Sunday, January 26, 2014

Review: The Best Cinema!


Akhirnya, setelah beberapa lama aku terperap+terceruk dalam rumah, dapat jugak keluar jalan-jalan. Yea!! Tima kaceh kepada anda yang sudi bawak cek jalan-jalan.

Destinasi berjalan-jalan di Megamall Penang, tengok wayang kat sana. Memang pertama kali aku tengok wayang dekat sini. Sungguh 'perak' aku tengok sekeliling. Sebelum ni pernah mai sekadar pusing-pusing dekat bawah ja. Banyak yang dah berubah sudah..

Aku sangat impress dengan wayang di sini, sebab besaq, cantik, luas, dan ada banyak koleksi barang comel! Nak tau benda apa?

Check this out:

Kung Fu Panda bear! Comelnya!
Koleksi buku nota filem wayang!
I like to move it! Move it! Madagascar! Chicken Little!
Replika Iron Man..
Suka sangat! Tongkat Harry Potter!
Siapalah agaknya pengumpul barang-barang ni. Ataupun diorang memang dapat free benda-benda ni eh? Memang hebat sangat! Bukan senang nak cari benda limited macam ni.

Tujuan asal datang sini nak tengok wayang cerita "I, Frankenstein". 



Review:Cerita macamana Frankenstein dapat nama. Walaupun hero (Aaron Eckhart) dia tak hensem sangat, tapi scene lawan dia agak best. Geng jahat memang geli aku tengok. Ketua yang jahat ni pelakon dia (Bill Nighy) memang asyik kena jadi syaitan ja, dulu berlakon jadi syaitan jugak dalam Ghost Rider. Kisah cinta dalam cerita ni tak da pun, sekadar heroin (Yvonne Strahovski) ni doktor neurologi yang bekerja dengan syaitan untuk hidupkan mayat. Tapi, dia pun tak tau dia bekerja dengan orang jahat. 

Bagi aku, sedang-sedang ja cerita ni. Aku nak bagi 3 bintang dari 5. Cewah..

p/s: Excited nak tengok Robocop sebab dalam wayang dia tunjuk trailer. Cerita ni selalu aku layan dulu, tak silap kat TV3, pukul 9 pm. Ingat pun sebab dulu arwah ayah dengan aku ternganga depan tv tunggu cerita ni. Nantikan Robocop 30 Januari ni!

3 comments:

  1. fiza lagi kesian lama dah xjejak panggung wayang..huhu

    ReplyDelete
  2. x sabar akak nak tunggu robocop keluar...hehehe....

    ReplyDelete
  3. @azhafizah: yeke? alahai, nanti ajak cik abg g wyg yer..huhu..
    @amanda: betul3..timm pun sama..hehe..

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com