Thursday, January 30, 2014

Dessert Day


Hari ni aku dengan abang cik buat percubaan nak buat dessert guna buah-buahan untuk kenduri kahwin anak angkat mak long next-next week. Ala, nak letak atas meja pengantin. Kena la buat comei-comei sikit..

Bahan-bahan:
Buah tembikai
Buah epal
Buah anggur

Cara-cara:
Buah tembikai potong dua. 
Buah epal potong kiub.
Buah tembikai korek guna melon baller.
Buah yang dah comel dipotong tu cucuk dengan lidi yang dah diraut tajam. Senang sikit nak cucuk, buah pun tak rosak.

Tara..


Buah topping coklat
Muffin topping coklat
Buah salut coklat dengan aiskrim
Jus tembikai soda

Yang ni ja nak buat letak atas meja pengantin.
 Untuk meja pengantin nanti yang atas ni saja. Yang lain tu sekadar suka-suka nak habiskan bahan di dapur. Hari ni aku kenyang makan buah saja. Tengok buah pun aku rasa tak lalu dah..

Untuk meja pengantin sebenar, nak tambah:
-Buah kiwi
-Buah oren
-Buah dragonfruit
-Buah strawberi
Baru la meriah sikit berwarna-warni kan.

Tips kalau nak minum jus yang sedap, tak kira tembikai ke, epal ke, carrot ke, waktu blender tu kan, campur dengan air soda. Pehh! Memang terangkat!

Silalah try yer..

4 comments:

  1. nampak menarik.nampak best.nampak sedap. dan zam dh lapar balik

    ReplyDelete
  2. pembuka selera ni..sedapnya! drooling~

    ReplyDelete
    Replies
    1. skng da xle nk tgk buah da..xlalu..huhu,,

      Delete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com