Saturday, February 01, 2014

Istiadat Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet PALAPES ke-32


Punya lama aku nak post entry ni. Tapi asyik tak da mood ja. Cerita basi sungguh tapi nak post jugak!

Cerita apa?

Cerita tentang Istiadat Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet PALAPES ke-32.


Dalam jadual 2 minggu kan? Tapi disebabkan komitmen Projek Akhir Tahun aka PTA. Aku terpaksa join lewat seminggu. Biarlah lewat pun, asalkan projek aku siap sebab benda ni lebih penting dari segala-galanya untuk aku dapat ijazah weh..

Tapi alhamdulillah sebab ramai jugak yang naik flight sekali sebab masing-masing busy dengan PTA. HA! Yang lain naik bas 3 hari dari UNIMAS ke UMS. Aku dah pernah naik bas dah pi Sabah waktu 1st year. Tak mau dah sebab kematu bontot..

Aku bertolak ke sana 26 Jun 2013. Sampai sana agak kalut sebab kami yang baru sampai ni pun dah kena macam-macam, tak sempat nak rehat dah pun. Peh, mental-mental. Hostel penginapan pun atas bukit. Aduyai, memang parah paha & betis aku naik tangga hari-hari. 

Malam semua bersiap-siap pakai baju korporat untuk ke Malam Akrab Pegawai Kadet. Aku ingat lagi, kami duduk dibelakang student UPSI. Fuiyoh, cikgu-new-to-be tu..

Paling best malam tu pun sebab ada Jamal Abdillah. Persembahan lain pun ada, tapi sebab mind set nak tengok Jamal jer..

Sepanjang minggu tu jadual sama jer, pagi-petang=kawad. Pastu, malam=watikah. Universiti aku agak beruntung sebab semua masuk kawad. Yang mana datang lewat memang masuk belakang jer..=..=". Tak palah, tak da rezeki nak masuk geng yang bertanding. Kami yang still putih melepak ni mula la jadi buah mulut orang. Orang lain dah muka burn. Kenapa nak salahkan kami pulak, bukan niat kami nak datang lewat pun. Sakit pulak hati aku..

Selepas 3 hari buat rutin yang sama, ada aktiviti Ceramah Patriotik pulak. Penceramah oleh bekas Panglima Medan Tentera Darat Tahun 1999.

Tinggal 2 hari lagi untuk menempuh hari yang sebenar. Latihan memang non-stop & dah mula stress sebab semua jurulatih nak perfection. Masing-masing bawak nama universiti kan. Mesti la nak jaga standard. Pastu masing-masing nak bawak nama baju uniform yang duk pakai ni lagi..

Hari Sabtu, 6 Julai 2013 dah pun tiba. Pagi memang bangun awal sikit sebab nak pakai baju No. 1 memang terseksa jiwa raga. Dengan aksesori lagi segala bagai..

Nak tengok istiadat? 


Selesai kawad kaki, berlari-lari tukaq kasut, tukaq segala aksesori bagai. Naik bas ke Dewan Canselori pulak untuk watikah.

Punya tahan mengantuk Tuhan saja yang tau. Macam-macam aku buat, kacau orang, sembang-sembang. Tapi gaya duk control sebab tak boleh nak sembang-sembang pun dalam dewan tu. 

Akhirnya, my turn!

Sungguh hensem Sultan Kelantan. Nasib bek aku tak tergolek bila Sultan senyum..

Habis watikah, seronok lah siapa yang ada family. Pakat-pakat ambil gambaq bagai, geng yang family tak mai ni cepat-cepat naik bas balik hostel sebab lunch makan sedap! Lepas tu, kena pi dewan balik untuk sesi bergambar.


Ni lah skuad aku susah senang bersama-sama dari 1st year sampailah sekarang..
Esoknya pulak, Messnite di Sutra Harbour Resort. Petang tu kami dah ke sana & bersiap di sana. Rehearsal pun ada buat jugak. Sama jugak la dengan baju mess nite ni. Berselirat sungguh nak pakai. Makan pun cover je sebab bengkung ketat & aku duduk meja depan sekali. Makan cover-cover. Tapi kan, kalau ikut protokol hiasan tak boleh makan, lapaq punya pasai, licin pinggan aku sebat!


Menu:
Appetizer
Poached Prawn & Mango Timbale Laced with Thousand Island

Soup
Cream of Mushroom soup Served with Assorted Bread & Butter

Main Course
Oven Baked Beefsteak on Roasted Potato, Garden Vegetables & Black Pepper Source

Dessert
Green Tea Tiramisu

Coffee & Tea Served with Cookies

Sambil makan kena ikut iringan muzik. Muzik stop kena stop makan. Nak keluar dewan pun ada tatatertibnya jugak. Ada cheersnya bagai..banyaknyer protokol..



Habis aktiviti pentauliahan aku balik ke UNIMAS balik untuk selesaikan PTA & hantar thesis untuk supervisor.

Alhamdulillah. Balik kampung walaupun muka burn, kerja aku semua sudah selesai. Bersyukur sangat!

Terima kasih kepada readers yang sanggup baca entry yang terrr-sangatlah panjang nie..

11 comments:

  1. For a better country. For a better health. For Malaysia

    #MsiaEndsDengue

    Siapa yang rajin buat entry. Yg pandai buat video. Mohon turun padang untuk berkempen.

    http://nurainishahroni.blogspot.com/2014/02/msiaendsdengue.html

    ReplyDelete
  2. Suka kita tengok someone in uniform..macam best aje..segak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. timm lgi suka tgk klu laki beruniform..uihh..ensem3..

      Delete
  3. wah!!
    tahniah awak!
    hehw. suka tgk awk trima dari sultan tu. tegak je. ngee

    ReplyDelete
    Replies
    1. maceh..da seminggu mlm2 asik training benda yg sma..mmg jdinya gitu suda.. ;)

      Delete
  4. wah.. ade bang jamal... ^_^
    folow sini

    ReplyDelete
  5. sultan saya tu..hehe
    sume hensem, cantik belaka pakai uniform tu.
    rasa cam nak pakai jugak la..pinjam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..sgt la ensem sultan nick tu..nk pinjm? aigo..bju pompuan larhh..

      Delete
  6. Tahniah Cik Tim! semart habis dengan uniform palapes :)

    ReplyDelete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com