Sunday, February 16, 2014

Jadi pen-Dekorasi Meja Pengantin?


Sehari sebelum aku balik Sarawak, ada kenduri cucu angkat mak long di rumah. Abang aku punya rajin, nak buat buah untuk meja pengantin. Sebagai adik yang baik, nak join la abang sekali. Seminggu buat homework untuk cari idea nak hiasan buah untuk meja pengantin. Siap buat trial lagi dalam entry ini. Sehari sebelum hari kenduri abang dah beli buah dah. 

Pagi dalam pukul 8am, kami yang belum mandi ni truih potong-potong buah. Kerja aku buat raga/bakul dari buah tembikai. Buah tembikai pulak warna merah tak ada, terpaksa guna warna kuning. Nasib baik tema gold, memang in lah!



Buah apple masukkan dalam air bergaram selepas potong. Buah lain pulak masukkan dalam fridge. Pastu cucuk dengan lidi yang diasah sebab kalau lidi tumpul, buah rosak. Lebihan tembikai pulak blender dengan air soda. Yummy!

Pukul 11am dah siap packing barang & pi rumah mak long.

Cantik kan tema gold?

Paling kelakar bila catering tu bagi talam ada 2 ekoq ayam golek, kuah kurma, 24 biji ketul udang, buah tomato 2 biji, lobak merah sebatang, salad & sebiji bawang besar. Peh, ni memang ayam yang betul-betul tergolek. Dia cakap hias sendiri?? Pastu mak long pun ada buat serawa. Yum-yum..

Sabaq ja la, alhamdulillah cantik jugak hasilnya!
Siap! Siap buat mocktail lagi. Hehehe..

Dapat la pengalaman jadi designer makanan hiasan untuk meja pengantin. Alhamdulillah..

Such a sweet moment in my holiday.

7 comments:

  1. ayam tak nak makan.
    nak makan buah tu je.
    macam2 ade..sedapppp :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. oo tgk ayam tu terus rs lapar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..pling bess kluarga pengntin la mkn nnti..gpun pengntin mna mkn sgt..malu2..hehe..

      Delete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com