Wednesday, January 01, 2014

Munajat Cinta ILAHI Sempena 2014


Alhamdulillah, dah unofficially 23 tahun sudah. OMG! OMG! OMG! 
Tahniah untuk kengkawan yang dah mula meniti ke alam rumah tangga. Sekurang-kurangnya jodoh hampa dah sampai. Aku belum lagi hokeyh..

Bersempena dengan TAHUN BARU 2014, pertama kalinya aku menyambut tahun baru dengan countdown di Pusat Islam UNIMAS.


Walaupun pagi Selasa aku exam, aku bawak dah barang aktiviti malam tu. Maceh housemate sebab tolong bawakkan barang yang lain. Hehehe. Habis exam di DETAR, terus lepak menumpang rumah kawan dulu di Kolej Alamanda *ex-college, tiba-tiba teringat orentasi 1st year...

Solat maghrib di Pusat Islam. Jakun sungguh aku sebab 1st time masuk sini. Biasalah, tempat baru siap. Kalau lelaki selalulah datang sini sebab solat Jumaat. Ada ceramah 'Online Dengan Tuhan, Offline dengan Syaitan oleh Dr. Abdul Halim Hj Busari. Nanti nak cari la buku ni sebab dalam ceramah duk tunjuk buku yang beliau guna.  

Kubah di dalam Pusat Islam
Lebih kurang doa yang diajar untuk keluar masjid esok
Selepas solat isyak, ada 1 lagi ceramah oleh Ustaz Hj Husaini Hamdan dengan tajuk yang kena dengan kami semua, Exam Mu Tunggu Aku Datang! Memang la pagi tadi aku baru start exam..



Selesai aktiviti, muslimat tidoq di bilik mesyuarat, tingkat 2. Lelaki tidoq dalam ruang legar tu ja. Besaq sungguh Pusat Islam ni, tak sia-sia depa buat pusat ni sebab masjid yang di Kampus Timur dah tak muat nak tampung student yang ramai!

Nice view from Level 2, Pusat Islam
Malam punya susah nak tidoq, walaupun sempat makan banana cheese. Mintak tolong kawan belikan makanan. Pakat-pakat lapaq, sedangkan petang sebelum mai sini pun dah makan. Perut-Perut-Perut. Teruk sungguh anda..

Akhirnya berjaya tidoq walaupun sekejap, pukul 3am dah siap turun untuk solat sunat sementara tunggu pukul 4am  untuk solat sunat tasbih, witir & subuh berjemaah. Peh, memang hidung aku non-stop asyik berhingus..ACHOO! Selesai solat subuh, ada ceramah terakhir dari Ustaz Hj Azmi Ashari. Aku memang asyik 'mengangguk' je walaupun ustaz ni best & sempoi *rindu zaman qiamullail sekolah rendah..


Aktiviti habis dalam pukul 7.30am. Alhamdulillah ada sarapan disediakan, bolehlah isi perut untuk tenaga nak tunggu bas on-campus. Nanti nak jalan kaki lagi dari Depo Bas ke rumah..

Yea! Pertama kali makan dalam talam!
Balik rumah, dengan kaki aku yang kian sengsara+sakit macam nak teriak, aku terus Zzzz..

7 comments:

  1. alhamdulillah. pengisian yg amat bagus sekali
    tahniah.
    best kan mkn dlm talam.ciksu selalu jugak mkn dlm talam sbb ada mak sedara sorng ni suka buat makan tp mkn dlm talam.hihi. hatta kenduri kawin anak anak dia pon jamu makn dlm talam.

    ReplyDelete
  2. @qasehnyarania: alhmdulillah..hehe..1st time ni mkn dlm talam..

    ReplyDelete
  3. bestnye..dah lame xjoin macam ni..rindu plak..ms diploma dulu rajin ikut kakak2..

    ReplyDelete
  4. Happy New Year Cik Tim....Moga succes ya!!!

    ReplyDelete
  5. @nuha & @raudzah: tgh rajin ni..eppy new year!

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum tim...selamat tahun baru..:)

    ReplyDelete
  7. @maszull: w'slm mama..slmat thun bru..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com