Palapes Udara UNIMAS

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com