Tuesday, September 17, 2013

Nasi Mak Entek + Bandung Jagung



Excited aku malam ni sebab elaun palapes dah masuk. Walaupun yang masuk baru separuh, masih bersyukur ok sebab sakit kepala berfikir nak bayar duit mengulang & membaiki khusus semester ni. So, malam ni dengan membawa perut yang berkeroncong, keluar la makan di Warung 2000.

Lidah + perut teringin gila dengan nasi mak entek. Last aku makan tak silap taun lepas. Lama gila sebab aku malas + tak suka pi Warung 2000. Bukannya sebab harga ke, tempat ke, tapi sebab aku TAK SUKA INGAT KENANGAN LAMPAU. Adeh, sakit pulak hati kite..

Kita lupakan pasal tu, tapi malam ni berjaya menghilang perut yang mengidam macam pregnant 9 bulan ni.

Nasi mak entek
Bandung jagung
Dulu 1st year nasi mak entek ni RM5 je, sekarang da naik RM6 sudah. Bandung jagung ni pun memang favourite dari dulu lagi. Yang pastinya, kedua-dua menu kat atas ni tak boleh dapat di semenanjung ok! Especially di Kota Samarahan saja tau.

Sambil-sambil makan, pelik sebab kenapa ramai gila mamat-mamat kelantan berkumpul sini *loghat depa bercakapa sebatu bley dengaq yang depa ni kelate+baju merah pasukan bola Rupa-rupanya ada perlawanan bola hari ni. Terengganu VS Kelantan. Aduhai, boleh pulak aku terpakai jersey Harimau Malaya kaler kuning. Hahaha!


 Hujan lebat pulak! Payung tak bawak, hujan memang nampak tak mau stop. Redah sambil berlari-lari! Sampai rumah dah lencun suda. Sempat jugak layan Diandra & Asmara Luna. Sebenarnya itulah tujuan nak cepat balik tu..

Keputusan Piala Malaysia 2013
Terengganu 1 - 3 Kelantan
Read More

Monday, September 16, 2013

Sambutan Hari Malaysia Ke-50



Aktiviti: Perarakan Kapal Berhias & Bunga Api
Lokasi: Waterfront, Kuching

sambutan hari malaysia, waterfront malaysia, waterfront sarawak, waterfront

Keadaan: Hujan lebat
Perasaan: Kecewa sebab kamera dah bawak, tapi memory card+bateri tertinggal! *senget..

Jumlah pengunjung: Sangatlah ramai sampai kami terpaksa ke seberang untuk tengok perarakan, sampai ke kampung tepi sungai kami masuk. Tapi still ramai jugak pengunjungnya.

video

Video ni sahajalah yang aku mampu nak sajikan sebab hujan lebat. Payung / baju hujan tak bawak. Lagipun masa ni awal lagi ni, kapal berhias yang cantik-cantik dari semua agensi dekat Sarawak belum keluaq lagi.

Wa!! Kecewanya cek, lampu warna warni pun belum pasang sebab hujan. Sambutan kali ni sangat meriah sebab Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Hamimah mai turun Kuching.

Kengkawan ada tengok di TV1 siaran langsung semalam?

Read More

Thursday, September 12, 2013

Azam semester baru!


Selamat pagi semua! Mentang-mentang tadi pukol 8pm dah lena, waktu macam ni mata tak boleh tutup sudah. Walaupun hujan membasahi bumi Kota Samarahan ni hah. Bess tido, masalahnya bila merajinkan diri basuh kain, tak pasal-pasal dah segar bugar mata daku.

Hmm, untuk semester ni, aku menjalani hidup baru sebab tinggal di luar. Di rumah sewa flat. Pagi-pagi tak tunggu di Depo Bas dah, tunggu depan gate flat je. Alhamdulillah ada bas Unimas datang ambil. Dah rasa macam back-to-school pulak.


Minggu pertama semua busy dengan minggu add-drop kursus. Dah naik pening + nak muntah tengok laman web e-pelajar setiap saat. Demi untuk add kursus yang orang drop. AGGHHH!!

Azam untuk semester ni:
1. Nak pakai baju kurung sahaja untuk ke kelas.*sila perempuankan diri anda sebelum diperempuankan..
2. Nak jumpa lecturer selalu.*macam susah je!
3. Nak rajin study.*eleyh..
4. Nak achieve 3 pointer! *geram semester lepas sebab spoil 1 paper
5. Solat 5 waktu cukup!*jangan nak oversleep lagi

Ok dah kot 5 list down ni hah. Semoga dapatlah merealisasikan azam ni kan. Umur nak mencecah tahap boleh kahwin dah, perlu la berubah untuk jadi a better person.

