Monday, March 03, 2014

My First Training


Disebabkan desperate sangat, masuk ajelah training semester ni. Kerja part-time di pasaraya dekat Summer pun tak dapat. Kawan aku dua orang dapat pulak. Stress + merajuk la aku dengan pasaraya tuh!

Pastu, semester ni, elaun untuk pegawai muda dah naik kepada RM100. Siapa tak nak kan dalam masa seminggu, training dua hari dah dapat RM200. Wau! Tapi kan, kalaulah elaun tu dia bagi daily sedap la..elaun yang semester lepas pun ada yang belum bagi lagi. Memang kering kontang aku dibuatnya.

Habis kawad kaki dengan hujan lebat di padang kawad. Aduhai, lebat sungguh hujan. Lagipun hujan rintik-rintik dari awal pagi tadi. 


Duty Officer
Kami berempat sahajalah wanita yang datang untuk training hari Ahad semalam. Geng lelaki ni rajin jugak join training yer..

Minggu ni, pening tengok nama bebudak kadet punya fail peribadi. Dok kemas fail-fail bagai. Pening sebab kita panggil nama lain, nama penuh punya lah sedap. Pening~
Tu pun tak siap lagi kerja tu, next-next week training bersambung la balik buat kerja failing tuh..

Balik rumah, semalam selepas mandi terus pengsan dah tak bangun..

Happy Monday guys..

p/s: banyak gila troll tak suka hari isnin, aku suka je sebab tak ada kelas hari Isnin & Selasa..thehehe..

6 comments:

I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.

Tengs for dropping your idea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © ஐfatimah❀nabilaஐ Designed by azhafizah.com