Sunday, March 09, 2014

MH370 Tergempar



Macam-macam spekulasi tentang kehilangan misteri pesawat MH370 dari Malaysia Airlines ni. Aku sebagai pelanggan tetap penumpang kapal terbang ni agak seram sejuk bila terdengar berita ni pagi semalam. Meremang bulu roma jugak bila tengok video route flight ni tiba-tiba merah, pastu "PAP" hilang!

Aku balik Sarawak bulan lepas dengan cuaca yang kurang baik. Waktu flight nak mendarat, tiba-tiba dia naik balik dengan lajunya. Memang nak tercabut jantung aku. Rupanya sebab angin kuat, terpaksa kami pusing-pusing atas bandaraya Kuching sebelum dia mendarat dengan selamat. Pengalaman macam tu pun dah buat aku seram dengan flight. Tambahan pulak, aku terfikir nasib penumpang dengan crew MH370 tu.

Ya Allah, sama-samalah kita berdoa. Jika mereka ditakdirkan masih hidup, cepat-cepatlah mereka diselamatkan. Jika ditakdirkan mereka tidak bernyawa lagi, semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang soleh *bagi yang beragama Islam. 

Memang tipu la aku nak cakap yang aku tak takut nak naik flight selepas ni. Tapi, ini semua qada' dan qadar. Kalau ditakdirkan Allah akan mencabut nyawa kita waktu tengah online pun boleh, tak semestinya semasa kita menaiki flight betul tak?

Jom kita sama-sama doakan agar diberi petunjuk ke mana hilangnya MH370..

p/s: Don't worry Malaysia Airlines, you are still my 1st priority for booking my flight soon..

2 comments:

  1. lepas ne mesti cuak nak naik kapal terbang..huhu
    apepun, doakan sume selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak la..huhu..tpi xpe la, klu da tkdir mne² pun ada bhya kan..

      Delete

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com