Hoho! Minum petang tadi, sedap..
Read More

Friday, September 06, 2013

Sindiket Cabutan Bertuah Datang Lagi!


Cuba tengok nombor yang call aku tadi.


Tengok nombor yang atas sekali tu, dah la operator dia cakap Indonesia yang aku pun macam blur-blur nak faham *bukan kaki peminat cerita indonesia 

Konon yang nombor telefon aku ni terpilih dalam cabutan bertuah! Cewah, ingat aku percaya ke?? Dengan penuh sopan aku cakap ada kerja nak buat, tak dapat nak cakap lama-lama. Terus aku letak.

Peliknya, ada lagi ke orang call benda-benda tipu macam ni? Dah la dari Indonesia. Sindiket lanie. Huh! Aku tak akan tertipu!

Hampa semua penah kena?
Hati-hati kengkawan!
Read More

Thursday, September 05, 2013

Rindu Sam!


Aktiviti: Mencari bekas / storage / rak untuk simpan baju.

Blur sangat-sangat dengan baju yang tak ada tempat menyimpan. Lepas zohor, bersiap-siaplah pi Summer Mall untuk tengok barang.

Kepada peminat buku mahal yang banyak gambaq, novel inggeris fiksyen silalah ke Summer Mall. Harga dalam range RM5-RM12. Ada yang buku+kalkulator = RM30.Silalah berkunjung kalau ada kesempatan.


Sebab terlalu mahal barang yang dikehendaki, patah balik ke Everise. Pusing punya pusing, beli la storage box comel jenis kain RM19.90 kat Three Star. Oklah tu. Asalkan barang kemas. 

Sambil tu, Kak Maz nak ambik anak-anak hamsternya kat Pet Shop. Disebabkan ada kawan yang dah graduate tak nak ambik dah hamster dia, kesian pulak nak tinggal dia. Dengan rela hati, ambik je la. Tak pasal-pasal bela hamster pulak. Tak pelah, sekurang-kurangnya terubat rindu dekat Sam!

Rindu Sam!
Sam comel tidur dalam kantung..
My new pet, nama dia Gumuk!
Sangkar biru tu Kak Maz punya
Betina pulak hamster aku ni, rindu sangat dengan Sam. Biasalah, pakwe sendiri pulak yang ditinggalkan di semenanjung pulak kan. WA!!!
Read More

Penat = Tired



Fuh, banyak urusan hari ni terpaksa diuruskan. Nasib baik datang awal seminggu sebelum kelas. Inilah rutin hari ini untuk aku yang masih belum habis belajar. Nak buat macamana, tempoh 3 tahun yang sepatutnya waktu belajar aku tak mampu nak habiskan. Tak ada rezeki + ada hikmah disebaliknya. 

Rutin pertama hari ni, senaman berjalan kaki ya ke Bank Islam untuk membayar yuran. Senang sekarang ni, tak payah nak susah-susahkan diri beratur panjang menunggu nak dilayan akak-akak kaunter. Guna mesin ATM pun boleyh *bukan Angkatan Tentera Malaysia ok! Yuran RM801 tunai.

Pastu, patah balik pulak pi Summer Mall. Geletis pulak nak pi sana. Shopping barang dekat Watsons dulu. Nak try guna Garnier pulaklah sebab kulit aku dah macam imun pulak dengan produk Safi. Huhuhu..


Dah pusing tingkat 2 perut sangat lapaq mintak diisi. Kita lunch dulu di SCR (Singapore Chicken Rice). Menu pilihan: Tom Yam Seafood with Kuew Tiaw *tapi dapat bihun, bantai sebat je lah..

Tasha & Kak Maz

Pastu, senaman lagi ke unimas pi tunggu bas untuk ke Barat. Naik la bas dalam kebasahan pi fakulti + HEP. Ramainya budak-budak berMAP / orentasi.

Balik penat jugak tunggu bas 2 jam sekali. Dalam penat-penat pun rajin pulak pi beli barang-barang dapur di Everise. Jalan la kami terkedek-kedek bawak barang berjalan naik tingkat 4. Hari-hari macam ni makin mantap la betis aku! 
Alang-alang, kemas sikit-sikit dapuq yang penuh dengan barang tu. Sambil K Maz goreng kepok *keropok lekor Terima kasih daun keladi Tasha sebab bawak dari kampung ye. Lain kali bawak lagi..


Im so tirezZzZ....
nite uollzZ!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com